Fizi tersengih mendengar ceritaku.
"Itulah dia. Pandai awak pusing rancangan saya ni ya? Tahu-tahu, muka Ariana yang tersembul kat muka pintu."
"Itulah dia. Kalau Fizi sengaja nak kenakan Dhia, jadi Dhia dah kenakan Fizi balik." aku meniru ayat Fizi.
Membulat mata Fizi. Dia terkejut. Agak-agaknya memang salah dia!
Lebih dari itu, wajahnya terpegun sebaik aku berkata sebegitu padanya.
"Bila pulak saya kenakan awak?"
"Sebab Kak Laila tak kata pun yang dia cari Dhia. Fizi yang pandai-pandai kata Kak Laila nak jumpa Dhia. Fizi sengaja pasang perangkap supaya Dhia lalu depan pejabat dia, kan? Bila dia nampak Dhia, mestilah dia panggil Dhia."
Fizi ketawa akhirnya bila dia cuba menafikan kata-kataku beberapa kali.
Mamat ni gelak? Aku punya ayat macam karangan beratus juta, dia boleh gelak pula!!! Ternyata dia tidak mampu mengelak lagi. "Okey, kalau macam tu, saya belanja awak makan okey."Makan? Bagus, Fizi, bagus! Perut aku pun tengah lapar sekarang ni, lupa pula nak sarapan pagi. Tiba-tiba, aku mula berasa tidak selesa buat kedua kali. Sudahlah bersamanya begini menjadi beban pada diriku, ditambah pula dengan makan bersamanya. Aku rasa cadangannya tidak bagus sama sekali.
"Dhia dah makan kat rumah."
"Tak apa. Awak boleh makan lagi sekali."
Aku mengeluh perlahan. Seriuslah! Perut aku hampir berbunyi laparan, kalau dia dapat tahu aku tipu macam mana? Nak jujur ke tak, eh?
"Fizi ni lupa ke yang kita keluar ni untuk beli alat-alat tulis untuk Kak Laila."
Fizi tersengih memandangku. "Itu hal kecil aje. Sebenarnya, saya dah call kedai stationery tu dan bagi list dia barang-barang yang Kak Laila pesan. Saya suruh dia prepare apa yang kita nak. So, bila kita sampai, kita bayar dan bawa balik ajelah barang-barang tu. Tak jadi hal, kan tu!"
"Kat mana kedai tu?" tanyaku bila melihat bangunan One Utama di hadapanku.
"Shah Alam."
"Hah? Shah Alam? Habis buat apa kita kat sini?" tanyaku bila kereta yang dipandunya sudah masuk ke kawasan parkir pusat membeli-belah itu.
"Makan and jalan-jalan berduaan. Just the two of us."
Aku terkedu! Fizi tersenyum-senyum... Aku kena scam!
Tidak!!!
"Jalanlah perlahan sikit." Fizi menegur dari belakang. Aku rasa sungguh marah dan kecewa kerana asyik ditipu oleh Fizi semata-mata untuk memenuhi kehendak bodohnya itu.
Aku menoleh sebentar ke arahnya. Dalam diam, aku nak aje smack down dia. Biar paralyzed, padan muka! Aku mengawal perasaan marah. Tapi langkah kakiku pula yang rakus menghambur rasa marah itu.
"Dhia," panggilnya sambil cuba beriringan denganku.
Saat aku memulakan langkahku kembali, ketika itulah bahuku dilanggar dan aku rasa sakit sekali.
"What the hell...!"
Suara seorang perempuan mendengus kasar. What the helllah sangat, orang mat salleh ke? Seorang wanita yang berambut pendek dan seluar ketat serta baju t-shirt yang menampakkan pusat memandang tajam padaku.
Namun, ayat itu terhenti di situ sebaik sahaja terlihat Fizi di sebelahku. Seluruh perhatiannya kini sudah beralih pada lelaki di sebelahku. Wajahnya serta-merta mengukir senyuman manis. Aku ni kononnya langgar dia dah tak dihiraukan.
Mereka berpandangan. Aku sekadar menjadi penonton.
Wanita tinggi lampai berkulit putih gebu itu terus mendakap Fizi tanpa segan-silu di khalayak ramai. Aku fikir dia tinggi, rupanya pakai high heels. Agak-agaknya, pendek orangnya. Aku bagaikan tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku di hadapan mataku.
Dalam keadaan termangu, aku pantas mengalih pandangan seolah-olah tidak melihat drama yang agak keterlaluan di mataku. Drama Korea ke ni? Ke drama Industan? Yuck! Boleh pula eye contact bagai.
Namun, bayangan kejadian sebentar tadi terus mengasak fikiran. Bukan aku seorang yang terpandang-pandang ke arah Fizi dan perempuan itu, malah beberapa orang yang lain turut sama terpegun melihat senario itu.
Mereka bertanya khabar sambil berpegangan tangan. Eee! Muak aku tengok diorang, sampai esok kut tak habis.
Lagak mereka mesra sekali. Mungkin kenalan lama. Wanita itu sesekali mengekek manja. Amboi! Nak aje tampar bibir dia! Malah, bahasa tubuh yang ditunjukkan olehnya bagai menggoda Fizi. Terlentok sana dan sini sambil tangannya terus memegang jari-jemari Fizi.
Fizi terus ters bersama perempuan yang meramas-ramas tangannya, yang menggesek-gesek tubuhnya pada Fizi bagai biola dengan kayu penggeseknya. Aku rasa nak muntah!
Jeleknya aku melihat gelagat wanita penggoda seperti itu. Aksinya menimbulkan kebencian pada mata sesiapa yang melihatnya. Termasuk aku! Peliknya, kenapa Fizi tidak cuba meloloskan tangannya dari genggaman wanita itu yang semakin mendekatkan tubuhnya pada tubuh Fizi? Argh! Lelaki macam tulah, pantang nampak perempuan hot and sexy. Suka ambil kesempatan kalau dihidangkan tubuh wanita kepadanya.
Perlahan-lahan, aku menjauhi dua sejoli ini. Pura-pura menganggap tidak ada perkara luar biasa yang berlaku.
Sebaliknya, aku menjamu mata dengan menikmati pelbagai cendera hati yang dipamerkan di sebuah kedai di situ. Tetapi fikiran aku tak mampu nak menikmati segala yang ada di situ.
Fikiran aku mengimbau balik kejadian yang berlaku tak sampai seminit yang lalu. Tergamak Fizi membiarkan dirinya didakap sebegitu erat di khalayak ramai dengan disaksikan oleh orang sekeliling? Macam tu ke hidup real dia yang aku tak pernah tahu selama ni? Sejak sekolah rendah lagi ke? Eh, bodohnya aku! Buat apa aku fikir sampai macam tu!!! Tapi itu praktis hidup dia ke?
Apakah dia tidak segan berpelukan erat begitu lebih-lebih lagi membiarkan penonton menyaksikan drama 'mesra' itu?
Aku mengeluh panjang. Menahan perasaan yang entah apa. Ish! Fizi tu betul-betul berubah lepas aku pindah ke London, kenapa pula dia berubah?
Dia pergi... club ke?!! Ah! Apa kau fikir ni, Dhia? Otak kotor betul, tapi ada ke pilot pergi club?Setahu aku, tak semestinya. Argh! Stresnya! Aku mesej Aisyahlah, patut minta nasihat banyak dari dia tu.
Tanpa berlengah, aku terus menghantar mesej pada Aisyah memberitahu tentang keadaanku.
Mcm mne bole jdi mcm ni?
Itu mesej yang dijawab oleh Aisyah.Dhia tk tau.
Bkn ke kau ckp dia ada gf?
Benar, dia ada teman wanita. Tetapi berapa ramai scandal dia ada?!! Mesti termasuk aku sekali dalam list wanita dia ke berapa entah!
Aku kena prgi dulu, anak aku pnggil.
Kirim salam kt Omera, Ariana dgn
Nabila.Okey, nnti aku bgitau.
Berapa minit kemudian, Fizi muncul dihadapanku secara mengerikan.
"Awak pergi mana tadi?" tanyanya.
Aku hampir terbang kat atas langit sebab jumpscare dia ni boleh buat aku pucat sampai nazak."Saya pergi toilet, kenapa tanya?"
Pergilah dengan scandal kau tu yang entah nombor ke berapa, jangan pula aku jadi perempuan simpanan engkau! Dah berapa lama aku pendam dengan dia ni, nak aje aku botakkan rambut dia."Oh, tak ada apalah. Saya lapar, jom teman saya makan. Alang-alang saya jumpa awak kat restoran ni, alhamdullilah. Thank you sebab awak tunggu saya kat sini." thank you? Apa maksud dia?
Aku berhenti kat sini sebab aku nak mesej kawan aku, tiba pula mamat ni! Muka boleh dipakai, perangai boleh pergi ke alam bunian.
Mengapakah dia merenungku dengan senyuman lebarnya itu? Mengerikan! Bukan hot and sexy, tapi nightmare seumur hidup!
YOU ARE READING
My Classmate Adores Me
RomanceKisah ini mengisahkan tentang seorang budak bernama Hafizi, si lelaki introvert. Dia mempunyai pertemuan yang buruk dengan setiap gadis yang ditemuinya. Tanpa diduga, dia berasa selesa daripada seorang ini dan ia adalah seorang perempuan?! "A husban...