Salah Faham (MUSIM 2)

15 1 0
                                    

   "Awak fikir saya percaya dengan cakap awak?"  Salah seorang daripada mereka bersuara. "Orang bertudung pun boleh buat maksiat, inikan pulak awak!"

   Sekali lagi, aku dihina dengan cemuhan itu.

   Aku menangis. "Fizi, Dhia datang sini bukan nak jumpa Fizi. Terangkan pada mereka yang kita tak buat apa-apa pun," rayuku pada Fizi pula.

   Aku kemudian kembali memandang lelaki-lelaki ini satu persatu. "Encik, saya tak ada kena-mengena dengan lelaki ni. Saya tak bersalah. Ini hanya salah faham. Tolonglah encik... saya tak buat jahat dengan lelaki ni. Percayalah cakap saya. Saya tak buat salah," rayuku sungguh-sungguh.

   Salah seorang daripada mereka terus menekan aku.

   "Keadaan awak sungguh mencurigakan. Rambut awak kusut-masai. Lelaki ni pulak, tak berbaju. Hanya berseluar pendek. Dah pulak tu, dalam rumah besar ni cuma awak berdua aje. Jangankan saya, kalau sesiapa tengok pun, tentu susah nak percaya dengan cakap awak tu."

   Aku menangis tanpa segan silu. Di hadapan empat lelaki yang tidak aku kenali dan seorang lelaki entah mengapa lagak bagaikan orang bodoh tegak berdiri di situ sahaja.

   "Fizi, tolong Dhia Fizi. Tolong beritahu yang kita tak buat apa-apa pun. Dhia tak bersalah dalam hal ni," pintaku pada Fizi. Sudah tiada malu lagi aku di hadapan mereka semua.
Aku tidak kisah, jika disuruh melutut sekalipun, aku sanggup. Hakikatnya, aku tidak bersalah dalam hal ini!
   "Awak ada apa-apa nak cakap?" tanya lelaki berkopiaj itu lagi pada Fizi. "Awak tahu dia datang ke mari?"

   "Saya tak tahu, ustaz," jawab Fizi
   Ada sesuatu pada nada suaranya. Yang pasti, aku tidak menyukainya sama sekali.

   "Saya baru bangun. Bila saya turun, saya jumpa dia di dapur." Nada suara Fizi kedengaran tegas dan menyakinkan.

   "Dah dekat pukul 7.00 malam, awak baru bangun? Apa yang awak buat tadi?" Suara ustaz itu sungguh lantang.

   Fizi terdiam.  Dia memandangku tenang. "Kalau saya tidur sampai ke malam pun, tak ada salahnya ustaz. Dia datang ke rumah saya cuma nak pulangkan bekas-bekas makanan tu. Takkanlah pasal itu pun ustaz nak tangkap kami?" jelas Fizi sedikit membantah.

   Saat itu, aku sedar bahawa apa yang Fizi cuba terangkan pada mereka tidak akan berhasil. Aku mengharapkan Fizi membetulkan keadaan dengan mengiakan penjelasanku pada mereka, tapi caranya itu bagai mengiakan lagi tuduhan mereka terhadap kami.

   "Sudah, sudah. Saya tak mahu buang masa lagi. Saya perlu ambil kenyataan tentang diri awak, dan awak juga," katanya sambil memandang Fizi. "Saya nak jumpa emak dan bapak awak berdua sekarang!"

   Saat itu, wajah ibu dan abangku bermain di mata. Apa perasaan ibu bila mengetahui aku ditangkap khalwat bersama lelaki yang bukan mahramku dalam rumah ini? Ya ALLAH... aku tak sanggup! Aku menangis lagi.
Lemah seluruh anggotaku kerana niat asalku yang ingin menolong, menyebabkan aku dihukum sehingga begini.

SEJAM kemudian, kedua-dua belah ahli keluarga berkumpul di rumah penghulu kawasan perumahan di situ. Kak Laila, ibu dan abang menjadi saksi kami.

   "Dhia tak bersalah abang. Dhia tak tahu yang Fizi seorang saja di rumah tu, itu sebab Dhia berani masuk."

   Abang Iffat merenungku dengan rasa marah. Ternyata dia juga tidak mempercayai ceritaku. Sudah banyak air mataku tumpah. Tapi, masih tiada seorang pun yang percaya. Fizi pula hanya membisu. Diamnya seolah-olah meyakinkan semua orang bahawa aku mengada-adakan cerita. Aku sungguh kecewa dengan sikap lepas tangan Fizi itu. Kenapa susah sangat membantuku menjelaskan pada mereka bahawa segala kata-kataku itu benar belaka?

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now