L'amore e'oro: 55

7.2K 353 59
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Kuala Lumpur, Malaysia..

        "Aku betul betul tak tahu macam mana nak ucap terima kasih dekat kau."

    "Aku janji, aku bayar balik harga tiket flight ni nanti.."
     
       "Aku betul betul minta maaf sebab aku layan kau teruk sebelum ni.. aku.."

    Ucapan penuh keikhlasan Qiura terhenti apabila Daren melemparkan senyuman kacak maut padanya.

            "Tak apa Qiu. Benda tu benda lama. Kisah hitam kita aku dah lama lupakan.. apa yang penting sekarang kau dah sampai Malaysia."
   
     "Aku yakin anak anak kau tunggu mama diorang.. go Qiu. Cari diorang, dapatkan balik hak kau.. kalau perlu apa apa aku sentiasa ada untuk tolong kau."

   Kata kata itu mengukir indah segaris senyuman cantik di bibir Qiura.

          "Thank you Daren. Allah je mampu balas jasa kau. Aku kena gerak ni.. jumpa kau nanti.." kata Qiura.

      "Careful Qiu. By the way, aku belum sempat puji, cantik kau pakai tudung macam ni.." ucap Daren.

      Lagi sekali lelaki itu berjaya mengukir senyuman di bibir Qiura.

             "Thank you.." balas Qiura.

     Apabila kenderaannya yang ditempah Daren sampai di kawasan Lapangan Terbang Kuala Lumpur itu, dia meminta diri.
    
        Kadangkala, kita tidak boleh terlalu berdendam dengan manusia, kita tidak tahu bila kita perlu pertolongan mereka.

          Itulah pengajaran Qiura. Dia betul betul serba salah kerana sikap dingin nya terhadap Daren suatu ketika dahulu.

            Sedangkan, kini, jejaka itu jugalah yang menghulurkan bantuan kepadanya.

          Mengikut apa yang dihantar Ryan dan Alexo, lokasi rumah keluarga Edwis yang terletak di hujung Bandaraya Kuala Lumpur ini, mengambil masa dua jam dari lapangan terbang.

              Apabila dia tiba di rumah itu, dari sudut rekaan luaran saja dia percaya rumah ini milik keluarga suaminya.

     Moden sekali temanya. Cantik dan mewah.

         Apabila kaki mula dijejakkan ke tanah, dengan beg pakaiannya.

          Dia melangkah mendekati pintu pagar.

        Ding! Dong!
     
   Loceng dibunyikan. Untuk kali pertama tiada sahutan.

    Untuk kali keseterusnya, barulah kelihatan pintu rumah besar itu dibuka.

          Nafas ditarik sedalam dalamnya mencari kekuatan saat melihat susuk tubuh yang sudah sedia berdiri di hadapan pintu rumah agam yang besar itu.

          Begitu juga Edwis. Melihat wanita cantik yang berdiri di luar pagar menyebabkan peluh kecil menitis dari dahi.

    Tidak tahulah jenis apa yang dia rasa tatkala ini. Dia seakan benci dan geram, tapi dalam hati, dia lega melihat tiada sebarang cacat cela berlaku pada isterinya itu.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang