L'amore e'oro: 21

5.5K 311 29
                                    

Sebulan sebelum

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Sebulan sebelum...

          "Agent Wyyat?" Soalan itu hanya kedengaran samar samar di telinganya.

      Pandangannya berbalam dan langsung sikit pun tidak jelas.

              "Go.. to hell.." tersekat sekat nafasnya saat membicarakan ayat itu.

        Perkara terakhir dia ingat, dia sedang cuba menghubungi Qiura menggunakan telefon awam.

    Pada ketika itu, dia dalam keadaan basah lenjun akibat hujan yang deras. Dia sudah buntu. Dia tidak tahu apa berlaku atau bagaimana dia disini.

      Sebenarnya, dia tidak tahu pun apa tempat ini.

      Tangannya terasa kebas terasa seperti diikat... Posisinya sedang berdiri dengan tangan yang diikat di atas kepala.

          Dia tergantung.

       Mata melilau melihat sekeliling, namun masih gagal mengenal pasti tempat ini.

        "You are Agent Wyyat right? How could you be here?" Soal jejaka di hadapannya itu kedengaran keliru.

         "Let me go.." ujar Agent Wyyat dengan suara lemah.

            Badannya bengkak dan lebam, mukanya diselaputi darah, nampaknya sebelum dia tiba di sini, dia dipukul teruk.

      Kerja siapakah ini?

      "Ok, I'll let you go.. wait.." balas jejaka itu pula.

    Nak kata jahat dari suaranya, dia ikhlas ingin membantu.

           Apabila dia merapati Agent Wyyat, terasa tubuhnya ditendang kuat dari belakang.

      Jujur kata keadaan bilik itu gelap gelita.. yang mempunyai cahaya di dalam bilik itu hanya di ruangan atas yang mempunyai tingkap kecil.

      Hanya kelihatan langit sahaja.

       Namun itu bukan halangan untuk dia kembali menyerang, lelaki yang menendangnya tadi dilawan mengikut bunyi tapak kaki.

         Seni mempertahankan diri yang dia ada, cukup membuatkan sesiapa saja tumpas apabila berdepan dengannya.

        Apabila tumbukan menghinggap pipi lelaki itu, ada lelaki lain pula yang menyerangnya.

        Berkali kali juga begitu, sehinggalah..

Bang!! Bang!! Bang!!

     Tiga das tembakan kedengaran.

     "Good try Edwis." Membulat matanya apabila perasankan yang pistol nya sudah pun tiada di poket.

       Juga apabila terasa tiada luka atau sakit yang terasa di badannya.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang