L'amore e'oro: 75

7.7K 367 16
                                    

"Edwis

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"Edwis.. cuba tenang dulu.. duduk.. fikir baik baik.. mana mungkin Qiura akan pergi hilang jauh jauh kan?" Kata Puan Sri Emelda pada anaknya itu.

Namun, Edwis kekal bermundar mandir di wad VVIP Tuan Qiyran.

Sebaik dia mendapat panggilan dari papanya menyatakan yang Qiura sudah lari bersama Daisy dan Dhafiqi awal pagi tadi, dia laju datang ke hospital untuk berjumpa bekas keluarga mertuanya itu.

"Tenang ma? Ma, Ed tak tahu apa yang Qiura fikir, dia lari mesti sebab Ed.. Mama pun dah baca surat dia kan? Dia tak patut salahkan diri dia ma.. Ed ni, Ed ni yang patut dipersalahkan." Edwis berkata sambil dadanya ditepuk kuat.

"Ma, kalau dia tak nak balik sini lagi macam mana?"

Melihat tiada reaksi dari mamanya itu, dia beralih pula ke arah papanya.

"Pa, kalau Qiu benci kita sampai bila bila macam mana? Pa, Ed nak jumpa Qiu.. tolonglah tolonglah pa, cari kan dia untuk Ed.." rayu Edwis.

"Ed.. dia tinggalkan surat ni cakap yang dia nak tenangkan fikiran. Ed bagi Qiura masa.. dia tak boleh terus ada dengan kita kalau kita punca dia terluka." Tutur Tan Sri Danish seraya bahu anaknya itu ditepuk tepuk.

"Cuba Ed fikir, kalau benda ni jadi dekat Ed, Ed akan buat benda sama kan?" Sambungnya.

Edwis terduduk di sofa bilik itu mendengar kata kata ayahnya. Tidak boleh dia terima Qiura kini hilang lagi.

Dua hari lepas, dia fikir dia bakal hilang Qiura dari hidupnya, kini, dia perlu fikir benda sama lagikah?

Atau dia memang sudah hilang Qiura dan anak anaknya?

"Alex.. I need you to track where's she.. call her.. dia tak nak jawab call aku.. jadi kau call dia.. please help me.." rayu Edwis.

"Tuan.. kami dah try call dia, tapi nombor tu cakap dia tiada dalam perkhidmatan. Saya rasa Puan Qiura tukar nombor." Jelas Alexo.

Lagi Edwis resah mengeluh.

Dia akhirnya, terus mengambil kunci kereta.

"Edwis nak pergi mana?" Soalan yang kedengaran agak kasar kedengaran dari Tuan Qiyran.

"Ed nak cari Qiu daddy.. tolonglah jangan halang Ed.." rayunya.

"Let her take her time.. kalau tu yang dia minta, kita biarkan. Daddy mengaku, daddy juga menyumbang salah besar dalam mengguris hati Qiura."

"Daddy tahu dia masih berfikir untuk maafkan daddy, jadi biarlah dia buat keputusan tu dengan tenang. Daddy nak Qiura bahagia. Walaupun daddy terpaksa simpan rasa bersalah satu juta tahun pun."

"Kalau Ed sayangkan Qiu, biarkan dia ambil masa dia. Jangan risau, daddy percaya anak daddy wanita yang kuat."

"Daddy percaya Qiu akan kembali dengan senyuman yang tak akan lekang di bibir dia. Trust me Edwis."

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang