AKITKATSARCHIVES | 1

10.6K 504 13
                                    

SEPENGGAL senyuman mengukir di bibir ketika tatapan Nurynmarissa terhenti pada jemarinya yang sudah terhias sempurna dengan ukiran inai. Hanya ukiran yang simple tapi tetap terlihat cantik ditangan putih itu. Tidak hanya dengan itu, busana putih yang tersarung kemas pada tubuhnya sempat diusap. Gembira, perasaan itu yang bertandang di tangkai hatinya tika ini. Gila tak happy kalau sebentar lagi bakal bergelar isteri kepada crush sendiri. Ahaks! Tidak sabar! Jerit Marissa dalam hati.

Suasana ruang tamu rumah Opah perhati, Dikerling satu persatu, raut wajah yang akan menjadi saksi kepada majlis pernikahannya. Pandangan itu terhenti pada figura yang sedang berbaju putih tika ini. Hanya aku dan dia yang berbeza. Dengan bertemakan soft pink untuk para tetamu dan putih untuk pasangan pengantin. Tangan dan degupan jantungku tidak kalah memberi reaksi yang kurang enak. Gementar.

Seketika, anak mataku terhenti dengan pasang mata tua yang duduk secara bertentangan dengan Qaswar.

Paklong, setelah berpusing kepala memikirkan untuk wakil wali aku, akhirnya paklong sendiri yang menawarkan dirinya untuk menjadi wali. Bukan secara terpaksa tetapi sejak bangku sekolah lagi, beliau memang sudah berhasrat untuk menjadi wali aku. Perasaanku bercampur baur, sedih kerana tidak diwalikan oleh papa kandung sendiri dan gembira kerana aku tidak perlu mengunakan wali hakim. Mudah saja, bak kata Qaswar sebelum ini 'Kalau kau fikir kau sendiri kau salah, masih banyak orang baik yang sentiasa ada untuk kau.' Buktinya, aku masih ada MEREKA.

Tak berhenti disitu, mataku teralih ke arah pengantin lelaki semula. Paklong terlihat sempat menghantar satu senyum kepadaku, senyuman itu aku balas dengan rasa getaran di hati. Opss! bukan getaran cinta tapi getaran.. status aku bakal bertukar sebentar lagi dan semua itu bakal dibantu oleh paklong Nashraidin.

'Bissmillahirrahmanirrahim.. dengan izin Allah, dia yang tertulis dalam luh mahfuzku. Aku berjanji, akan menjaga sebaiknya tangungjawab ini selagi masih dalam kehendak - NYA...'

"Sudah bersedia?"

Tanpa ragu, Qaswar menjatuhkan kepala dengan sekali. Dia menghembuskan nafas sembari menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengan Nashraidin selaku bapa saudara Marissa yang bakal membantunya untuk melafazkan akad. Sementara menunggu majlis berlangsung, lelaki itu tidak putus putus untuk berdoa agar urusan untuk melafazkan akad dipermudahkan.

Satu yang Qaswar janji pada dirinya adalah, agar dapat menjaga tangungjawab yang bakal dia pikul sebagai seorang suami.

"Muhammad Al Qaswar bin Anwar.." Sebut Nashraidin sambil menatap dalam anak light brown milik Qaswar.

Tidak gerun, Qaswar turut membalas berani pandangan itu. Mukanya datar saja, sehabis baik cuba untuk tersenyum tapi memang dari akarnya bahawa bibir itu memang payah untuk senyum. Acah cool bak kata Marissa.

"Saya."

Nashraidin terangguk sekali.

"Bissmillah.. Aku nikahkan dikau dengan Nurynmarissa binti Achmad dengan berwakil walikan aku iaitu bapa saudaranya dengan mas kahwinnya bernilai Rm 300 serta seutas gelang tangan berlian.. tunai."

"Aku terima nikahnya, Nurynmarissa binti Achmad dengan mas kahwinya Rm 300 serta seutas gelang tangan berlian, Tunai." Akad dilafaz dengan penuh jelas. Bergema suara itu dipendengaran Marissa.

"Sa.."

"sssSAHH!!"

Sah?

Keadaan menjadi hening. Pantas semua menoleh ke arah punca suara. Dalam kesibukkan melihat kearah punca suara, cuma Qaswar saja yang mendiamkan diri. Mata dipejam sesaat, Allahu. Mengucap lelaki itu dibuatnya. Lambat lambat dia berpusing ke arah belakang. Terlihat jelas, Marissa yang sudah pasang sengih SEPARA malu.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now