L'amore e'oro: 68

7K 370 44
                                    

          "Dah habis dah?"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

          "Dah habis dah?"

      Kata kata itu bagaikan dia tidak percaya saja keluar dari mulut bekas isterinya itu.

          "S..sayang.." Edwis masih dengan tangisannya.

         "Daisy.. Dhafiqi.. jom kita balik sayang.." ajak Qiura pada anak anaknya.

      Mereka kemudian menyalam tangan kedua datuk dan nenek mereka.

    "Bye atuk.. bye nenek.." ucap mereka.

      Manakala Puan Sri Emelda dan Tan Sri Danish pula cuma mampu mengusap lembut pipi dan rambut cucu cucu mereka.

        Ciuman berlabuh di dahi kedua Daisy dan Dhafiqi.

          Setelah itu, mereka berlari pula ke arah Puan Marsya dan Tuan Qiyran.

        Juga mereka melakukan hal sama. Menyalami dan mencium tangan mereka tangan Qaseh juga sama.

      "Bye tok daddy.. bye tok mommy.."

    "Bye sayang.." ucap kedua Puan Marsya dan Tuan Qiyran.

         "Bye umi.." ucap mereka pada Qaseh pula.

      Dia mengangguk saja. Mata dikerling pada Daren.

          Entah kenapa dia rasa tidak aman dengan kehadiran jejaka itu. Pelik. Dia tahu bertapa bencinya Qiura terhadap lelaki yang merosakkan hidupnya suatu ketika dahulu.

    Tapi mengapa sekarang berbeza?

      Tangan Daisy ditarik.. gadis kecil itu mengalihkan pandangan ke belakang.

      Ternyata itu papanya. Melihat kakaknya mendekati papa mereka Dhafiqi juga melakukan hal sama.

      "Don't leave me twins.. I love you both.. please.." rayu Edwis.

           Anak anaknya saling silih berganti memandang satu sama lain. Mereka buntu.

    Mereka tidak faham. Tetapi mereka yakin yang papa dan mama mereka memang tidak akan bersama lagi.

        "Papa merayu Elena Qayleen Daisy, Esran Qayyum Dhafiqi.. tolonglah jangan tinggalkan papa.. tolonglah pujuk mama.. papa tak boleh hilang korang.." Edwis makin kuat menangis.

      Masih tiada sahutan dari anak anaknya. Itu buatkan dia resah. Apa? Mereka juga sudah mahu tinggalkannya kah?

       "Daisy.. Dhafiqi.. jom.." ajak Qiura lagi.

     Mereka cuma mampu melemparkan pandangan serba salah. Setelah itu, mereka berlari ke arah Qiura.

      Apabila mereka berlalu pergi, Edwis yang masih melutut di lantai, ditinggalkan terkontang-kanting sendiri.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang