Mengajar (MUSIM 2)

16 2 0
                                    

"Lambat balik?" tanya Ariana sebaik sahaja aku melangkah masuk. Di depannya berlonggok assignment yang perlu dibuat.
Aku hanya tersenyum dan melihat jam di tanganku.
Sudah pukul 2.30 petang. Ariana tentu baru pulang dari universiti. Dia masih belajar di universiti hingga tahun depan.
"Dapat tak kerja tu?"
Aku mengangguk-angguk sambil tersenyum lebar. Sememangnya, aku senang hati kerana berjaya mendapatkan jawatan ini biarpun hanya sementara.
"Tadi Kak Laila bawak Dhia tengok sekeliling tadika dengan taska. Lepas tu berkenal-kenalan pulak dengan guru-guru yang ada dekat situ," jawabku memberi penjelasan.
"Bila mula?" Ariana turut sama tersenyum.
"Esok."
Ariana mengangguk.

"Eloklah tu. Esok pun, dah masuk bulan baru. Berapa dia bagi gaji sebulan?"
"350"
"Boleh tahan jugak."
Aku diam melayan perasaan. Senyuman semakin melebar bila tiba-tiba teringatkan kehadiran seorang hamba ALLAH yang tidak diundang di awal sesi temu dugaku. Lucu bila dikenang semula. Apa tidaknya, pada awalnya, aku rasa begitu jengkel dengan tingkahnya. Tapi rasa jengkel itu kemudian bertukar pula dengan keaiban yang tidak terduga.
Kenapa aku boleh jadi kelam-kabut di hadapan lelaki itu? Kalaulah kami bertemu semula, rasanya aku tidak sanggup lagi memandang wajahnya.
"Nanti jangan lupa bagi tahu ibu Dhia yang Dhia dah dapat kerja tu. Sekurang-kurangnya, taklah dia risau sangat Dhia duduk kat rumah sendiri ni."
Pada awalnya, ibu memang keberatan untuk melepaskan aku tinggal seorang diri. Kebetulan sudah berada di sini, timbuk pula idea Nabila supaya aku memohon kerja sementara sekadar mencari wang saku dan mengisi masa lapang.
"Dhia rasa... habis mengajar esok, Dhia nak balik rumah, jumpa ibu Dhia. Boleh ke?"
"Dhia nak balik esok jugak ke?"
Aku terdiam, kemudian mengangguk. "Esok kalau dah sibuk dekat tadika, susah pulak nak dapat cuti."
Ariana terdiam dan kembali membuat assignmentnya. Kemudian kedengaran suaranya. "Elok jugak tu. Dah lama tak dengar khabar ibu Dhia tu."
Senang hatiku apabila Ariana sudah memberi keizinannya. "Dhia masuk dulu ye, Yana."

"Kalau Dhia nak makan, lauk semua Aisyah dah hangatkan dalam periuk. Hari ni Aisyah tak masak. Kitorang beli aje kat luar." Sempat dia melaung dengan suara yang sederhana kuat sebaik sebelum aku masuk ke bilikku.
"Okey, Yana," balasku.

AKU memulakan tugas pada hari pertama dengan menghadirkan diri agak awal. Walaupun jarak di antara tadika dan rumah aku memakan masa tidak sampai 15 minit berjalan kaki, tapi aku sudah berada di sana sejam lebih awal.
Kak Laila belum tiba. Yang ada hanya beberapa orang guru sedang mengemas dan menyiapkan perkakas yang akan digunakan sepanjang hari. Seorang gadis yang mungkin digunakan sepanjang hari. Seorang gadis yang mungkin sebaya denganku datang menyapaku mesra. Aku mula terasa diterima di dalam kelompok tenaga pengajar di sini.
Anak-anak kecil berkeliaran berlari ke sana sini. Malah, sudah ada yang peluh memercik di dahi. Kanak-kanak perempuannya pula ramai yang berbual kosong. Aku seronok memerhatikan telatah mereka. Seandainya aku mempunyai anak suatu hari nanti, mungkin juga anak-anakku seperti mereka nanti. Nakal, lincah, dan comel-comel. Angan-anganku yang entah dari mana datangnya, membuatkan aku tertawa.
'Ke situ pula perginya...' desis hati kecilku.
Aku diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menguruskan keadaan di dalam bilik darjah ketika sebelum dan selepas masa belajar tamat. Aku juga diajar serba ringkas bagaimana untuk menangani masalah dan kerenah anak-anak kecil di situ dengan cara bijak dan berdiplomasi.
"Paling penting, kena banyak sabar," tambah Cikgu Sofia yang mengajar kanak-kanak berumur enam tahun.
Aku sekadar mengangguk.
"Kalau kita keras, mereka lagi keras. Jadi, jalan terbaik kena banyak sabar. Cakap pun kena lembut walaupun hati tu dah menggelegak marah. Memang... kalau ikutkan hati, tangan tu cepat aje nak cubit-cubit diorang tu. Tapi kita mesti ingat... mak bapak diorang akan salahkan kita walaupun kawan dia yang cucuk pensel kat punggung anak diorang ke... kawan dia yang tolak sampai luka anak dia ke... semuanya akan jadi salah cikgu. Jadi, pandai-pandailah Puteri control budak-budak ni."
Mendengar pesanan itu, aku tahu tugas sebagai guru tadika tidak mudah seperti yang disangka. Aku terpaksa berhati-hati agar tidak timbul sebarang masalah di antara pihak pengurusan dan ibu bapa.
Tiba-tiba Kak Laila masuk dan menyapa kami berdua.
"Hari ni, biar Kak Laila kendalikan kelas ni dengan Puteri memandangkan ini pengalaman pertama Puteri mengajar di tadika. Mulai esok, Puteri handle sendiri, okey,", ujarnya, secara tidak langsung memberi satu keputusan muktamad.
Aku berasa lega. Sekurang-kurangnya, aku tidak dihantui perasaan gementar walaupun mereka yan seramai 21 orang.
Beberapa orang kanak-kanak perempuan yang berpakaian seragam dan bertudung melangkah masuk ke kelas.
"Dah sarapan?" tanya Kak Laila mesra.
Lagak dan nada suaranya seperti seorang ibu walaupun sebentar tadi Cikgu Sofia sempat memberitahu bahawa Kak Laila masih bujang walaupun usianya sudah 31 tahun.
"Dah cikgu."
Aku dan Cikgu Sofia tersenyum melihat gelagat mereka yang cukup berdisiplin. Beg-beg diletak di atas para.
Sementara botol-botol air pula diletakkan di atas meja di bahagian belakang kelas.
"Dah ambil wudhuk?" tanya Kak Laila lagi.
"Belum cikgu," balas salah seorang daripada mereka.
Tetapi yang seorang pula mencelah. "Saya dah."
"Siapa yang belum... pergi ambil wudhuk. Yang sudah pergi luar. Beratur elok-elok. Tak mau tolak-tolak, okey!"
"Baik cikgu," balas mereka serentak.

