L'amore e'oro: Special Chapter 1 (24 Hours Honeymoon)

7.4K 294 12
                                    

The E's Mansion Island, Pulau Hawaii

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

The E's Mansion Island, Pulau Hawaii.

        Indahnya angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa begitu tenang. Setiap angin yang datang, lembut saja hinggap ke jiwa terasa akan ketenangan yang dibawanya.

        Tangan sasa itu melingkari pinggang rampingnya. Lembut. Begitu lembut setiap belaian dan usapan.
     
      Wajah kacaknya disembamkan di bahu isterinya itu. Speedboat yang laju bergerak itu menyebabkan makin terasa angin menampar wajah sehingga berterbangan rambut rambut halus Qiura.

      "I love your smells.." bisik Edwis di telinga Qiura.

        Qiura ketawa ringkas. "Kalau kau tak pergi esok.. kau bolehlah terus cium aku. Kau kan suka bau aku?" Qiura sengaja berkata begitu. Sengaja tidak mahu Edwis tinggalkannya.

       "Kau tahu aku kena pergi.. kau nak Qaseh syak apa apa ke sweet gold?" Saja Edwis kembali menyoal.

    Qiura masih cuba sedaya upaya kekal mengukir senyuman di bibirnya walau hati sebenarnya tidak merelakan suaminya itu bertolak ke Itali untuk Event Pattenson Family esok.

          "Kau masih merajuk walaupun aku dah bawa kau pusing satu pulau ni?" Soal Edwis. Dia makin mengeratkan pelukan dari belakang isterinya itu.

       "Aku nak satu lagi benda." Minta Qiura.

      "What?" Soal Edwis.

      "Jawapan." Tutur Qiura perlahan.

Berkerut dahi Edwis. Tidak faham apa yang cuba dikatakan isterinya itu.

"Edwis.." panggilan manja dari Qiura menyebabkan dia memalingkan wajahnya ke sebelah kiri setelah dia mengangkat wajah yang dia sembam di bahu isterinya.

     Tangan kekar miliknya masih sedia erat memeluk pinggang ramping isterinya.

        Mereka kini sudah berada di atas speedboat selama setengah jam. Tidak puas berada dia atas air kata isterinya.

    Jadi dia turutkan saja. Lagi lagi kejap lagi matahari akan terbenam. Dia ingin Qiura rasa seronok melihat matahari ciptaan Allah itu terbenam di hadapan mata.

        Maklumlah 24 hours honeymoon bukan? Saja memenuhi kehendak isterinya itu. Lagi lagi apabila besok dia perlu bertolak ke Itali untuk Event ulang tahun ke-25 Pattenson Family Group Company yang diadakan.

          "Kenapa sayang?" Soal Edwis dengan lembut seraya bibir tidak henti mengucup leher putih isterinya dari belakang.

       Qiura hanya senyum dengan tingkah laku suaminya itu. Manja saja setiap masa.

           "Kenapa kau jatuh cinta dengan aku?" Soalnya.

        Sebelum dia menjawab, pelukan di pinggang Qiura makin dieratkan. Jadi itulah jawapan yang dia mahu.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang