L'amore e'oro: 19

5.5K 315 21
                                    

          Sebaik tangan sasa itu mengusap rambut coklat yang cantik terikat, perasaan trauma Qiura mula menjelma

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

          Sebaik tangan sasa itu mengusap rambut coklat yang cantik terikat, perasaan trauma Qiura mula menjelma.

      Dia laju menolak tubuh tegap sang suami yang baru saja kembali membalas pelukannya.

        Dia lari dari ruang tamu itu meninggalkan Edwis sendirian. Terkebil kebil suaminya itu.

       Tadi dia yang tiba tiba memeluk erat pinggang Edwis, kini, dia pula meleraikan pelukan itu tidak sampai beberapa saat.

        Sehinggalah dia perasan yang bajunya basah.. nampaknya Qiura menangis dalam pelukan yang tidak sampai beberapa saat tadi.

      Setelah itu, laju saja kaki mengejar sang isteri yang sudah berlari pergi dari ruangan itu.

                "Qiura!" Jeritnya sambil kaki masih berlari mengejar isterinya yang sudah jauh ke depan.

          "Qiura, Qiura! Wait!" Panggilnya lagi.

      Sehinggalah tiba di tangga, langkah Qiura menjadi perlahan kerana menaiki tangga besar itu.

      Akhirnya, lengan putih mulus isterinya itu berjaya ditarik.

         Qiura tidak melarang, tetapi dia tidak memalingkan wajahnya ke belakang.

          Tetapi Edwis tahu yang isterinya itu sedang menyorokkan muka yang sudah basah disebabkan air mata.

              "Qiura..." Nada panggilannya sengaja diubah lembut.

            Jelas kedengaran Qiura sedang menahan esakan tangis.

            Perlahan juga isterinya kembali ditarik dalam pelukan...

      Dia sendiri tidak menyangka bahawa dia akan melakukan hal itu.

           Qiura juga begitu.. tidak sangka dia akan biarkan saja Edwis menariknya dalam pelukan.

          Jujur kata, dia bukan mengambil kesempatan, tetapi hanya ingin berasa tenang buat seketika.

          "Hiks... Hiks..." Esakan tangis Qiura perlahan lahan kedengaran kuat..

    Mukanya betul betul disembamkan di dada Edwis..

     Tinggi mereka tidak begitu berbeza.. Qiura bukanlah jenis wanita yang rendah, malah, tingginya dalam 165 ke atas.

        Kalau tadi dia mengusap rambut Qiura dan isterinya itu lari, kini dia hanya mengusap belakang dan pinggang ramping isterinya.

     Entah kenapa dia rasa Qiura tidak selesa jika rambutnya diusap.

        Qiura termenung jauh, mereka kini duduk di taman halaman rumah Edwis yang sangat cantik hiasannya.

         Terdapat kolam ikan, pokok pokok bunga, tempat berehat dan bermacam jenis hiasan lagi.

          Mereka hanya duduk di atas rumput hijau yang begitu cantik sekali warnanya.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang