L'amore e'oro: 1

7K 303 6
                                    

                "Kau ni, dasar anak tak guna!" Jerit lelaki yang baru saja menampar wajah Qiura tadi

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

                "Kau ni, dasar anak tak guna!" Jerit lelaki yang baru saja menampar wajah Qiura tadi.

        "Apa? Dah gila sangat pergi bunuh orang? Aku hantar kau kat sini suruh kau tangkap penjenayah, yang kau jadi penjenayah pergi bunuh orang kenapa?" Jerkahnya lagi.

          Terkebil kebil bebola mata Qiura...

      "D..da..daddy.." perlahan suara Qiura mula memanggil lelaki yang baru menjerkahnya tadi sebagai daddy.

                Kerusi kosong yang ada di sebelah Tan Sri Danish diambilnya.

    Terus dia membaling kerusi itu ke arah Qiura.

        Terkejut Tan Sri Danish yang berada dalam bilik itu.

          Nasib sempat Qiura mengelek. "Qiyran, enough." Tegas amaran dari Tan Sri Danish kedengaran.

            Barulah Tuan Qiyran cuba mengawal dirinya.

             "Qiura Mariean Pattenson, Agent Rose from unit 7 ISA, nak bagitahu aku kenapa kau tembak orang awam dan langgar arahan orang atasan?"

      Soalan dari Tan Sri Danish mula diungkapkan.

                  "Tan Sri, s..saya.. saya tak ada niat langsung nak bunuh perempuan tu. Saya kena perangkap.. arahan yang saya terima dari Tuan Yassen cakap dia ialah target yang saya perlu tembak..."

        Qiura cuba menjelaskan.

       "Nelydia Erica Dhiara Tan Sri Danish, perempuan pakai purdah yang kau baru bunuh tu, anak aku.."

                Bagaikan terhenti jantung Qiura mendengar penyataan itu.

             "Tan.. Tan Sri c..cakap apa tadi?" Soal Qiura tidak percaya.

        "Kau baru bunuh Erica, anak Tan Sri Danish.. sekarang kau nak bagi alasan apa lagi?" Marah Tuan Qiyran.

          Tuan Qiyran merupakan naib pengerusi Agensi ISA. Dia menjalankan kontrak perjanjian dengan syarikat ini.

      Justeru itu, terus dia mendaftarkan anak sulungnya, Qiura sebagai salah seorang ejen di sini.

          "D.. daddy, Qiu sumpah Qiu tak bunuh dia.."

          "Tan.. Tan Sri, saya sumpah saya tak bunuh anak Tan Sri..." Katanya lagi.

                 "Kau, kau ni memang suka malukan aku kan?"

                "Kau suka ke kalau orang panggil aku bapak pembunuh?" Jerkah Tuan Qiyran lagi.

             Qiura menggeleng ketakutan.

     Tiba tiba memori lama kembali berulang di fikirannya.

     Memori dimana dia dan Daren pernah ditangkap basah suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan dia dipaksa bertunang dengan Daren semasa umurnya masih lagi 17 tahun.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang