L'amore e'oro: 28

5.4K 319 27
                                    

"Firash is dead

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Firash is dead.."

Bergema saja suara itu kedengaran di telinga Qiura.

Tercelik saja matanya, dia perasan dia sedang baring di atas katil. Inikah medical room yang selalu dinyatakan Edwis?

Bilik ini kelihatan penuh dengan alatan perubatan yang begitu mencukupi.

Jujur kata dia sendiri belum memahami status sebenar Edwis. Nak kata dia doktor, tak pernah nampak pun dia bertugas sebagai doktor.

Nak kata bukan, dia tahu semua tentang hal ehwal perubatan. Tak silap Qiura pernah dengar Edwis merupakan CEO sebuah hospital.

Mungkin lebih kurang begitu.

Namun bukan itu yang sibuk difikirkan ketika ini.

Dia cuba untuk bangun, setelah itu kaki diturunkan dari katil.. dia perlu mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada Firash.

Laju dia membuka pintu bilik itu.

Setelah itu kepala menjenguk kiri dan kanan,

Sebaik semuanya kelihatan kosong, dia keluar.

Langkah diatur ke tingkat bawah. Dia masih agak lemah ketika ini, hampir hampir dia jatuh semasa menuruni tangga, nasib baik ada Edward membantu.

"Kau ok tak?" Soalnya..

Qiura hanya mengangguk, dia kemudian kembali berdiri.

"Mana lelaki tu? Edwis mana?" Soal Qiura cemas.

"Diorang dalam bilik bawah tanah.." jawapan itu menyebabkan Qiura mengerutkan dahinya.

Biar betul, ingatkan rumah ini makin tinggi ke atas saja, rupanya bawah tanah pun wujud juga?

"Where's the room?" Soalnya lagi.

Edward terus membawa kakak iparnya ke bilik yang dinyatakan.

Ada satu lorong di sebelah bilik bacaan.. lorong itu digunakan untuk ke tingkat bawah tanah yang dinyatakan.

Terdapat tangga pusing yang sederhana saiznya. Tangga itu menjadi laluan utama.

Apabila tiba ke tingkat bawah tanah itu, mereka berhadapan dengan sebuah pintu coklat.

Pintu itu dibuka oleh Edward dengan kunci yang ada diambilnya tergantung di dinding bilik itu.

Qiura masih tercengang seketika. Tidak sangka bilik sebegini wujud.

Dia kagum.

Pertama, kerana bilik ini penuh dengan senjata tajam, senjata api juga lengkap. Setanding dengan ISA.

Rindu betul, lama dia tidak masuk bilik senjata.

Kedua kerana bilik ini seumpama penjara bawah tanah. Juga mirip ISA.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang