Epilog

37 1 0
                                    

Thank you for all the readers yang baca 'My Classmate Adores me'. Cerita ini tamat di sini sahaja kerana di luar cerita, mereka berdua memutuskan hubungan.

Sebabnya saya tak tahu, ini hal peribadi mereka. Yang hanya saya tahu, male lead yang minta putus. Jadi, kisah ini tamat di bab 28 sahaja. Cerita ini akan tiada sambungan dan tamat begitu sahaja.

Saya minta maaf jika ini mengecewakan semua readers. kalau masih tak faham, lantak engko la situ.

Sekian di sini sahaja, terima kasih semua.

InsyaAllah, saya akan buat novel baru. Jika saya ada masa la. Boleh baca 'Dia Milikku'. kalau tak minat tak apa, tak paksa. Saya akan memberitahu awak semua di sini.

EPILOG

"Abang beli apa ni?"

Dia hanya tersenyum penuh rahsia. "Something special... daripada abang untuk isteri abang yang tersayang."

"Boleh Dhia buka?"

Fizi ketawa. "It's yours. Bukalah."

Aku membuka kotak itu dengan berhati-hati. Di dalamnya ada seutas jam tangan berwarna chrome dan setiap hujung permukaan jam itu dihiasi dengan beberapa butir batu putih jernih yang dikelilingi warna kuning keemasan.

Itulah pemberian paling bermakna untukku. Bukan rantai emas atau gelang permata, tetapi seutas jam tangan, satu keperluan yang penting untuk menyatakan aku mengingati dirinya setiap saat, setiap detik malah setiap masa.

"Luqman pun ada hadiah untuk abang," Giliranku pula menghulurkan bungkusan kepadanya.

Fizi agak terkejut. Dia membawa keluar sehelai t-shirt yang aku belikan untuknya. Di hadapan t-shirt itu tertulis, My daddy my hero.

"Haa... inilah baru anak daddy," ucapnya gembira.

Aku tersenyum. Aku gembira bila melihatnya ketawa.

"Mama tak beli apa-apa untuk daddy ke? usiknya.

Senyumanku meleret. "Mama tak ada duit nak beli mahal-mahal untuk daddy. Daddy punya taste, expensive."

Dia mengerutkan dahi tapi bibirnya terus melebar dengan senyuman. "Pernah ke Fizi complain selama ni?" tanya dia padaku. Fizi keluar dari gurau senda kami suami isteri.
Pertanyaannya terus kepadaku.

"Sebernanya hadiah ni, Dhia beli sebagai tanda kasih sayang Dhia dan Luqman. Bukan hadiah hari jadi, bukan juga anniversary, tapi sebagai tanda ingatan kami yang tak pernah putus untuk abang." Lantas aku hulurkan satu bungkusan di tanganku padanya.

Sebuah organizer yang siap terukir namanya juga sekeping gambar aku bersama Luqman turut aku selitkan dengan harapan wajah-wajah kami tetap berada di matanya walaupun di celah kesibukannya di pejabat.

"I love it," ucap Fizi sambil merenungku, penuh erti.

Aku tersenyum. "Abang, thank you for the watch."

Dia hanya membalas dengan senyuman. "Dhia dah tengok kad yang abang kasi?"

Ya, ada sekeping kad di dalamnya. Sebaik membukanya, mataku sudah terpandang tulisan tangan Fizi.

Dhia dicipta dari tulang rusuk Hafizi,
Bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya,
Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya,
Melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
Dekat pada lengan untuk dilindunginya dan dekat di hati untuk dicintainya.

Air mataku menitis, menahan sebaik. Aku meluru ke arahnya dan memeluknya buat beberapa ketika.

"Abang, kata-kata ini terlalu dalam maksudnya. Setiap patah yang abang tulis tu, cukup istimewa untuk Dhia..."

"Lah... kalau suka, kenapa pulak Dhia nangis?"

"Dhia tak sangka suami Dhia seorang yang sungguh romantik."

"Dhia pun tahu kan... yang abang ni memanglah lelaki paling romantis. Berebut-rebut perempuan yang tergila-gilakan abang. Tapi Dhia jugak yang abang nak," gurau Fizi padaku.

Aku pandang raut wajahnya. Aku tatap sinar kebahagiaan di matanya.

"Terima kasih untuk kehidupan kita, abang. Dan terima kasih kerana kebahagiaan yang Dhia rasakan selama ni. I love it, and I love you. Thank you."

"Thank you to you too, and I love you too. I love you with all my heart." ucap Fizi kepadaku penuh erti

Aku sungguh bahagia kerana menyintai dan dicintai oleh lelaki seperti Fizi. Betapa peliknya kehidupan ini. Di saat aku cuba menanamkan rasa benci terhadapanya, tidak sekalipun dia menolak aku jauh daripadanya. Masih tetap mengasihaniku dari jauh. Masih menyayangiku dalam diam.

Ya ALLAH, Ya TUHANku. Aku amat bersyukur kerana dikurniakan seorang lelaki yang amat menyayangiku serta permata hati yang menyinari lagi rumah tangga kami. Dan aku juga... akan sentiasa membahagiakannya seperti dia memberi kebahagiaan dalam hidupku.

Dan, dalam keheningan malam ini, sempat aku titipkan doa pada Yang Maha Esa agar kebahagiaan yang aku rasakan ini akan dinikmati hingga ke akhir nafas kami.

TAMAT


















"Cinta itu singkat, melupakan itu panjang."

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now