Perbualan (MUSIM 2)

19 2 0
                                    

Hari pertama berjalan dengan baik sekali. Setiap pelajar memberikan kerjasama dan tindak balas yang menyenangkan, seolah-olah mereka tahu bahawa ini pengalaman pertama aku mengajar. Mungkin juga kerana Kak Laila turut bersamaku, maka mereka terpaksa mengawal tingkah laku kerana menghormati pengetua mereka itu.
Aku sendiri merasakan hari ini merupakan pengalaman yang berharga dan cukup manis. Aku lihat Kak Laila seperti berpuas hati dengan caraku melayani kerenah dan telatah kanak-kanak ini.
"Esok, Kak Laila serahkan kelas ni pada Puteri sepenuhnya ya," jelas Kak Laila sewaktu aku sedang mengemas buku yang berselerakan di atas meja.
Aku memberikan senyuman yakinku padanya.
"Sis, there's a call for you."
Aku dan Kak Laila spontan mengalihkan pandangan ke arah pintu.

Fizi, lelaki itu sedang berdiri sambil memandang ke arahku dengan senyumannya yang menggoda.
"Puteri kemaslah apa yang patut. Kemudian, siapkan barang-barang yang akan digunakan esok. Kak Laila nak jawab call dulu," kata Kak Laila lantas melangkah ke luar.
"My call? Siapa, Fizi?"
Fizi tersenyum sambil mengangkat bahu. "I don't know. Probably your darling sweetheart," jawabnya sambil tersengih padaku. Matanya masih padaku walaupun bibirnya berkata-kata dengan bosnya itu.
Aku terus mengemas dan berlagak tenang. Cuba menganggap tiada apa yang perlu aku risau dengan kehadiran lelaki itu. Ternyata, usahaku sia-sia. Debaran di dada tidak mampu aku kawal selagi dia berada di situ.
Suasana semakin sunyi setelah Kak Laila hilang dari pandangan. Tinggal kami berdua. Aku semakin resah apabila dia masih tidak berganjak dari situ.
"Hai..." sapanya perlahan.
Aku cuba tidak menunjukkan reaksi spontanku. Tersilap langkah, aku sendiri akan diketawakan seperti semalam. Ya, jika dikenangkan semula peristiwa itu, perasaan malu masih menghantui diriku.
Aku terdengar tapak kakinya semakin menghampiriku.
"Hai..." Suaranya menyapa lagi.
Baru kali ini aku memberanikan diri menoleh ke arahnya. Mata kami bertentangan. Setiap kali senyumannya itu dihulurkan kepadaku, perasaanku terasa mudah cair.
"Hai... Ya, ada apa-apa yang boleh saya tolong ke?"
Dia tersengih. Mungkin rasa terpukul dengan kata-kataku itu yang seakan tahu niatnya yang sebenar.
Aku kembali menyambung tugas yang tergendala. 'Aku harus membiasakan diri dengan lelaki ini nampaknya,' desis hatiku perlahan. Jika aku asyik melakukakan kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku, aku hanya membuatkan diriku seakan bodoh di hadapannya.

"Dhia?"
Aku pantas memandangnya dengan mengerutkan dahi, kononnya menunjukkan rasa kehairanan. Namun sebenarnya, kakiku sudah tidak mampu untuk terus berdiri. Longlai jadinya bila namaku disebut dengan nada lembut begitu.
"Sibuk ke?"
Perasaanku kian tidak menentu bila dia semakin menghampiriku. "Ya. Ada kerja sikit," balasku tidak berani memandang ke arahnya.
Dia menarik nafas panjang. "Bila tak ada kerja?" Bibirnya spontan menguntumkan senyuman nakal. Ah... perasaan apa sebernanya yang wujud dalam dada ini sehingga membuatkan aku rasa tidak menentu?
"Entahlah. Bila dah habis kerja saya ni kot?"
Makin melebar senyumannya. Kemudian dia berjalan perlahan-perlahan di belakangku.
"Bila tu?"
Aku resah dengan dirinya yang bagaikan seekor kucing sedang menghendap habuannya. Dari sebelah kiri dia berjalan di belakangku dan sepatutnya dia sudah berada di sebelah kananku. Aku cuba mencuri pandang melalui ekor mata, tapi pelik, seolah-olah aku saja yang berada di dalam kelas.
Ke mana hilangnya lelaki itu?
"Dhia?" Suara itu benar-benar di belakangku. Malah, kedengaran agak macho dan romantis. Hembusan nafasnya yang hangat terasa di tengkukku.
Aku tersentak. Saat itu, bukan sekadar lagi desah nafas yang hangat itu, tapi kehangatan tubuhnya membuatkan aku tidak mampu bergerak walau seinci pun.
Ya ALLAH, apa yang sedang dia cuba lakukan? Kenapa begini sikapnya terhadapku? Dari mula wajahnya di pandangan mata sehinggalah kini, degup jantungku begitu hebat sekali. Nafasku bagaikan tersekat-sekat. Tubuhku tiba-tiba menjadi lemah.
Perlahan-lahan, aku berpaling menghadapnya.

Dan bila kami bertentang mata, ternyata telahanku benar. Dia berada begitu hampir sekali di belakangku. Jika aku bergerak, tubuh kami pasti bersentuhan.
"Fizi, kalau orang pandang Fizi berdiri macam ni dengan Puteri, mesti tak elok," bisikku perlahan. Malah di telingaku sendiri, suaraku bagai mengkhianati ketegasan yang ingin aku tunjukkan pada dia.
Fizi sekadar tersenyum memandangku. Senyumannya cukup menggoda. Sesungguhnya... aku cuba menghindari perasaan ini, namun usahaku hanya sia-sia. Dan aku terus terpesona dengan lirikannya itu.
Dalam usia semuda ini dan belum pernah terdedah pada godaan lelaki dan alam percintaan, aku bagaikan tidak berdaya menolak satu kuasa yang sedang Fizi tunjukkan padaku.
Terlalu asing, terlalu aneh tapi Indah dan mengasyikkan.
Aku berasa takut tetapi dalam masa yang sama terselit rasa bahagia kerana didekati oleh seorang lelaki kacak, berdarah kacukan, tinggi sasa dan punya daya penarik yang tidak terdaya aku menolaknya.
"Siapa kata?" soalnya perlahan.
Kami terus berpandangan.
"Sesiapa pun boleh kata."
"Esok hari Sabtu. Kita keluar nak?"
Aku memandangnya. Kemudian aku menggeleng. "Tak boleh. Dhia tak ada masa."
Dia tersengih. "Carilah masa."
"Kalau ada masa pun, aku tak boleh..." balasku.
"Kenapa?" Wajahnya berubah serius.
Aku cuba bergerak untuk melepaskan diri dari 'tawanannya.' Tapi aku harus berhati-hati agar antara kami tidak bersentuhan.
"Sebab Dhia tak ada."
"Pergi mana?"
"Dhia nak balik rumah ibu Dhia."
"Oh... nak balik rumah ibu Dhia. Ingatkan boyfriend marah."
Dia tersenyum.

Namun tiba-tiba sahaja aku merasakan wajahnya penuh dengan seribu pengertia. Lebih dari itu, senyumannya meleret nakal. Matanya bersinar-sinar.
"So, Dhia tak ada boyfriendlah ni? Still single ya?"
Aku terkejut. Cuba mentafsirkan kata-katanya. Cuba mengulas maksudnya. Adakah sesuatu yang tersirat dalam persoalan yang diutarakan?
"Kalau ada, masalah ke?" Sekali lagi aku menjauhkan diri daripadanya. Aku harus berada jauh, jika tidak aku tidak mampu berfikir dengan waras. Kehangatan tubuhnya membuatkan aku cemas.
"Tak ada masalah. Saja Fizi tanya." Dia cepat-cepat membetulkan keadaan. "Semalam Kak Laila bagitahu yang Dhia ambil kerja. Kerja mana sebernannya Dhia nak kerja?" Sambil berkata-kata, dia tetap mengekori ke mana sahaja aku pergi.
Aku susun bangku-bangku kecil di atas meja supaya senang untuk aku bersihkan lantainya nanti. Fizi turut sama membantuku.
"Tak tahulah."
"Bila boleh tahu?"
"Hurm... entahlah."
"Kerja kat sini?"
Aku semakin tidak mengerti dengan sikap alpa Fizi itu.
Tidakkah dia tahu kenapa aku di sini?
"Kerja kat sini sementara aje sehingga Cikgu Saleha habis pantang. Bila Cikgu Saleha mengajar semula, Dhia pun dah tak ada lagi dekat sini masa tu," jelasku.
Dia kembali menghampiriku.
"Jadi, maknanya Puteri dekat sini cuma 3 bulan je?"
Ya ALLAH! Singkat sangatkah daya pemahamannya untuk memahami keadaanku?
"Lepas tu?" tanya dia lagi.
"Puteri dah tak ada," balasku pantas sambil menggeleng.
Dia termangu. "Sekejapnya," keluh Fizi.

Sedikit pun aku tidak menunjukkan reaksi kepadanya.
"Tiga bulan pun, tiga bulanlah," katanya dengan suara yang agak mendatar kali ini.
Aku jadi tidak sedap hati.
"Kenapa dengan tiga bulan?"
Dia terkejut dan tersenyum sambil menggeleng. "Oh, tak ada apa-apa. Kita tengoklah apa yang akan terjadi dalam masa tigs bulan ni," tegasnya penuh yakin.
Apakah maksudnya itu? Aku terpinga-pinga.
Perbualan kami berhenti apabila Cikgu Qistina masuk.

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now