L'amore e'oro: 80

8.1K 357 15
                                    

"I hate you! Crazy ex husband!"

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

"I hate you! Crazy ex husband!"

         Dalam keadaan terkejut seperti sebelum ini, Edwis terjaga sehingga dia terus terduduk dari baringnya. Seperti selalu, mimpikan Qiura.

        Dan dalam setiap mimpi mimpi itu, sering buatkan Edwis tidak tenteram apabila terjaga. Mimpi dimana Qiura menyatakan dia benci, jijik dan hina terhadap sifat yang Edwis perlakukan padanya suatu ketika dahulu.

        Rambut coklatnya yang serabai serabai gaya biasa selepas bangun tidur itu diraupkan ke belakang. Keluhan kesah dia lepaskan buat seketika.

        Jam dikerling seketika, sudah menunjukkan pukul 6 pagi. Dia mengesot kebelakang menyandarkan tubuh sasanya itu di bahu katil king miliknya. Duvet tebal ditarik hingga paras dadanya. Mata dipejamkan seketika.

     Mimpi mimpi sebegitu buatkan dia kerap penat dan sukar untuk dapatkan tidur yang lena. Walaupun selepas menelan dua biji ubat tidur, tidurnya masih akan mempunyai gangguan.

          "Don't give up.. wake up abang.. Qiura is waiting for you.."

      Cepat cepat Edwis kembali duduk tegak mendengar suara arwah adiknya itu. Aduh! Jadi lagi.. apa? Ini cerita hantu dimana hantu akan menjadi sokongan kita kah?

      "P..princess?" Edwis tahu dia sedang bingung, tapi dia tetap memanggil arwah adiknya itu.

          Namun, sebaliknya, yang ada cuma bingkai gambar Erica yang berukuran sederhana besar tergantung di hadapan dinding katilnya.

        Bingkai gambar dimana, Erica mengenakan baju abaya bewarna ungu muda bersama tudung shawl yang terlilit kemas membaluti auratnya. Tidak lupa juga purdah cantik yang menutupi separuh bahagian wajahnya.

        "I miss you more Nelydia Erica Dhiara.. I wish you here with me princess abang.." ujar Edwis perlahan saat gambar dihadapannya itu dipandang.

        Dia rasa rindu belum habis dilepaskan, akhirnya dia mengambil satu bingkai gambar kecil yang terletak di tepi meja katilnya.

        Gambar Erica bersama dia, Edward, Eric juga Essac. Gambar ini diambil sewaktu Edwis mula mula dapat tawaran menyambung pelajarannya dalam bahagian medical di London.

          Mereka semua kelihatan begitu ceria dan mesra. Dan gambar itu jelas menunjukkan wajah cantik dek puteri kayangan milik Erica.

      Dia tidak mengenakan purdah nya kerana mereka hanya bergambar dalam rumah, gambar itu pun diambil oleh Puan Sri Emelda.

        Erica dipeluk erat oleh semua abang abangnya sekaligus. Wajahnya cantik. Sangat cantik. Kulit yang begitu mulus dengan warna putih kemerahan. Hidung mancung yang sangat cantik bentuknya. Mirip dengan Tan Sri Danish.

      Kening yang tidak perlu dicukur, tetapi bentuknya sudah sedia begitu menarik. Apa yang paling cantik, pipi dan bibirnya. Bewarna pink kemerah-merahan. Kelihatan semulajadi tanpa sebarang alat solek perlu dikenakan. Juga tidak lupa, mata coklat kekuningan mirip Edwis. Segala tentang Erica, sungguh menawan dek bidadari. 

L'AMORE E'ORO ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang