"Hmm... leganya. Sedap pulak tu," pujinya. "So, nak sambung belajar ni, Dhia nak ambil course apa?" Fizi memulakan perbualan dengan topik yang aku sudah belajar berapa tahun lepas. Topik seperti ini aku lebih malas dari kata-kata yang mengandungi seribu erti yang tersendiri.
"Dhia dah habis belajar, jadi nak ambil kerja aje."
Dia merenungku. "Then, nak kerja apa?"
Aku berfikir sejenak. "Perlu ke tahu?"
"So, kalau cita-cita Dhia bukan nak jadi cikgu, what do you want to be?"
"Umm... Tengok lah dulu. Nanti Dhia bagi tahu," ujarku sambil tersenyum senang. "Ada apa-apa lagi ke Fizi nak tanya?"
Kalau tadi dia banyak pula tanya aku, tapi kali ini lebih dari rasa bertanyanya. "Dhia dah ada boyfriend ke belum?"
Aku terkedu. Boyfriend? Aku masih tidak ada teman lelaki atau suami atau tunang, tidak tahu bila aku akan kahwin. "Tak ada boyfriend pun."
"Bagus lah, boleh lah Fizi selalu bersama dengan Dhia."
Aku terdiam. Berfikir. "Maksudnya?"
"Kahwin?"
Aku tersentak. "Dhia banyak masa lagi untuk fikirkan pasal kahwin.",
"Kalau jodoh dah sampai?"
Aku terdiam lagi. "Kerja ALLAH. Dhia terima kalau betul itu dah jodoh Dhia. Tapi Dhia tetap teruskan apa yang Dhia dah plan untuk diri Dhia. Tak sepatutnya kehendak Dhia tu terhenti kalau Dhia dah kahwin. Betul tak?" dugaku padanya.
Dia mengangguk sambil tersenyum. Tangannya terus melakukan kerja-kerja pembersihan. "Betul tu. Fizi setuju. A husband should understand well his wife and to support her in every way he can. Kalau isteri Fizi masih nak belajar sampai ke peringkat tinggi, Fizi akan terus bagi galakan."
Awalnya, ayat itu terasa bagaikan satu permainan bibir olehnya. Tapi, bila melihat wajahnya yang sungguh-sungguh, aku sedar Fizi seorang lelaki yabg baik di sebalik sifatnya yang kaki perempuan itu.
Melihatnya keseorangan mengemas, lantas aku turut sama ingin membantunya.
"Kan Fizi dah cakap Fizi nak Dhia duduk aje? Biar Fizi aje yang buat kerja," arahnya tegas.
"Tak apa. Biar lah Dhia buat." Aku tetap berdegil.
Tidak semena-mena, Fizi memegang tangaku dan menarikku kembali ke sebuah bangku di situ. Aku terkejut.
Dalam keadaan terpinga-pinga, aku terlupa bahawa Fizi masih memegang tanganku walaupun aku sudah mengambil tempat duduk di situ.
"Duduk situ diam-diam. Fizi nak cakap dengan Kak Laila yang Fizi nak Dhia tolong Fizi saja. Tapi Fizi tak cakap pun tolong kemas kayu-kayu ni semua dengan Fizi."
Mulutku bagaikan terkunci. Caranya menggenggam erat jari-jariku cukup kemas. Jarinya di jariku bagai berpadanan.
Terasa keserasiannya. Atau akukah yang terlalu berkhayal?
Fizi turut sama memandangku. Renungannya tajam sehingga menggetar jiwa remajaku. Akhirnya, dia melepaskan jariku perlahan-lahan.
"Maaf, Fizi tak sengaja...""BUAT apa tu?" sapa satu suara tiba-tiba.
Cikgu Qistina!
Matanya meleret ke arah aku dan Fizi.
Fizi bagai tidak endah bila suara Cikgu Qistina menyapa kami. Entah lah, aku tidak pasti sama ada dia menyapa aku atau pun Fizi.
"Tolong Fizi kemaskan mini kebun ni," balasku dengan rasa gemuruh sekali.Aku tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran Cikgu Qistina bila melihat aku dan Fizi berduaan di situ. Aku tidak mahu kehadiranku selama tiga bulan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dan mengganggu hubungan mereka yang mungkin sedai terjalin.
"Iya ke?" Matanya meleret pada Fizi yang terus mengemas tanpa sedikit pun ambil pusing akan kehadirannya.
"Fizi, Fizi nak minum?" Suara Cikgu Qistina begitu lembut dan punya lenggok manja. Aku hanya terdiam sahaja dan tidak katakan apa-apa.
"Tak payah. Tak haus pun," balas Fizi hambar tanpa sedikit pun memandang Cikgu Qistina.
Aku semakin serba salah. Mungkin benar kata kawan-kawan, Cikgu Qistina menyimpan perasaan terhadap Fizi. Aku dapat merasakan Cikgu Qistina cuba memancing Fizi, tapi cuma Fizi sahaja yang tidak mengendahkan perhatian yang diberi oleh perempuan muda ini.
Aku cuba menarik diri dengan bangun, beredar sekali gus membiarkan Fizi dan Cikgu Qistina berdua-duaan. Tapi dengan pantas Fizi menahanku.
"I have asked you to sit there, Dhia. Did I ask you to leave? Why are you being so stubborn?" Tajam suara Fizi ketika itu. Tajam juga pandangan matanya.
Aku kembali duduk diam. Tidak benar mengangkat wajah. Suasana turut hening.
Tanpa sebarang kata, Cikgu Qistina pantas berlalu meninggalkan aku dan Fizi di situ.FIZI sudah selesai membersihkan kawasan tersebut. Dia mengambil tempat di sebelahku. Aku duduk di atas bangku kecil sementara dia hanya duduk di atas lantai sambil menghabiskan minumannya.
Fizi merenungku. Renungannya tajam dan senyumannya penuh rahsia tersendiri. Dia mengatur langkah menghampiriku. Setiap langkah yang diambil, membuatkan jantungku semakin kuat dan kencang. Sampai di hadapanku Fizi berhenti.
"You have a nice long hijab. Kadang-kadang, Fizi nak tahu apa rasanya bila dapat pegang rambut Dhia yang panjang ni,"
bisiknya menggoda di telingaku.
Dia berlalu di belakang ku. Tanpa aku menduga perbuatannya, dia sengaja mengambil kesempatan padaku.
Aku segera menoleh. Takut dia terus bertindak lebih jauh. Namun Fizi hanya tersenyum puas, tapi nakal.
"Soft, nice smell. I like it." Dan dia melangkah masuk meninggalkan aku semakin termangu dengan sikapnya itu.SEPANJANG malam aku diselubungi rasa tidak menentu.
Resah dan gelisah. Setiap kali berdekatan atau mendengar suara Fizi, aku tidak mengerti mengapa dadaku berdebar-debar. Sedangkan kawan-kawanku sudah mengingatkan bahawa Fizi bukan lelaki yang boleh dipercayai. Sikap dan tindak-tanduknya bukan lah ikhlas dan jujur. Semuanya ada lah untuk kepentingan peribadi dan lebih dari itu, hanya untuk berseronok-seronok. Malangnya, debaran itu tetap tidak mahu berhenti jika dia berada di depanku.
Mengingatkan bagaimana dia cuba mengusap tudung labuhku sahaja sudah mengundang debaran. Malah, suaranya yang macho dan romantis bila kami berbual-bual cukup menggetarkan perasaanku. Kenapa boleh jadi begini? Aku tidak sukakan Fizi lagi pun! Kurang ajar punya debaran!
YOU ARE READING
My Classmate Adores Me
RomanceKisah ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Hafizi, si lelaki introvert. Dia mempunyai pertemuan yang buruk dengan setiap gadis yang ditemuinya. Tanpa diduga, dia berasa selesa daripada seorang ini dan ia adalah seorang perempuan?! "A husban...