𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟒𝟕

36.4K 1.7K 198
                                    

"ABANG.."

Diam.

"Sayang..."

Masih diam.

"Oh encik suami.."

Dan burung pun berkicauan. Aku mencebik geram. Sombong betul, pantas telefon Qaswar aku rampas dan sembunyikan dibelakang badan. Harini adalah hari minggu, kebetulan aku dan Qaswar tiada urusan kerja, jadi santai santai kat rumah aje. Mahu keluar pun malas, tak tahu nak buat apa. Bila dah tua ni semua benda dah jadi malas, kadang lagi best duduk rumah tak buat apa apa daripada keluar berfoya foya. Qaswar mencerlung tajam. Masih diam, tidak mahu bersuara juga. Ish!

"Abang Qaswar..." ujarku meleret.

"I'm not your brother." Balas Qaswar selamba.

Aku buat muka, eleh memang pun. Awak tu suami saya bukannya abang pertalian darah.

"Abang please... first and last sumpah. Rissa janji kalini aje." Mata aku kedipkan beberapa kali. Yamaha r15 yang terparking elok di garaj aku pandang dengan penuh minat. Rasa hati semakin membuak buak untuk menunggang motor besar itu. Lama cuci tangan dari merempit. Haha!

"Bahaya Rissa! Motor tu besar, ada hati nak bawa." Jeling Qaswar.

"Hello! Rissa pernah naik motor macam tu lah, ingat kita tak pandai ke?" Bidasku bersungguh sungguh.

Setakat motor superbike macamtu easy peasy! dulu bila balik rumah keluarga Afiera aku selalu pinjam Motor superbike Afzan untuk bersiar dengan Afiera. Pergi keluar aku yang ride bila balik rumah tukar dengan Afiera. Mengamuk jugak adik Afiera waktu itu, tapi kitorang selalu manfaatkan kuasa veto sebagai kakak. Muahahaha!

"No.. i don't trust you."

"Rissa tak perlukan kepercayaan abang, Rissa cuma nak keizinan aje sekarang ni." Habis saja aku berkata, Dahiku dijentik kuat. Kuat ya, KUAT.

Tempat jentikan tadi aku usap kasar, rasa kebas seketika. Mesti merah, lagi merah hati aku bila tengok muka tak berperasaan Qaswar. Dia hanya jongket kening.

"HISH! ABANG DUDUK LAH SORANG SORANG!"

Marahku sambil menghentakkan kaki, handphone Qaswar aku letakkan ditangannya secara kasar sebelum menghilangkan diri ke dalam rumah.

Sepanjang jalan, mulutku tidak berhenti dari membebel. Setiap tangga yang aku pijak, aku hentak dengan kuat. Protes!

"Semua tak boleh! itu tak boleh! ini tak boleh! ish! geram betul aku." Bebelku sambil membuka pintu bilik dengan kasar.

Bum!

Masuk saja di bilik tidur beg bagasi aku keluarkan dari Wardrobe. Beberapa helai pakaian aku keluarkan secara kasar, takde masa aku nak pilih pilih bagai. Apa yang dapat itu aje aku masukkan ke dalam bagasi. Lantaklah. Sebab emosi dah tak terkawal, malas nak fikir lebih lebih.

Satu persatu pakaian aku lipat kemudian dimasukkan ke dalam bagasi, tiba tiba perasaan sedih datang menyerbu. Teringatkan keinginanku yang tidak ditunaikan oleh Qaswar. Orang nak ride aje pun bukan nak willy ke apa.

Dengan muka selamba Qaswar lagi. Siap jentik lagi!

Butir air mata yang jatuh setitik aku lap dengan kasar. Benda kecik pun nak cengeng. Dahlah Marissa. Kau dah terbiasa pujuk diri sendiri. Kenapa sebab benda kecik macam ni baru nak kecil hati. Pujukku sendiri.

Sehabis meneutralkan diri. Aku kembali mengemas pakaianku ke dalam bagasi.

Bum!

Badanku spontan terinjut kuat bila pintu bilik sudah tertutup kasar. Tangan naik mengusap dada akibat terkejut, terasa debaran yang laju. Ruangan bilik tiada angin pun..

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now