L'amore e'oro: 22

5.7K 340 25
                                    

"Foy?" Edwis terkejut melihat keadaan ularnya yang dihantar keluar pulau dengan tujuan mencari orang yang menyerang Qiura tempoh hari

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Foy?" Edwis terkejut melihat keadaan ularnya yang dihantar keluar pulau dengan tujuan mencari orang yang menyerang Qiura tempoh hari.

Ular yang digelar Foy itu, bagaikan tercedera teruk. Edwis kenal setiap kesan luka yang ada pada badan ularnya itu.

Bukan luka kerana tercedera sendiri, tetapi luka yang datangnya dari manusia.

"çok oluyorlar.." (they being too much..)

"What is happening?" Soalan dari Edward kedengaran.

"Alex! Take him away.." ujar Edwis pada bodyguard nya itu.

Alexo menurut perintah. Dia mengambil ular peliharaan tuannya itu, lalu dibawa pergi ke tingkat atas.

Edwis melepaskan keluhan. Dia kemudian beralih duduk ke sofa. Terus adik beradiknya yang lain mengikuti.

"Betul kau dah nikah dengan dia?" Soalan dari Edward memecah kesunyian antara mereka.

Buat seketika tadi, wajah Edwis tegang bagaikan seseorang yang hendak membunuh mangsanya yang berada di hadapan mata.

Dan mengikut pengalaman mereka sepanjang menjadi adik Muhammad Edwis Daniqi, apabila mukanya tegang dan marah jelas kelihatan, itu tandanya dia sedang marah yang teramat.

Jadi sebagai langkah berjaga jaga, sebelum dia mengamuk teruk, janganlah ada yang menegurnya saat ini.

Kecuali Edward, dia tidak pernah takut akan kemarahan Edwis, kerana dia juga dua kali lima saja.

Sebaik saja Edward menegur abang sulungnya tadi, Eric dan Essac menyumpah seranah di dalam hati.

Kerana kali terakhir hal sebegini terjadi, dimana Edward menganggu Edwis yang dalam mod kemarahannya, mereka mengakhiri hal itu dengan hidung dan mulut yang berdarah.

"Apa masalah kau kalau aku yang nikah dengan dia? Itu hak aku, kau tak ada kena mengena.." balas Edwis penuh kedinginan.

"Mama dengan papa tahu?" Soal Edward lagi.

Eric dan Essac masih diam memerhati. Begitu juga Airis.. masuk campur hal abang abang ipar nya ini bukanlah idea bernas.

Edwis menggeleng.

"Habis? Sampai bila kau nak rahsiakan? Qaseh? Budak tu kau nak campak mana?" Soalan itu mula makin menaikkan kemarahan Edwis sedikit demi sedikit.

"Shut your mouth.." ujar Edwis masih cuba mengawal marah.

"Yang kau kahwin, yang kau buat bini tu, pembunuh.. pembunuh adik kita.. kau gila ke Ed?" Soalan Edward makin kasar.

"Ceraikan dia, kitorang datang sini nak selesaikan kes ni..." Kata Edward lagi.

Edwis masih diam.

"Kitorang dah bincang dengan papa, papa setuju nak dedahkan pembunuh princess.. dia nak Qiura Mariean Pattenson masuk penjara.." Essac baru berani hendak bersuara.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang