Perpisahan (MUSIM 1 TAMAT)

20 2 1
                                    

Lima hari sudah berlalu. Kelibat Dhia masih juga kerap tidak hadir ke sekolah. Ingin sahaja aku bertanya pada Aisyah dan Omera, tapi siapa lah aku untuk berbuat begitu. Malah, tiada sebab untuk aku mengetahui tentang aktiviti seharian Dhia. Aku menelefonnya hampir dua bulan lamanya, dia tidak membalas mesejku atau menelefonku balik. Tapi hari ini sudah masuk hari kelima. Bayangannya masih tidak kelihatan. Ke mana dia pergi? Antara aku dengannya masih ada yang belum selesai.

"Hafizi?" Uwais memanggilku tatkala aku melintas di hadapan pintu kelasnya.

Aku segera berpaling. "Ya? Kau panggil aku ke?"

Dia mengangguk. "Kenapa dari tadi aku nampak kau temenung jauh je?"
Aku sedikit kehairanan tapi akur dengan soalannya.

"Oh, tak ada apa-apa lah. Biasa lah, exam dah nak dekat, tulah aku temenung dari jauh."

Aku tidak memberi tahu perkara sebenar.

"Oh, ok lah." Dia terus sahaja masuk ke dalam kelasnya, aku pula berjalan untuk pergi ke tandas.

TIBA-TIBA....Aisyah memanggilku. "Hafizi! Tunggu kejap!"

"Ha, apa?"

"Ni surat dari Dhia, baca lah."
Hatiku mula berdebar-debar, aku membuka surat itu dan baca.

Hafizi...

Bila awak baca nota ni, Dhia masih di awan biri menuju ke Zurich. Apa khabar? Rasa sunyi tak bila Dhia tak ada? I have something for you, a teddy bear which i bought on my way home from London. Cik Ted will be your friend and your protector during my obsence.

Missing you...
Dhia

Belum sempat aku memandang wajah Aisyah, kelihatan sebuah patung beruang sederhana besarnya di hadapan mataku. Aku menarik nafas panjang. Tergamam sebentar. Hilang kata-kata untuk bersuara. Malah, aku tidak tahu reaksi apa yang harus aku tunjukkan pada Aisyah.

Kantoi! Kantoi habis... Pasti giliran Aisyah pula berteka-teki denganku tentang pemberian Dhia ini.

"Suka?" tanya Aisyah dengan senyuman penuh makna.
Berat sungguh hati ini untuk membalas senyumannya.

"Kenapa ni? Macam tak suka aje?" duga Aisyah sambil terus memerhatikan reaksiku.

"Tak ada apa. Cuma rasa tak selesa sikit dapat teddy bear sebesar ni. Macam mana saya nak bawak balik? Mana saya nak sorok?" Aku mengeluh sambil merenung patung beruang tersebut dengan perasaan yang berbaur-baur.

Melihat sepasang mata yang berwarna coklat kehitaman ini terasa seolah-olah Dhia sedang merenungku. Resah dengan keadaan ini, aku menatap wajah Aisyah kembali.
"Susah nak bawak balik? Tak kan lah?" usik Aisyah.

Aku tersenyum kelat dan kembali memandang sepasang mata yang kehitaman itu. Bulunya sungguh lembut. Tidak terasa bila aku mengusapnya perlahan-lahan. Aku mengeluh dalam diam. Kenapa perempuan itu asyik mengganggu perasaanku sejak akhir-akhir ini?
"Mungkin saya boleh simpan teddy bear ni kat sini buat sementara waktu ke..." cadangku.

"Nak simpan kat sekolah? Tak sayang, kalau classmate nampak lepas tu pegang-pegang atau bawak main?" tanya Aisyah.

Pemberian semahal ini tidak pernah aku terima seumur hidupku. Mahal, is membawa seribu erti untukku kerana inilah kali pertama aku menerima hadiah tanpa sebab.

"Tak apa lah. Saya simpan kat rumah." Aku mengalah akhirnya. Aisyah tersenyum puas hati.

Selepas sahaja aku mengetahui yang Dhia pindah ke London selama 13 tahun, aku berasa sunyi sepi tanpanya tiada disisiku. Tiba-tiba sahaja aku teringat semula tentang teka-teki yang sudah lama berbulan-bulan sekian lama.

My love for you dies
when the last petal of these roses falls.

Aku mendapat tahu yang tulis nota itu ialah Dhia, aku menangis sedikit dan lupakan sahaja tentang itu.
Aku membuat keputusan untuk melupakan Dhia selama 13 tahun itu.

Terima kasih kerana selalu ada disisiku wahai sahabatku.

I love you very much, Puteri Dhia Batrisyia Binti Mohammad Rahman.

Missing you everyday...









MUSIM 1 TAMAT

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now