"Cikgu!" Suara seorang anak kecil kedengaran lagi.
Kami bertiga memandang ke arah empunya suara.
"Ya?" balas Kak Laila dan Cikgu Sofia serentak.
Si kecil tadi menuding jari ke arahku. "Itu siapa?"
Kak Laila tergelak kecil. "Ini cikgu baru. Cikgu Puteri Dhia Batrisyia. Hari ni, cikgu bantu Cikgu Puteri mengajar di kelas ini.
Esok, Cikgu Puteri akan mengajar kelas ni sampai Cikgu Saleha habis cuti."
Mereka memandangku. Kemudian berbisik perlahan sesama mereka. Beberapa ketika kemudian, mereka berlalu tanpa sebarang kata. Kami tersenyum sesama sendiri.
"Yang perempuan, okey. Tapi tengoklah yang lelakinya nanti. Aduh, banyak soalannya nanti. Itu belum termasuj perangai nakal dengan lasak masing-masing lagi. Boleh pening satu hari," komen Cikgu Sofia.
"Itulah sebabnya kita jadi cikgu. Yang nakal perlu diajar untuk jadi budak baik. Yang lasak dan agresif lebih sikit tu, kita kenalah bijak untuk tackle diorang dengan beri lebih perhatian terhadap apa yang diorang buat. Budak-budak macam ni, kita kena banyakkan aktiviti supaya lebih senang nak jaga kerenah diorang."
Perasaanku sedikit cemas.
"Tak apa Puteri. Anggap budak-budak ni macam anak-anak kita. Insya-ALLAH, semuanya pasti okey nanti." Cikgu Sofia cuba menenteramkan perasaan dan mendorong semangatku.
Kak Laila pula menambah. "Tapi, setiap kali waktu pagi, ada seorang dua budak yang kita kena perhatian. Nanti Kak Laila tunjukkan pada Puteri. Diorang berdua ni, kena tackle mood diorang. Mood kadang-kadang main peranan juga. Bila dia masuk, ampu-ampu sikit sekadar nak naikkan mood dia tu. Kalau mood okey, okeylah hari tu. Kalau mood tak elok, dari pagi sampai balik pun susah kita dibuatnya. Nak dengar pun susah payah.

Kata-kata Kak Laila itu lebih kepada satu panduan untuk membantu aku menghadapi kerenah kanak-kanak yang mungkin menyulitkan kerja-kerjaku nanti. Pada awalnya aku agak takut andai tidak mampu melayani kerenah mereka yang pelbagai. Tapi melihat ketegasan Kak Laila, aku berazam untuk menjadi guru yang berdedikasi.
Kak Laila memandangku dengan senyuman di bibirnya.
Dia seperti mengetahui apa yang berkocak di fikiranku.
"Jangan risau Puteri. Budak-budak ni mudah dikawal. Kalau kita nak rapat dengan diorang, kita kena jadi macam diorang. Baru kita boleh tahu apa yang diorang fikirkan."
Aku diam sambil memikirkan maksud kata-kata itu.
Aku mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar sepanjang tiga bulan aku mengajar mereka nanti.

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now