SPECIAL CHAPTER | 2

13.7K 818 108
                                    

Version lama, tak sama dengan version ebook.

Rindu Qaswar tak?

...

TOK! tok! tok!

Cermin kereta aku ketuk beberapa kali, Qaswar hanya menoleh dan kembali melayani Qadree yang bermain pada stering kereta. Pergh! dia tengok je.

Ketuk lagi sebelum Noah bangun dari duduknya dan bantu membuka cermin kereta.

"Weng.. Peng! peng! peng! beng! beng! " kedengaran suara garau Qaswar bermain dengan Qadree bersama nada suara yang dibunyikan seperti kereta, sesekali tubuh kecil itu terlompat lompat gembira bersama gelak merdunya.

Suka.

"Pin!"

Qadree mengeras. Terkejut. Tanpa sengaja perutnya telah menekan hon kereta.

"Allahu, sorry Dree" pujuk Qaswar. Dada Qadree diusap perlahan dengan penuh kasih. Mungkin berdebar. Riak muka Qadree tidak ubah macam lepas nampak hantu, terkejut sangat.

Hampir terlupa tujuan aku.

"Semenjak Dree pandai bermain dah tak dilayan mama dia ya" tegurku dari tingkap belakang. Noah hanya berdiam, selepas buka cermin tadi dia kembali duduk bermain ipad. Bertuah betul budak zaman sekarang. Apa apa nak ipad aje. Tak di bagi merajuk pula.

"Eh berry, abang tak perasan tadi" jawab Qaswar seraya menurunkan cermin dibahagian pemandu.

Aku mengecilkan mata. Beralih arah.

"Huh, abang toleh lagi tadi" rajukku.

"Ouh ya eh? tak perasan pun" jawabnya lagi. Bersama senyum segaris. Sengaja.

Tengok tu dah ada anak, kita pula dilupa.

"Mama cepatlah!" teriak Uwais dari gerai hadapan.

Tepuk dahi. Sampai mengamuk Uwais dibuatnya.

"Abang nak apa? air coffee takde. Yang ada coklat, lemon dengan.." jualan gerai tepi jalan itu aku toleh sekilas "coconut, pilih cepat. Marah Uwais tu, lama sangat tunggu kat situ"

"Biarlah dia"

Puk!

Bertuah. Bahu Qaswar aku cubit lagi. Dengki betul dengan Uwais.

"Elok sangat cemburu dengan anak sendiri" ejekku.

"Manada" balasnya sepatah. Uwais yang bercekak pinggang menunggu dia jeling sekilas. Engko tengok.

"Abang cepatlah!" tanyaku lagi.

"Coconut sayang.." jawabnya meleret.

Aku mengangguk dan berlalu. Pucuk hidung Qaswar sempat lagi ditarik kuat dan itu buat dia berdengus geram. Tapi aku lagi geram dengan Qaswar. Makin tua makin menjadi jadi perangai dia.

Semakin rawr.

Semakin cinta. Ecece!

"Hish, mama ni lambat betul" runggut Uwais. Aku tersenyum.

"Air coconut, dua" pintaku bersama dua jari ditunjukkan. Kak moya mengangguk dan melakukan kerjanya.

Sebagai anak kampung yang terpaling kerap ulang alik Terengganu - Kuala lumpur, gerai tepi jalan milik kak moya adalah gerai kegemaran aku. Tak pernah scam pelanggan, rasa dia pun sedap.

Sesekali aku mengibas muka, panas. Lagi setengah jam nak sampai Terengganu. Singgah pun sebab semua dah lapar, kalau aku dengan Qaswar boleh tahan lagi. Tapi semenjak ada anak kalau boleh setiap gerai tepi jalan nak disinggahkan, mujur saja papa diaorang jenis menurut walaupun ada pergaduhan kecil.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now