Melalui khabar yang di dengar oleh Aulia dari staff butik Baiduri Encik Mahmud adalah seorang yang dingin dan kurang bercakap, namun tegas pada setiap yang dilakukannya. Kurang ramah pada wanita, itulah mengapa setiap pekerjaannya dia lebih mengharapkan pada orang kepercayaannya assistant manager Encik Razi, secara tidak langsung adalah sahabat terdekat Mahmud.
Dia menyilangkan kakinya sambil menyandar di sofa, memerhati keadaan Butik Baiduri, hatinya cukup puas setiap pekerjaan yang Aulia dan Sofia kerjakan. Itulah kenapa Mahmud sering memberi bonus ataupun hamper kepada 2 orang pekerjanya tersebut. Inilah kali pertama dia turun sendiri melihat keadaan Butik Baiduri atas paksaan ibunya sendiri Datin Baiduri.
"Aulia, ambil dokumen ni... selalunya butik ni tutup jam berapa?" Tanya Razi dengan wajah datarnya.
"Selalunya tutup jam 5 petang tuan!" Sahut Aulia sopan sambil mengambil semula data akaun Butik Baiduri.
"Kalau macam tu, Aulia tolong kamu total berapa pasang pakaian yang masuk pada hari ini?" Kata Razi lagi kedengaran tegas.
"Ada 500 pasang tuan, tapi lain-lain design." Jelas Aulia dengan detail.
"Okay Aulia, terima kasih." Sahut Razi sambil meneliti semua stok pakaian yang sampai pada hari itu.
"Kamu sudah hantar ke pesanan Datin Kamariah?"
"Sudah tuan!" Sahut Aulia lagi.
Sofia hanya berdiri membeku di tepi Aulia. Mahmud cuma duduk mendiamkan diri tanpa mengeluarkan sepatah kata pun. Dia akan bercakap hanya yang penting sahaja.
Mahmud Al-Farizi melihat Aulia dan Sofia dengan wajah yang susah untuk diertikan.
"Menakutkanlah bos kita tadi tu!" Ucap Sofia sambil mengidik ngeri.
Aulia Azzahra tersenyum melihat tingkah Sofia.
"Apa yang kau takutkan? Dia pun manusia juga macam kita makan nasi." Kata Aulia Azzahra masih dengan senyuman manisnya.
"Gila kau Aulia, senyum pun aku takde nampak tadi! Rugilah dia kacak tapi kedekut sangat nak senyum." Rungut Sofia lagi.
Aulia Azzahra hanya mengangkat bahunya seketika, pedulilah fikirnya. Itu bukan urusannya, lagipun selagi Encik Mahmud tu beri dia gaji yang cukup lumayan, dia langsung tak permasalahkan hal tersebut. Baginya simple.
"Aulia, dengar-dengar Bos kita tu Encik Mahmud garang orangnya, betul ke?"
Aulia Azzahra berkerut dahi.
"Mana aku tahu Sofia, dari tadi kau umpat bos kita ni dah kenapa? Macam ada dendam peribadi pula!" Sahut Aulia Azzahra sambil tergelak perlahan melihat perangai Sofia.
"Takdelah!" Sahut Sofia mencebik.
"Aku tak kisah, dia ramah ke dingin ke dengan pekerja yang penting gaji aku... Aku dapat tiap bulan, belum pernah lagi gaji kita stuck setakat ni."
"Okay Aulia, aku tahu ustazah jangan mulai nak ceramah aku pula!" Rungut Sofia pada Aulia.
Begitulah Aulia Azzahra dan Sofia, tiap kali Aulia nak bagi nasihat...mulalah kata nak bagi ceramah atau syarahan!!
Aulia menggeleng singkat.
Walaupun Sofia perangai dia macam tu, sebenarnya hatinya baik. Mereka dah berteman dekat 2 tahun, asam garam dekat Butik Baiduri tu mereka dah lalui sama-sama. Aulia berusaha siapkan pekerjaannya dengan cepat, dia dah tak sabar nak tahu apa yang Zakaria nak katakan.
