Pertemuan

37 2 0
                                    

Jam di dinding tempat menunjukkan pukul 7.00 pagi. Aku masih berdiri di depan cermin hias, melihat penampilanku. Baju sekolah aku memakai itu menampakkan aku kelihatan lebih remaja. Ditambah pula dengan rambut panjang yang aku sikat seperti lelaki Korea. Cukup! Aku sudah bersedia untuk menghadiri sesi persekolahan.

Pagi ini aku akan menghadiri ke sekolah sebagai pelajar biasa. Aku berlari dengan pantasnya untuk ke kelas aku kerana guru kelas aku hadir ke kelas aku pada tepat pukul 7.20 pagi. Tetapi, tiba-tiba sahaja aku terkejut dan menumpukan pandangan ke arah kelas aku. Seorang gadis dan seorang lagi gadis sedang ketawa riang.

Hatiku berdebar-debar apabila melihat gadis itu ketawa bersama rakannya. Aku segera ke tempat duduk aku untuk fokus kepada pelajaran aku. Berapa minit kemudian, aku berjalan ke kantin untuk membeli makanan. Tiba-tiba seorang gadis yang aku melihati tadi pergi ke arah aku dan bertanya khabar. Hatiku mula berdebar-debar tanpa sebab.

"Hai, nama awak siapa? Nama saya Puteri Dhia Batrisyia, boleh kita berkenalan boleh? Saya tengok awak ni macam pendiam je, awak tak ada kawan ke?"

Hatiku masih berdebar-debar kerana melihat kecantikan wajahnya. "Oh, nama saya Muhammad Hafizi. Um, kenapa awak nak berkenalan dengan saya?".

Aku melihati wajah seriusnya dan mula kelihatan wajah comelnya pada mataku. Aku sering bergerak pantas ke kantin untuk jauhkan diri daripadanya, Hatiku masih berdebar-debar kerana melihat wajah comel dan kecantikannya. Selepas sahaja habis rehat, aku berjalan ke arah kelas aku untuk mata pelajaran seterusnya. Tetapi, gadis itu keluar daripada kelas aku dan pergi ke arahku untuk bercakap tentang sesuatu.

"Hafizi, kenapa masa rehat tadi awak palau saya?"

Mukanya mula kelihatan marah padaku tanpa sebab. "Sorry lah, saya lapar sangat tadi, sebab tulah saya palau awak." Aku memandang ke arah bawah untuk menenangkan diri aku daripada melihati wajah kecomelannya.

Hatiku tidak berhenti berdebar-debar kerana dia masih memandang aku. "Kenapa awak ni tiba-tiba je pandang bawah? Awak suka saya ke apa?" Aku memandang ke arahnya dan kakiku mula bergegar. "Su-suka? Mana ada...".

Hatiku berdebar-debar sekali lagi ketika dia berkata begitu padaku. "Kalau awak tak suka saya, kenapa awak macam tak nak pandang saya? Sebab saya buruk ke?" Aku mula terkejut dan berasa bersalah ketika dia berkata begitu, dia tidaklah buruk mana pun, dia comel, cantik, baik.

Kalau aku mahu berkenalan dengan dia, kenapa hatiku tiba-tiba sahaja berdebar-debar ketika memandang wajah dia itu? Aku tidak peduli apa dia katakan, aku hanya masuk sahaja ke dalam kelas dan pergi ke tempat dudukku.

Aku tidak boleh fokus...

Aku memandang ke arah tempat duduknya tiba-tiba sahaja. Dia memandang pada aku balik dan senyum kepadaku. Senyuman itu sangat manis, hatiku sudah mula pun berdebar-debar sekali lagi.

Aku masih tidak boleh fokus...

Senyuman itu sangat manis...

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now