L'amore e'oro: Special Chapter 2 (Daisy's Diary)

7.1K 287 23
                                    

Hi semua

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Hi semua. Yes. Ni aku. Elena Qayleen Daisy. Rindu ke? Haha awal lagi nak rindu tu. Mungkin yang korang semua rindu tu, Daisy yang umur lima dan tujuh tahun tu kut. Tapi ini, bukan. Ini Daisy yang baru hendak mencecah usia 18 tahun. Daisy yang sering digelar "The troublemaker".

Aku lah itu. Jadi? Untuk kisah special ini. Apa kata aku kenalkan korang semua dengan Daisy yang 17 tahun? Setuju? Tak perlu jawab. Kena setuju juga. Hah!

************

Istanbul, Turki.

Orang kata, masalah jangan sesekali dicari bukan? Tapi aku? Entah kenapa aku suka degil dengan pendirian bodoh tidak bertempatku.

Bukan masalah cari aku, masalah yang sedaya upaya nak elak aku dari mencarinya. Faham kan bila aku kata aku sering digelar "The troublemaker"?

"Elena Qayleen Daisy!"

Menggigil tubuh rampingku mendengar seruan penuh amarah seorang ibu. Siapa lagi? Mama aku lah tu. Puan Qiura Mariean Pattenson.

Habislah aku kali ini. Terus aku rebah kan tubuh di katil. Sudah bersedia menadah telinga perlu mendengar bebelan mamaku itu.

Plak!

Pintu dibuka olehnya dengan aura marahnya. Mama aku ni, kalau marah boleh bergegar rumah.

"Elena Qayleen Daisy! Turun bawah sekarang! Mama tak nak ulang lagi! Mama bagi five minutes. Kalau kakak tak turun juga, siap!"

BAM!

Kan aku dah kata. Paling paling, boleh tercabut pintu bilik aku ni. Mengeluh lah aku, apa lagi? Padan muka. Cari pasal lagi.

Dengan set hoodie bewarna hitam serta rambut panjang paras pinggang dengan style korean bangs yang aku ikat, aku keluar juga dari bilik itu. Terpaksa ok? Bukan rela.

Langkah terpaksa aku hayun kan. Sampai saja di balkoni tangga rumah papaku ini, aku sempat menjenguk ke bawah sekilas.

Wah! Panas membahang aku rasa apabila lihat susuk tubuh jejaka yang betul betul baru cetuskan masalah dalam hidup aku. Kalau ikutkan hati, bila aku turun ni, memang nak saja aku pancung kepala dia terus, senang. Kan sedap!

"Kakak! Come here! Faster!" Kali ini, suara papaku dari bawa sana pula menyapa.

Belum turun dah dengar suara maskulin papa aku tu bunyinya marah. Ya, papa aku lah.. Tuan Muhammad Edwis Daniqi. Sabar jap, aku nak sambung lagi. Tuan Muhammad Edwis Daniqi bin Tan Sri Danish. Ahh. Baru best dengar gelaran aku ni cucu Tan Sri..

"Kakak, Daisy! I'm not gonna repeat again. Please Elena, just come down now!" Tegas. Ya. Kerana masalah yang aku timbulkan kali ini. Juga sama genting dengan tingkah laku kedua ibu bapaku itu.

Akhirnya aku menghayunkan langkah turun melalui satu per satu anak tangga rumah papaku itu.

Setiba saja di ruang tamu, kelihatan satu lagi susuk tubuh. Susuk tubuh seorang wanita separuh umur. Mungkin lebih tua sikit berbanding ibu bapaku.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang