Suasana di tadika lewat tengah hari itu agak lengang. Hanya ada beberapa orang guru yang sedang membungkus cenderahati untuk tetamu yang akan menghadiri majlis 'Hari Ibu' esok. Tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu disiapkan. Kak Laila mengarahkan aku supaya segera membalut hadiah dengan kertas pembalut yang sudah tersedia. Fizi pula ditugaskan menyudahkan persiapan di bahagian luar pentas.
Lebih kurang pukul 5.00 petang, tugasku sudah selesai kesemuanya. Kini, aku diminta pula untuk membantu Fizi di bahagian hiasan dewan. Haish, nightmare macam ni!
"Dhia, kalau dahaga, Kamariah dah buat air kat dapur."
Aku mengangguk. "Air apa?"
"Teh 'o' ais limau."
"Hmm... mesti sedap!"
Kembang hidung Kamariah bila dipuji begitu. "Kamariah dah hantar kat Kak Laila segelas. Dhia hantarlah pulak pada Fizi. Kalau orang lain buat air untuk dia, dia mesti tak suka."
Nak hantar air untuk dia? Haha, no! Malas aku nak tengok muka dia hari ni, apatah lagi nak berborak dengan dia. Kalau dia tanya apa-apa soalan ke, aku terus aje pergi.
"Kamariah hantar ajelah. Kalau dia suka atau tak, Dhia peduli apa. Sampai bila dia nak harapkan Dhia asyik buat air untuk dia. Alah... Kamariah hantar ajelah. Penat Dhia nak layan kerenah dia."
Kamariah tersengih. "Iyalah. Kalau Dhia buat, semuanya sedap bagi dia. Kalau orang lain buat... kurang gulalah, manis sangatlah. Banyak betul complain dia."
Aku mula naik angin bila Kamariah tetap mengutamakan kehendak Fizi. "Hantar ajelah!"
"Eh... macam marah aje. Marah kat Kamariah ke?"
Aku mengeluh panjang. Aku harus mengalih tumpuannya supaya dia tidak terus menghidu keadaan diriku.
"Lah... kenapa pulak Dhia nak marah? Tak ada sebab apa pun."
"Bunyi macam marah aje. Atau... tengah bergaduh dengan Fizi? Maklumlah, orang tengah bercinta ni."
Perasaan yang marah menjadi lebih marah bila aku pula dikaitkan bercinta dengan Fizi. Siapa pulak yang pandai-pandai buat cerita ni?
"Helo... siapa yang bercinta dengan Fizi? Dhia?" Tawaku lantang dalam nada yang cukup sinis dan menjelekkan. "Dhia bercinta dengan Fizi?" ulangku lagi.
"Silaplah! Kalau Dhia nak bercinta dengan dia lebih baik Dhia bela anak kucing!"
Kamariah pantas ketawa. "Kau ni Dhia, ada-ada aje. Dahlah, Kamariah nak hantar air ni pada diorang semua."
Aku menarik nafas panjang. Mengusap dada secara tidak langsung agar tidak mahu cepat melatah dengan kata-kata Kamariah tadi. Aku bercinta dengan Fizi? Memang taklah! Tapi, tidak sampai seminit, Kamariah datang kembali dengan gelas yang masih tidak berusik airnya.
"Ha... kan orang dah kata! Dia tentu tak nak minum. Ada aje komen dia,"
rungut Kamariah, tidak puas hati.Aku terpinga-pinga melihat Kamariah yang sedang mengomel. "Siapa? Fizi?"
"Siapa lagi kalau bukan abang kau yang sorang tu. Kau buatlah air untuk dia, Dhia. Susah kerja aku kalau dia asyik-asyik nak complain air yang aku buat. Semuanya serba tak kena. Ada aje yang terlebih, yang kurang. Pelik betullah!" dengus Kamariah, seakan marah-marah.Apa dia cakap? Abang?!! Aku terkedu seketika, sejak bila dia jadi abang sorang aku ni? Ya ALLAH, terkeluar jantungku sekejap. Ada-ada ajelah si Kamariah ni!
"Dulu tak macam ni pun. Apa rasa air yang aku buat, okey aje."
Ini sudah melampau! Keterlaluan sungguh sikapnya itu.
"Kalau dia tak nak minum, biarkan ajelah. Tak mati pun kalau tak minum! Bila dia balik rumah banti, tahulah cari air dia sendiri. Malas Dhia nak layan!"
"Eh, Dhia... tak baik macam tu! Dia pun macam Kak Laila jugak, ketua di sini. Tempat kita cari makan. Buat ajelah..." pinta Kamariah, tiba-tiba mengalah.
"Alah... dia nak pecat Dhia, pecatlah! Lagipun Dhia dah tak lama kat sini. Tinggal tiga minggu aje. Dhia tak larat pun kalau dia nak berhentikan Dhia."
"Kau ni, Dhia... tak baiklah macam tu. Selama ni kau boleh buat air untuk dia. Kenapa pulak kali ni tak boleh? Ini tentu ada sebab kau jadi macam ni? Mesti kau gaduh, kan?"
Ya ALLAH... Sampai bila hidup aku ni boleh aman tanpa nama Muhammad Hafizi diasak ke telingaku?
Aku mengambil segelas yang masih berisi itu lantas menuangkannya ke dalam gelas lain. Aku tambahkan sedikit supaya kelihatan penuh seolah-olah baru dibancuh khas untuk 'tuan muda' tadika ini. Lantas aku bawa kepadanya.
"Dhia buat?" tanyanya perlahan. Eh, taklah, gajah yang buatkan.
Belum sempat aku menjawab, dia sudah meneguk air itu dengan gelojoh. Bila minuman tinggal separuh, barulah dia mengucapkan terima kasih padaku.
Eei... boleh pulak minum! Gerutu hatiku. Tadi tak boleh pulak, kena hasut dengan ahli pasukan perempuan seksi agaknya.Aku hanya mengangguk sahaja dan menyambung semula langkahku.
Ketika itu juga, namaku dipanggil lagi.
"Saya minta maaf kalau saya ada buat awak marah semalam."Kali ini, aku terus meninggalkannya tanpa sebarang respons terhadap kata-katanya. Entah kenapa nada suaranya yang terakhir itu seolah memujuk kemarahanku yang kini tinggal sisa.
Aku bagaikan terpujuk dengan suara itu...
YOU ARE READING
My Classmate Adores Me
RomanceKisah ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Hafizi, si lelaki introvert. Dia mempunyai pertemuan yang buruk dengan setiap gadis yang ditemuinya. Tanpa diduga, dia berasa selesa daripada seorang ini dan ia adalah seorang perempuan?! "A husban...