Pagi-pagi lagi aku sudah bangun. Menunaikan solat Subuh dengan rasa syukur sebelum memulakan hariku. Aku turut tidak lupa mendoakan kesejahteraan suamiku walau di mana dia berada.
Anakku sudah mula menangis meminta susu sebaik sahaja aku melipat sejadah. Anak kecikku yang baru berusia tiga tahun.
Tangisan Luqman semakin nyaring. Aku segera membuat susu untuk menyusukannya. Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Melihat Luqman yang sudah terlena, perasaanku tenang kembali. Aku mahukan dia tidur semula bagi memudahkan aku menyiapkan segala rancangan yang sudah aku aturkan.
Ya, dia akan pulang hari ini. Sebab itulah hari ini agak istimewa dari hari-hari yang lain. Aku mahu menyediakan lauk kegemarannya. Aku mahu rumah ini nampak kemas dan teratur supaya dia rasa tenang sebaik sahaja melangkah masuk. Aku juga mahu menghabiskan banyak masa untuk melayani dirinya setelah sekian lama berjauhan.
Selama sebulan dia di Australia, aku benar-benar merasakan satu kehilangan. Biarpun saban hari kami bertanya khabar, saban hari melepaskan rindu, namun ketiadaanya amat kurasakan.
Aku amat merindui kehadiranya. Senyuman, pandangan mata, gerak tubuh, derap langkah, juga auranya yang mengisi setiap ruang di rumah ini bagai menyuntik perasaan dan semangatku setiap waktu.
Bukan kami tidak pernah berpisah. Tapi perpisahan ini terlalu menyeksakan di kala kasih sayang kami semakin menghangat dan kehidupan kami lebih bermakna dengan kehadiran Luqman, cahaya mata kami yang pertama. Luqman lahir di awal pagi, sebaik sahaja azan subuh berkumandang. Empat Bulan kehadiran Luqman, dia dipanggil kembali untuk bertugas di Australia.
Begitu juga sejak kebelakangan ini. Suamiku terpaksa sering meninggalkan aku dan anaknya sekali lagi tatkala si kecil itu semakin besar."INI penting, sayang. Ini untuk masa depan kita semua juga. MAS belum ada lagi simulator untuk B747. Selama ni, pilot kena train kat sana. After this, we are going to set up our own B747 simulator di sini. Jadi, esok-esok, Lepas kerja selesai kerja ni semua, kita pergi holiday."
Bukan bercuti ke luar negara yang menjadi idamanku. Tapi kehadirannya lebih penting buatku.
Dia tersenyum, memahami resahku. "I will call you everyday, okay..."Kami bertentangan mata.
Aku memeluk tubuhnya seerat-erat yang boleh. "I love you both, very much..." Dia mencium dahiku.Sudah hampir setahun dia mengendalikan projek itu namun tugas tersebut bagaikan tidak pernah selesai.
Kerap juga aku tinggalkan lama-lama.
Aku perlu bersabar untuk sedikit masa lagi. Ya, sedikit masa sahaja lagi.
PERHATIANKU kini kepada Luqman yang merengek manja dan sesekali ketawa bila alat permainannya mengeluarkan bunyi-bunyian. Aku tersenyum melihatnya begitu asyik dengan alat permainannya di dalam playpen tidak jauh daripadaku.
Aku meneruskan kerja-kerja memasakku di dapur.
Entah mengapa tiba-tiba apa yang aku lihat adalah wajah suamiku. Dan juga... senyumannya.
Tunggu sayang balik...
Suaranya bagaikan masih terngiang-ngiang. Suaranya garau itu cukup lembut.
Itulah juga kata-katanya setiap kali dia meninggalkan aku kerana kerjayanya itu.
Begitu juga dengan setiap kali panggilannya kepadaku. Kata-kata itu jugalah yang berkumandang semalam ketika dia memberitahu waktu ketibaanya di KLIA nanti.
Tunggu sayang balik.
Suaranya masih terus terngiang-ngiang...
YOU ARE READING
My Classmate Adores Me
RomanceKisah ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Hafizi, si lelaki introvert. Dia mempunyai pertemuan yang buruk dengan setiap gadis yang ditemuinya. Tanpa diduga, dia berasa selesa daripada seorang ini dan ia adalah seorang perempuan?! "A husban...