Kawan Dari Sekolah Menengah (MUSIM 2)

8 2 0
                                    

Lima minit kemudian, aku sudah pun berada di pintu masuk taska. Perasaanku benar-benar lega dan tenang.

"Eh? Apa Puteri buat kat sini? Bukan ke sepatutnya keluar dengan Fizi?" tanya Kak Cham. Suaranya direndahkan kerana beberapa orang bayi sedang nyenyak tidur. Kehadiran mereka hari ke di hujung minggu seperti hari Sabtu ini tidak seramai hari kerja biasa kerana ada di kalangan ibu bapa yang tidak bekerja pada hujung minggu.

Aku tersengih. "Dhia sebernanya tak nak pun pergi keluar dengan Fizi tu. Nanti kalau keluar berdua-duaan, orang fikir saya dengan Fizi ni dating." Apatah lagi, rasa nak cakap bismillah lepas tu nak tampar aje si Fizi tu.

"Kalau Laila dapat tahu yang Puteri tak keluar dengan Fizi, habislah kena marah." Kak Cham sengaja membuatku berasa bersalah.

"Saya kalau pergi pun, Fizi tu mesti akan mengurat saya. Terkeluar jantung saya kalau dia mengurat atau mengoda, Kak Cham pun sama juga kan?" Nasib baik dia sama umur dengan aku, kalau tak kena panggil abang. Mahu keluar organ dalaman aku kalau panggil Fizi tu abang.

Muncul pula Kamariah dari dapur. "Eh, cakap nak keluar dengan Fizi, tapi tak pun?"

"Katanya tak nak pun keluar dengan Fizi sebab takut nanti dia mengurat atau goda Puteri." Kak Cham memberitahu perkara sebenar pada Kamariah, Mai pula menjengah menggamatkan suasana.

"Puteri? Buat apa kat sini? Bukan ke Fizi ajak Dhia keluar pergi beli barang pagi ni." soal pula si Mai, kami bertiga merenungkan mata ke arah Mai.
"Puteri tak nak keluar dengan Fizi sebab dia risau kalau Fizi mengurat atau goda dia." jawab si Kak Cham dan Kamariah serentak. Nasib bukan aku yang explain, terima kasihlah tolong jawabkan ya, Kak Cham dan Kamariah.

Sedang kami sibuk berbual, tiba-tiba kedengaran hon kereta bertalu-talu. Kami terkejut.

"Eh, kereta Fizilah," desis Kamariah, perlahan. Suaranya sungguh cemas ketika itu.

Aku tersentak. Darahku menyirap ke muka. Saat itu juga, jantungku berdegup kencang. Habislah!!! Kalau dia tahu aku kat taska, mampuslah!!!

"Dhia ada?" Suara Fizi kedengaran latang.

Aku semakin kecut. Dadaku berdegup semakin laju. Apa yang mahu dia lakukan terhadapku? Ke mana pula perginya Ariana? Takkanlah dia tak pergi dengan Fizi? Fizi marahkah kerana aku mempermainkannya?
"Puteri, pergilah tengok apa dia nak," arah Kak Cham.

Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui betapa takutnya aku ketika itu. Aku cuba bertenang dan berjalan ke pintu pagar taska untuk bertanyakan hal sebenar.

Tetapi, belum sempat aku berbuat begitu, dia sudah mengarahkan aku mengambil beg sandangku dan mengikutnya. Seperti lembut dicucuk hidung, di dalam keretanya dengan keberanian yang hanya senipis kulit bawang! Nak aje aku invisiblekan diri aku sekarang kalau boleh.

"Inilah balasannya kalau niat tu tak baik. ALLAH mengasihani mereka yang teraniaya." Dia memulakan muka dimahnya. Ternyata nada suaranya tidak menunjukkan rasa marah atau tidak puas hati dengan sikapku yang cuba mengenakannya.
Kantoi! Kantoi!!! Kantoi habis!!

Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa rancangan aku tak berjaya?

"Buat apa Dhia nak aniaya Fizi? Tak ada hal, lah!"

Fizi tersengih panjang. "Kalau nak cari pelakon ganti, carilah yang sihat sikit. Kesian kawan awak. Belum pun Fizi drive keluar dari kawasan rumah, dia dah sakit perut balik."

Aku mengerutkan dahi. Yalah kau, salah aku. Tahulah si Ariana tu dah ada dah tunang, bodoh kan aku ni? Tidak mahu dia meletakkan kesalahan itu di bahuku, aku pantas mencari jalan keluar.

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now