KUNCI kereta aku sangkut pada tempat khas untuk penyimpanan kunci yang terletak di tepi pintu utama. Dahi berkerut hairan, melihat suasana rumah yang kedengaran sunyi seperti tiada penghuni tapi ditemani dengan suara tv sahaja. Skrin Tv bernyala tapi takde orang, kemanakah suami saya? Dora.
Sofa utama aku dekati, manatahu ada kat situ. Kepala aku jengukkan kedepan sebelum bibirku terbuka kecil dengan spontan. Betul jangkaan aku, Qaswar sedang tidur pulas di sofa ruang tamu. Dengan kain pelikat dia lagi. Alahai. Muka penat Qaswar aku tatap lama sebelum memutuskan untuk mendekatinya, memandangkan sofa utama agak luas, dapat memuatkan untuk aku duduk disebelahnya. Beg tangan diletakkan pada meja coffee sebelum aku mengusap rambut Qaswar. Nyenyak sangat.
"Sayang bangun, Rissa dah balik." Kejutku lembut.
Pipinya aku usap perlahan.
"Abang.."
"Hm."
Masih tiada tanda tanda untuk sedar.
Aku mengeluh lemah. Tidur mati betul. Mata dikecilkan sedikit bila tengok riak muka Qaswar yang berkerut akibat terganggu. Perlahan lahan aku jatuhkan kepala pada dada bidangnya. Mendengar degupan jantung Qaswar. Dup dap dup dap petanda masih hidup. Alhamdulillah. Belum janda. Eh.
"Qasayang taknak bangun ke? strawberry balik ni." Tuturku sendiri.
Harap dia dengar.
Rentak jantung Qaswar aku dengar dengan teliti. Merdu. Cewah! kalau dah nama cinta benda tak logik dah jadi logik dibuatnya. Haih. Rindulah seharian tak jumpa shuben, balik lambat pula tu sebab ada event pelancaran design baru.
Selesa dalam kedaan begitu, aku memutuskan untuk berdiam diri saja. Leka. Skrin tv aku pandang kosong. Otak seperti berehat dari berfikir. Hanya begitu, tanpa niat ingin mengejutkan Qaswar lagi. Penat sangat mungkin.
"Miss you."
Ha?
Sekali lagi aku cuma mendengar.
"I miss my wife." Ujar Qaswar lagi dengan suara deepnya.
Dia membalas pelukanku dengan erat. Haih... Ingat suara hati apalah tadi. Aku mengukir senyum sebelum cemberut sedikit.
"Abang penat ke? Rissa kejut taknak bangkit pun."
"Pukul berapa?" Soalnya sambil mencelikkan mata beberapa kali.
Jam dinding aku kerling.
"10 malam."
"Kenapa tak call, abang ingat nak ambik Rissa tadi tapi terlelap pula."
Aku bangun menegakkan tubuh dan duduk disisi Qaswar. Wajahnya aku tenung lama. Bangun tidur pun hensem. Hari hari hensem. Tiap minit hensem.
Bibir menguntum senyum nipis.
"Ivy dengan boyfriend dia yang hantar Rissa tadi, jangan risau dah sampai rumah dah pun."
Sehabis kata aku diam sebentar. Qaswar turut bangun dari baringnya seraya meraup muka.
"Abang dah makan? kalau belum abang nak makan apa biar Rissa masak." Tawarku.
Dia mengangkat wajah.
"How's my strawberries today?"
"Haa.."
Dahi berkerut hairan. Bini dua ke? berry and berries beza banyak.
"Sayang okay? ada mual lagi? baby? tak penat ke harini. Kalau penat, pergi naik rehat." Soalnya bertubi tubi berselang seli dengan kucupan di setiap mukaku. Aku terkebil kebil menerima perbuatanya sebelum mengeleng dan bertukar mengangguk perlahan. Lah biul.
YOU ARE READING
HELLO QASWAR
RomanceSTROBERI SERIES 1 Kepada hati, kenapa dia? "Hello- ingat saya lagi, tidak? Memandangkan saya dah jatuh hati terguling-guling dengan awak, why not kita exchange umber? Boleh calling-caling." NURYNMARISSA "Pardon? I don't even know who you are," - AL...