Perbualan Tentang Kerja (MUSIM 2)

12 2 0
                                    

   Suasana makin riuh. Orang ramai mula memenuhi ruang di pusat membeli belah itu.

   "Cepatlah! Kita dah banyak ambil masa. Dah dekat pukul 12.00," keluhku, menghentikan bicaranya tentang wanita itu. Jam tak tengok, perempuan yang dia tengok. Geram aku dengan dia ni! Aku tidak mahu Fizi menganggapku seorang yang cemburu kerana aku bukan kekasihnya.

   Fizi menarik tanganku dan menggenggam erat jari-jemariku. Aku tersentak, main pegang je tangan aku!!! Tersirap darahku ke muka.

   Hilang rasa marahku. Lenyap segala sumpah seranahku terhadap kelakuannya yang keterlaluan itu. Entah mengapa, kehangatan dari sentuhan jari-jemarinya di tanganku membuatkan aku terpana. Kewarasan akhirnya timbul semula bila melihat senyumannya yang nakal.

   "Ha... Kenapa pulak ni?"

   "Orang makin ramai. Takut saya tak dapat cari awak kalau awak hilang."

   Aku tersengih. Pantas menarik kembali tanganku dan pegangannya.

   "Kalau hilang, Dhia tunggu fizi di kereta, kat parking lot," ujarku penuh sinis.

   Fizi mengalah akhirnya bila aku semakin kuat cuba melepaskan jariku dari genggamannya. Aku enggan dipimpin seperti anak kecil, malu tahu tak!!!

   Kami terus berjalan. Akhirnya perjalanan kami terhenti di hadapan sebuah restoran yang mewah.

Suasananya agak privasi dan eksklusif. Seumur hidup aku, aku tak pernah masuk restoran mewah macam ni. Nampaknya masalah datang lagi.

KAMI dibawa ke sebuah meja oleh pelayan restoran tersebut.
Aku mengambil tempat duduk. Fizi juga mengambil tempat duduk di sebelahku, bukan setentang denganku seperti kelihatan sungguh relaks. Fizi selamba tarik bahuku rapat dengan dia. Gila! Keterampilannya jelas terserlah dengan kemeja lengan pendek dan jeans birunya.

   Mungkin, aku tidak sepatutnya menyalahkan Fizi jika ada perempuan yang tergoda dengan kekacakannya. Sedangkan Kak Cham turut mengakui masih tergoda melihat Fizi walaupun sudah bersuami. Tapi Fizi juga tidak sepatutnya mengambil kesempatan jika ada perempuan yang tergila-gilakannya. Dia tidak sepatutnya membiarkan dirinya diulit dengan perempuan yang silih berganti.

   Bagiku, Fizi hanya kawan dan tidak lebih dari itu. Cukuplah ketampannya sekadar untuk mainan mata. Jika diberi pilihan, Fizi bukan lelaki pilihanku. Tidak sama sekali. Hidup
Fizi tidak sama dengan cara hidupku. Malah, lelaki itu akan membuatkan aku lebih merana dengan gaya hidupnya yang menjelekkan aku.

   Jika salah seorang daripada kami berkorban hanya untuk mengimbangi kehidupan yang mendatang, mampu ke perubahan yang dilakukan kekal selamanya? Gembira ke kalau perubahan tu hanya untuk memuaskan hati pasangan? Tidakkah itu berpura-pura namanya? Selama manakah sesuatu yang menjadi kebiasaan itu mampu lenyap dalam kehidupan? Perubahan yang cuba dibuktikan hanya bersifat sementara seandainya dia berpura-pura.

   Aku merenung satu persatu menu dihadapanku. Entah apa hidangannya, aku sendiri tak tahu. Malah bukan selera aku. Seorang pelayan datang dan pergi setelah mengambil pesanan daripada Fizi.

   "Pernah datang sini?" tanya Fizi memulakan perbualan.

   Aku menggeleng tanpa sedikit pun memandangnya.

   Dia membetulkan kedudukannya.

   Lutu kami bersentuhan secara tidak sengaja. Kami berpandangan tiba-tiba.

Giliran aku pula membetulkan dudukku dengan harapan lutut atau kaki kami tak bersentuhan lagi.

   "Banyak lagi tempat saya nak bawa awak. Tapi susah nak cari masa terluang. Kalau saya kerja pejabat, senang nak buat plan keluar," katanya lagi.

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now