𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟓𝟕

36.3K 1.6K 306
                                    

Another story

Another story

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ᝰ.

"SALAH!"

"Betul, abang yang salah!"

"Ini lah perempuan semua benda nak betul, awak tengok tu yang belakang jenis satin halus, untuk dalam rumah yang jenis kasar." Bantah Qaswar. Langsung tidak mahu kalah.

Kain langsir siap ditayangkan depan mukaku dengan teliti. Kalau boleh dia mahu tunjukkan betul betul depan kornea mata aku.

Aku merengus garang. Tak puas hati kena bantah olehnya.

Memandangkan hari ini hari cuti, kami berdua bercadang untuk bergotong royong ke atas rumah sendiri sahaja. Dari laman sampai ke dalam rumah, semua dibersihkan. Kain langsir pun turut diganti baru, gaya macam nak hari raya pun ada.

Masalahnya sekarang ini adalah, berlakunya perdebatan di antara suami isteri mengenai siapa betul dan siapa salah. Ini semua sebab langsir ruang tamu, depan belakang elok dan mengelirukan kita orang tahu. Tapi aku yakin aku betul!

"amboi nak salahkan perempuan pula, dah abang yang salah mengaku jela!"

"Rissa jangan nak cari gaduh dengan abang."

"Hello Mister Al Qaswar, siapa cari gaduh sekarang ni? kalau nak gaduh sangat meh sini meh, nak bertumbuk ke gusti. Which one?"

Qaswar menyenget smirk bila aku mulai tunjukkan taring. Lengan baju aku sisingkan ke atas, baru nampak gangster.

"Tak padan dengan ketot, ada hati nak cari gaduh."

Mulutku langsung terngaga besar. Kepala aku geleng geleng beberapa kali.

"What?! ke...ketot abang cakap? Rissa ni kecik kecik cili padi tau!" Marahku dengan suara meninggi. Meluapkan rasa geram di hati.

Ya.. allah.

"Bla bla bla..."

Terjengkil besar mataku bila Qaswar mengajuk dan terus bangun mendekati tangga bersama kain langsir tadi.

Sekali lagi aku merengus garang.

"AL QASWAR!"

"Diamlah, bising aje."

"Eee, dengar cakap Rissa boleh tak!"

"Tak boleh." Selambanya dengan buat buat sibuk.

Gigi aku ketap kuat. Rambut yang terikat tocang dua aku tarik geram. Ya allah! stress! stress! kenapa dengan dia ni.

"Abanggggg." Rengeku meleret, tangga yang Qaswar naiki aku goyangkan perlahan. Selagi dia tak ikut cakap aku, selagi itu aku tak boleh tenang.

Kena ikut kata Marissa juga!

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now