Temu Duga (MUSIM 2)

16 2 0
                                    

13 tahun kemudian.... Aku Puteri Dhia Batrisyia sudah lama berada di London selama 13 tahun. Umurku sekarang 25 tahun, aku sudah berada di Malaysia 3 bulan lepas. Pagi ini aku akan menghadiri sesi temu duga sebagai guru yang mengambil cuti bersalin selama tiga bulan. Aku memang berharap untuk menjawat jawapan ini. Jika berjaya, dapat lah juga sedikit duit poket sebagai perbelanjaan makan.
Jarak rumah aku dengan Tadika Pelangi Ceria cuma 500 meter. Aku hanya berjalan kaki untuk ke sana. Ketika tiba di satu laluan lampu isyarat, tiba-tiba sebuah kereta sport jenama Ford warna merah berhenti di sebelahku dan bunyi deruman enjin yang agak kuat.

Aku terkejut dan menumpukan pandangan ke arah kereta itu. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang ketawa riang.
Aku sempat melihat pemandu kereta itu. Rambutnya ikal keperangan. Memiliki hidung yang mancung dan kulitnya putih kemerahan. Sekilas mata memandang, aku dapat mengagak lelaki itu bukan Melayu tulen. Dia mungkin berdarah kacukan Inggeris.
Spontan tanpa diduga, kami saling berpandangan.
'Handsome jugak mamat ni, tapi macam pernah nampak,' bisik hatiku, agak teruja dengan ketampanannya. Aku leka seketika. "Kalaulah aku ada boyfriend handsome macam ni..." Aku terus berangan-angan.
Tiba-tiba gelagat gadis di sebelahnya mengganggu lamunanku. Betapa terkejutnya aku apabila melihat gadis itu mencium pipi lelaki itu tanpa segan silu. Kemudian itu mungkin suaminya، tapi di mana adab sopannya sebagai perempuan Melayu? Tapi dari pandangan mataku, mereka tidak kelihatan seperti sepasang suami isteri tetapi lebih sebagai pasangan kekasih yang sedang asyik bercinta.
Lampu isyarat bertukar hijau. Kereta Ford itu meluncur pantas dengan derumun yang membingitkan telinga. Aku meneruskan langkah dengan rasa kesal mengingatkan tingkah laku pasangan itu tadi. 'Ah, lantak lah diorang nak buat apa pun. Sendiri buat dosa, sendiri lah tanggung!'
Sebaik sahaja tiba di depan pintu pagar Tadika Pelangi Ceria, mataku menangkap sebuah kereta sport berwarna merah di bahagian dalam kawasan tadika. Langkahku tiba-tiba kaku di situ. Pelik! Itu lah persoalan yang bermain-main di fikiranku. Kenapa mereka berada di sini pula?
Aku cuba mencuri pandang ke arah perempuan di dalam kereta itu. Rambutnya berombak keperangan. Wajahnya nampak jelita dengan alat solek yang digunakan. Aku menghadiahkan senyuman bila mata kami bertentang. Tapi dia segera memalingkan wajahnya dengan sombong.

Aku terkedu dengan reaksinya itu. 'Hai sombongnya! Tak setaraf ke aku dengan dia cuma sebab tudung aku yang bertutup aurat ni dan wajah aku yang cuma tercalit dengan lipstick nipis yang tak semerah bibirnya?'
Aku segera berjalan masuk meninggalkan perempuan sombong itu. Aku punya tujuan yang lebih penting dari memikirkan dirinya yang entah siapa.
Suasana di dalam kawasan tadika agak riuh-rendah dengan suara kanak-kanak. Ada yang berbual, ada yang galak berlari ke sana ke mari, ada yang sedang ketawa mengekeh dan tidak kurang juga ada yang sedang duduk bersendirian.
Aku termangu-mangu. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Sama ada ingin mengganggu dan bertanya, atau pun membuat hala tujuku sendiri.

"NAK cari siapa?" Suara garau seorang lelaki kedengaran, mengejutkan aku yang sedang teringat-pinga.
Aku menoleh ke arah suara itu. Nah! Lelaki yang memandu Ford merah itu kini berada di hadapanku. Orangnya tinggi lampai, segak memakai kemeja putih dan juga seluar slack warna biru tua. Ada logo Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) di tepi sebelah kiri bajunya.
'Lelaki ni orang putih ke? Tapi kenapa fasih betul dia berbicara Melayu dengan aku?" Hatiku berdetik seketika.
"Nak cari siapa?" ulangnya lagi sambil terus merenung tajam ke arahku.
"Nak cari Cik Laila," jawabku teragak-agak. Mataku tidak lekang dari menatap wajah lelaki kacak ini.
"Lalu ikut sini, and then belok kiri. Lepas tu ada pintu sebelah kiri, you masuk. Cik Laila ada dalam ofis dekat situ."
Dia menunjukkan arah jalan kepadaku.
Aku mengangguk-angguk. "Terima kasih encik."
Lelaki itu sedikit pun tidak tersentuh.

Dia hanya mengangguk dan kemudian terus beredar. Sekilas pandang, wajahnya kutatap penuh makna.
Aku berjalan ke arah yang diberitahu oleh lelaki tadi.
Sebaik sahaja melepasi tembok yang ada di situ, aku kembali memandang lelaki itu. Dia sudah berada di dalam kereta.
Perempuan itu sedang membisikkan sesuatu di telinganya dengan liuk-lentok tubuh yang menggoda. Sekali lagi satu ciuman hinggap di pipi lelaki itu. Aku terkedu!

"ASSALAMMUALAIKUM..." sapaku kepada seorang wanita yang sedang duduk sambil mengamati fail di hadapannya.
Pejabat itu kecil sahaja. Dindingnya dihiasi dengan pelbagai lukisan. Sudah pasti hasil kerja tangan kanak-kanak di tadika ini. Melihat suasana di dalamnya, aku mula jatuh hati dengan persekitarannya.
"Waalaikummussalam..." balasnya lembut.
Wanita di hadapanku ini kelihatan anggun. Pipinya bagai pauh dilayang dan matanya yang bundar redup memandangku. Dia hanya memakai baju kurung corak bunga-bunga kecil warna lembut, seolah-olah menggambarkan dirinya juga begitu.
"Nak cari siapa?"
"Nak cari Cik Laila"
Dahinya berkerut. "Ya, saya Laila. Awak siapa?"
Aku menarik nafas panjang. Sedikit lega kerana telah bertemu dengan pengetua tadika di sini.
"Saya Puteri Dhia Batrisyia. Saya datang untuk temu duga jawatan guru sementara dekat sini." Aku menghulurkan tangan bersalaman dengannya.
Riak wajahnya menunjukkan dia baru tersedar akan sesuatu. Dia kemudian tersenyum.
"Alhamdulillah. Kak Laila ingatkan Puteri tak datang sebab sepatutnya Puteri datang pukul 8.30 pagi tadi. Dah dekat sejam baru sampai. Ada masalah ke?"

Aku terkejut. "Saya dah bagi tahu, temu duga saya pukul 9.30 pagi, bukan 8.30."
Giliran wanita muda di hadapanku yang membahasakan dirinya Kak Laila pula terkejut.
"Eh? Iya ke? Rasanya temu duga untuk Puteri 8.30,"
gumamnya sambil berfikir. Tapi kemudian, bibirnya menguntumkan senyuman. "Tak apa lah. Puteri pun dah ada dekat sini, kita mulakan je lah temu duga."
Aku mengangguk terus bersetuju.
Kak Laila bergerak dari meja kerjanya. "But give me a minute. Kak Laila nak settlekan sesuatu jap. Then I will get back to you. Oh ya, ini ada borang untuk Puteri isi particulars. In the meantime, Kak Laila keluar jap, okey," ujarnya sebelum meninggalkan aku keseorangan di pejabatnya.
Aku mengangguk. Kak Laila keluar dan aku menatap borang yang dihulurkan sebentar tadi.

My Classmate Adores MeWhere stories live. Discover now