Butik Baiduri ini terdapat 5 buah cawangan yang terdapat dalam Malaysia dan terkenal dengan design-design yang cukup elegan. Setiap pakaian yang di reka akan melalui penelitian yang cukup rapi. Jadi, walaupun harganya yang tak terjangkau, namun ia tetap menjadi pilihan bagi setiap pengunjung yang cerewet tentang fesyan dan kualiti.
_____________________________________
"Razi, siapa nama seorang pekerja kita yang menjaga Butik Baiduri 3 tu?" Tanya Mahmud pada Razi ketika mereka telah melepak di sebuah Kafe.
Razi seolah-olah berfikir. Dahinya berlipat berkerut.
"Yang mana satu? Kat butik tu ada 2 orang staff. Sofia yang jaga cashier, Aulia yang bertanggungjawab tentang semua mengenai Butik Baiduri?" Soal Razi sambil memakan kek Red velvetnya.
"Yang banyak cakap tadi tu!" Kata Mahmud lagi, dia pun meneguk sedikit demi sedikit air kopi panasnya.
"Oh, Aulia Azzahra. Kenapa?"
"Takde apa, aku cuma nak tahu pekerja aku." Sahut Mahmud santai.
Razi cuma mengangguk, langsung tak ada niat ingin tahu berlebihan atau pun curiga dengan pertanyaan bosnya itu, sekaligus sahabatnya dari zaman sekolah menengah lagi. Mahmud cuma mengangguk perlahan, kemudian tersenyum samar.
"Mud, kau kalau kat pejabat kenapa terlalu serius? Kau tahu tak majority staff engkau kecut bila berhadapan dengan kau?" Soal Razi sambil tergelak perlahan.
Mahmud mengangkat sebelah keningnya. Tak menyangka soalan cepumas yang Razi berikan padanya. Dah puluhan tahun mereka bersama, segala rahsianya Razi pegang. Betul-betul sahabat bodoh. Mahmud menggeleng perlahan.
"Aku sengaja Razi, aku dah serik!" Sahutnya singkat.
"Kau tak boleh ingat benda yang dah berlalu, cuba kau bersahabat dengan keadaan. Tak semua perempuan sama macam Liana tu." Ucap Razi memandang Mahmud yang tengah menyandar.
"Aku bukan samakan semua perempuan Raz, cuma aku cakap...aku dah serik!" Sahutnya sambil mengangkat bahu.
"Cukup sekali aku macam orang bodoh!" Sahut Mahmud sinis. Hatinya masih sakit bila mengenangkan kisah percintaannya yang tersadai di tengah jalan. Dia sengaja buat-buat muka garang, tegas dengan staff-staffnya, tak ramah dengan orang terutamanya dengan kaum hawa. Biarlah apa anggapan orang.
Mahmud tak kisah dan tak peduli. Ibunya Datin Baiduri dah bising nak bermenantu, kerana umurnya dah memjangkau 28 tahun tapi masih solo hingga sekarang.Razi tergelak heboh.
"Kau ni Mud, perempuan tak semua sama. Ada juga yang baik, percayalah suatu saat aku doakan kau akan jumpa yang baik dan memahami kau." Kata Razi sambil menepuk pelan bahu Mahmud.
"Terima kasih Raz doanya, tapi aku buat masa ni belum terfikir nak rapat dengan perempuan." Sahutnya santai.
"Lain cerita Razi, tadi kat butik Baiduri 3 ... aku tengok cara mereka olah memang terbaik, aku suka cara mereka kerjakan butik tu."
Razi mengangguk pasti.
"Betul Mud, Aulia tu teliti. Itulah kenapa aku akan cek Butik Baiduri 3 tu cuma sebulan 3 atau 4 kali, tak sama dengan Butik Baiduri yang lain, aku kena cek selalu." Jelas Razi lagi
"Syukurlah kalau dia memang teliti, cekap dan amanah, jadi aku tak risau sangat." Kata Mahmud sambil memakan kek Red velvetnya.

YOU ARE READING
Rindu Yang Tercalar
RomanceAulia Azzahra berumur 25 tahun, telah bercinta dengan Zakaria selama 5 tahun dan mereka telah merancang akan berkahwin pada hujung tahun itu. Zakaria bercadang merantau ke bandar untuk mengubah nasib hidupnya dan berjanji pada Aulia akan balik pada...