Bunga

16 2 0
                                    

Hari-hari yang berlaku menjadikan aku lebih matang dan lebih remaja menghadapi kenyataan hidup. Aku belajar menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kanak-kanak yang sentiasa mengharapkan aku. Aku juga kini mempunyai kawan-kawan yang pelbagai ragam, jauh berbeza daripada kawan-kawan ketika di sekolah rendah. Rata-rata mereka di kalangan usia yang lebih tua daripadaku. Aku sahajalah pelajar yang paling muda di sini. Mungkin sebab faktor usia jugalah, aku dapat merasakan bahawa kanak-kanak ini lebih cepat dan mudah mesra denganku.

Contohnya seperti semalam. Saat aku sedang marah sekali pun, junior-junior ini masih mampu menguntum senyuman dan tawa manja mereka. Tiada sesiapa pun yang takut menegurku. Malah Dhia, Aisyah dan juga Syukri sering datang ke mejaku untuk berbual tentang diri masing-masing. Tentang kerja sekolah, permainan, makanan, komik dan apa sahaja yang mereka rasakan perlu untuk aku ketahui. Sememangnya aku cukup senang dengan mereka ini.

Suatu hari, ketika aku sampai di kelas awal pagi, aku terlihat beberapa kuntum bunga di atas salah sebuah meja di situ. Suasana sunyi sepi. Tetapi mujur lah lampu yang dipasang menyebabkan keadaan terang-benderang.

Aku melangkah masuk dan berhati-hati. Entah mengapa, aku rasa tidak sedap hati dengan suasana yang hening ini.
Bagaikan Ada sesuatu yang menarik-narik aku ke arah jambangan bunga itu. Kakiku begitu kemas mengatur langkah.

Perasaanku mekar...semekar lima kuntum bunga ros yang menghiasi pasu tembikar ini. Sesuatu menarik perhatianku tiba-tiba. Di tengah-tengah bunga ros merah ini, terdapat sekuntum bunga yang berlainan warna dan bentuknya. Malah terdapat segulung kertas tersimpul di situ.

Kenapa bunga di tengah-tengah ini sahaja bunga plastik? Kenapa sekuntum itu sahaja? Kenapa kuntuman lain adalah bunga hidup? Apa maksudnya? Bukankah lebih elok menghadiahkan bunga-bunga yang segar bagi menyemarakkan perasaan orang yang sedang berkasih sayang?

Aku tersenyum kecil. Aduh, untungnya siapa pemilik bunga ini. Bunga simbol perasaan seseorang lebih-lebih sering dikaitkan dengan wanita dan warna bunga melambangkan perasaan si lelaki, bukankah itu jalan paling mudah untuk mengetahui apa yang terpendam di dalam hati kaum Dhia ini?

Aku segera menarik keluar gulungan kertas kecil di dalamnya dengan berhati-hati. Di kertas itu tercatat sebaris ayat. Senyumanku melebar.

My love for you dies
When the last petal of these roses falls.

Sampai bila-bila pun bunga terakhir ini tidak akan gugur ke bumi kerana ia hanya bunga plastik. Aduh! Sungguh romantik perempuan ini. Dan yang menerimanya, pasti beruntung menjadi kekasihnya.

Tiba-tiba, aku tersentak. Kaku. Apakah aku tersilap mencerobohi hadiah yang bukan untukku? Atau orang yang memberinya tersilap tempat untuk menjadikannya sebuah hadiah kejutan buat kekasihnya?

Aku cepat-cepat meletakkan kembali nota itu ke tempat asalnya. Takut jika aku benar-benar bersalah kerana mencerobohi privasi seseorang.

"I GUESS...you have read that note?" Kedengaran suara seorang perempuan yang cukup sinonim di telingaku.

Aku segera memandangnya. Dia sedang bersandar di pintu masuk. Keadaannya relaks sekali. Dia berpakaian segaram sekolah dan bukannya t-shirt serta jeans seperti yang aku lihat sebelum ini.

Mungkin kesegakan Dhia bukan pada cara pemakaiannya, tetapi daripada aura dirinya sendiri.

"Hafizi tak tahu Dhia ada di situ."
Dia melangkah masuk. Perasaanku mula berdebar-debar. Kenapa perempuan ini semakin cantik setiap kali aku melihatnya?

Renungnya penuh menggoda dan dia seolah-olah berada di mana aku berada.
'Hafizi, perempuan itu sedang memancing. Jangan pedulikan dia!' Hati kecikku bagai memberi amaran.
"Sorry, saya tak sengaja tengok nota yang awak tulis tu." Dia tergelak kecil. "Saya tak kata saya yang tulis."

Aku mula rasa cemas. Terasa bersalah kerana melakukan sesuatu tanpa keizinan empunya bunga ini.

"Siapa punya bunga ni?" tanya Dhia penuh minat sambil melihat bunga dalam jambangan tersebut.

Aku mengangkat bahu. Aku sendiri bingung kenapa tiba-tiba sahaja ada jambangan bunga ini di atas mejaku.

"Awak tak nampak nama penerimanya di situ?"

"Entah! Rasanya tak ada." Balasku pantas. Dia memandangku dengan tenang.

"Are you sure?" Kami berpandangan. Saat itu kedengaran suara junior-junior di tingkat bawah sekolah.

"Betul tak ada nama?" tekan Dhia. Aku jadi gementar. Dia mengambil jambangan itu dan memberikannya padaku. "Kalau tak ada sesiapa yang punya, awak simpan lah. Mungkin rezeki Hafizi."

"Eh, buat apa? Bunga ni bukan untuk saya." Dhia terus menghulurkan jambangan bunga itu kepadaku. "Tak ada siapa punya. Percaya lah! Mungkin bunga ni memang untuk Hafizi."

"Ha?" Termangu aku di buatnya. "Siapa yang bagi?"

"Dah tak ada nama pengirim, macam mana nak tahu siapa yang bagi? Hafizi simpan aje lah. Lagi pun dah tentu bunga tu untuk Hafizi, kalau tak buat apa dia letak atas meja awak?"

"Buat apa pulak dia bagi saya?"
Spontan Dhia tersenyum. "Nak menunjukkan perasaan dia pada awak."
"Kenapa?" Aku semakin kalut tidak menentu.

"Alah! Banyak cakap pulak Hafizi ni!" Sambil meleretkan senyuman, dia menghulurkan jambangan itu kepadaku."

"Ambil bunga ni dan simpan baik-baik. Sekurang-kurangnya, bunga yang tengah tu tak layu. Itu maknnanya orang yang hantar bunga ni betul-betul sayang pada awak sampai bila-bila."

Kata-katanya tidak masuk akal. Kenapa aku pula yang haru simpan bunga yang bukan milikku? Dan kata-katanya itu juga menandakan bahawa bukan aku sahaja yang mengetahui isi kandungan nota itu. Ada orang lain selain daripadaku yang telah membaca nota ini. Aku ingin bertanyakan tentang itu, tetapi dia sudah hilang dari pandangan.

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now