L'amore e'oro: 76

6.9K 391 13
                                    

       Tiga tahun kemudian,

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

       Tiga tahun kemudian,

     Segala kertas kerjanya yang bersepah di atas meja kekal dibiarkan begitu sejak semalam.

      Minggu ini ada beberapa aktiviti dijalankan di hospital The E's. Edwis lah yang paling sibuk, sampai berhari-hari tidak keluar dari pejabat.

       Dia yang nyenyak tidur sambil kepalanya dilentokkan di atas meja, kini terjaga apabila telefonnya berdering.

        Menggelabah dia menegakkan badan.

      Skrin telefon diseret ke atas apabila dia perasan yang menelefon ialah pekerja di hospital nya.

      "Yes? Yeah, sorry, I on my way.. yes.. just give me a sec.." ujar Edwis pada corong telefonnya itu.

      Setelah selesai, dia menggelabah pula berdiri dari duduknya.

        Baju kemeja putih yang dikenakan pada tubuh sasa itu kelihatan agak kusut. Masuk hari ini saja, sudah dua hari dia begitu. Selagi kerjanya tidak siap, selagi itulah dia tidak berganjak.

        Sejak apa yang jadi tiga tahun lalu, Edwis berbeza. Dia berubah. Berubah lebih dari 360 darjah.

        Hidupnya muram. Tiada lagi ceria atau tawa riang. Hari harinya sengaja dia sibukkan dengan kerja supaya fikiran tidak melayang kearah Qiura dan anak anaknya.

      Segala kertas kerjanya dimasukkan ke dalam fail. Kunci kereta yang ada di hujung meja diambil. Telefonnya juga sama.

  Setelah itu, dia menuju ke pintu keluar.

      Plak!

    Apabila dia keluar, kelihatan kelibat mamanya mendekati.

    "Ed.. Ed nak pergi hospital ke? Belum habis lagi ke event tu?" Soal Puan Sri Emelda ramah pada anaknya itu.

      Namun, wajah Edwis sebaliknya setia tegang, memang begitulah dia selalu. Kalau hendak tengok senyumannya, dalam mimpi pun tidak lepas.

      "Henüz değil..." (Not yet...) Itu saja yang dia jawab.

      Tidak mengguris hati Puan Sri Emelda pun, dia tahu, Edwis sekarang, bukan lagi Edwis yang dulu.

      Kadang kadang, Edwis akan menyendiri buat masa yang lama, sehingga bawa diri ke Pulau The E's Mansion.

        Beberapa minggu selepas itu, baru dia kembali. Itupun, tiada apa berubah. Selain kelihatan murung dan kusut, tiada apa berubah.

        Senyuman paksa mamanya itu ukirkan. Dia tahu anaknya itu kini sedang diselaputi perasaan yang bercampur aduk.

      Tiga tahun? Untuk jangka masa itu, dia seperti sudah tidak kenal anaknya. Semua orang perasan akan perubahan yang begitu ketara pada Edwis.

        Tiga tahun juga, Edwis menanggung rasa seksa yang dia perlu menerima hakikat tentang bekas isterinya.

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang