𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟎𝟏

76.1K 2.3K 122
                                    

She fell first, she will fell harder.

"Mereka tidak akan pernah tahu, seberapa berharganya kamu dihidup seorang anak perempuan yang tidak punya sesiapa untuk bersandar."

•••
STRAWBERRY SERIES

Please be a wise reader, thank you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Please be a wise reader, thank you.

USAI announcment landing diumumkan, serta merta kelopak mataku terbuka dengan seluas luasnya. Badan di regangkan dengan mengerakkan ke kiri dan ke kanan secara berulang. Pergh! lenguh pinggang duduk dalam kapal terbang berejam. Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam 35 minit dari Sydney, Australia ke Malaysia cukup lama membuatkan aku terlena. Kena dengan spesis manusia suka tidur, hambik kau! tidur memanjang aje kerja.

Telefon bimbit didalam sling bag aku keluarkan. Menghidupkan data sebelum membuka aplikasi whatsapp.

Kolum chat dari sahabatku aku buka.

Afiera.

- Sejam sebelum kau landing, aku pasti dah terpacak kat airport!

Spontan aku mencebik bibir setelah membaca mesej ringkas itu. Dalam hati sudah memperlekehkan, niat Afiera. Sudah terlalu masak dengan janji janji melayu dari gadis bernama Afiera Kirana. Sejam awal? Huh! Lambat sejam mungkin. Pesanan ringkas itu, aku biar tak berjawab saja. Biar! Telefon bimbit aku letakkan ke dalam sling bag semula. Mengangkat kepala, mataku disepetkan sedikit. Meliar melihat sekeliling. Satu persatu penumpang, mulai keluar dari kapal terbang.

"S-sorry, still stuck."

Refleks saja aku mengulas kepada warga Australia yang duduk di sebelah seatku. Dia terlihat gelisah. Belum gila lagi aku nak mengamuk kenapa dia tak keluar lagi.

Lagipun seronok apa, duduk lama-lama sementara tunggu penumpang lain untuk keluar terlebih dahulu. Malas, aku tak suka bersesak keluar. Nanti keluar dari pesawat, bukan ada anak dan suami yang tengah tunggu pun. Cepat atau lambat dapat keluar juga, takdenya kau lambat terus fly lagi.

Kalau macam tu jimat duit.

Tidak lama selepas itu, wanita tadi terus berlalu keluar. Sempat lagi berpamitan mesra dan aku balas dengan anggukan. Aku turut berlalu ke arah kabin yang menempatkan semua barang yang aku bawa.

Kabin itu aku pandang tidak berkelip.

"Mampus! Macam mana aku nak turunkan luggage aku." Gumamku sendiri.

Siapa suruh pendek dan kecik orangnya. Sekali aku mengeluh. Kalau nak capai tu dapat, tapi untuk turunkan mahu penyek aku jadi manusia gepuk kalau terjatuh dengan luggage sendiri.

Tadi semasa aku baru masuk kapal terbang ada cabin crew yang membantu untuk meletakkan luggage di cabin. Yela, dari jauh encik pramugara dah perhati kecik molek je berjalan angkut barang berat. Tolong je la kan, nampak sangat kasihan pramugara itu kat aku sampai baru sampai kat seat, pramugara itu dah bertindak mengambil barang aku dan letak pada cabin.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now