𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟓𝟗

28K 1.4K 241
                                    

DERINGAN telefon bimbit berwarna purple muda yang sedia dalam gengamanku, menyentakkan lamunanku. Skrin telefon yang sudah terang berderang aku tenung dengan riak kosong sehingga deringan itu terhenti sendiri. Tak sampai dua minit, ia kembali berdering semula. Keluh. Tanpa berfikir panjang pangilan telefon dari Qaswar aku matikan tanpa rasa bersalah.

Decline!

Decline!

Decline!

Bukan sekali dua, tapi itu adalah panggilan ke lapan yang aku tolak. Mesej jangan cakap, aku lihat dari luar notifikasi sahaja. Berpusu pusu mesej masuk darinya. Mengalahkan sasaeng. Sehingga melalui instagram dia membuat panggilan. Semua aku biarkan begitu saja.

Mengeluh.

Jam tangan aku kerling sekilas. Sudah hampir waktu tengah hari, jangankan batang hidung, bayang Qasayang pun belum nampak lagi. Haih..

"Hi.. "

Dengan malas aku menoleh ke sisi. Oh.. lelaki. Perhatianku langsung kembali ke hadapan. Kosong. Pintu hitam berkayu jati didepanku aku pandang kosong. Tidak lama selepas itu, lelaki yang menegurku tadi melabuhkan duduk di sebelahku. Tidak selesa. Aku mengambil jarak, dia pula semakin mendekat.

Amboi! nakal engko ye!

Mataku sudah tidak dapat dari mempamerkan riak jengkel dan jelingan tajam untuknya.

Mood aku dah tak berapa nak baik ni, jangan sampai aku bertukar jadi wonderwomen, Haa.. silap langkah aku pulas lidah engko!

Rengusan garang dariku mulai mengudara. Mengibas ngibas muka sendiri mengunakan buku rekod kesihatan milikku. Ya! tika ini aku berada di kilnik kandungan, sudah pasti untuk periksa kandungan bukan periksa ketampanan doktor doktor di sini. Jangankan kerling, dengar hembusan nafas lelaki yang berhampiran aku saja boleh juling mata Qaswar asyik menjeling.

Baru dia tahu macam mana rasanya bila aku nampak si kaktus gatal itu cuba menempel dengan dia.

"Nama awak apa?"

Sepi.

"Saya harris.. boleh panggil hubby." Ramahnya. Suara garau itu terdengar lembut dipendengaranku. Selembut buaya bersuara.

"Hm.." Sekadar mengumam agar tidak dianggap bisu pekak.

Tawa lelaki asing itu terletus lucu. "Maaf kalau buat awak tak selesa.. tapi saya berminat nak berkenalan dengan gadis.."

"Bini orang." Potongku tanpa menoleh. Walaupun begitu aku sempat mengerling dengan ekor mata. Dari pernampilan pakaian yang dia kenakan nampak seperti lelaki berkarisma, lebih tepat seperti suami orang. Kembali pada soalan darinya buat aku berasa pelik. dah perut aku besar gedabak macam lepas telan satu biji bulat bulat tembikai, dia boleh tanya kalau masih gadis? Aneh aneh saja soalan.

Lelaki asing itu berdehem.

"Sendiri?" Tidak habis habis dari menyoal. Dalam hati aku sudah mulai membebel, buat buat bengap ke atau memang dah bengap. Rasanya aku tak duduk anggun seperti snow white yang bertemankan 7 jejaka kerdil.

"Nampak saya duduk dengan geng marhaban ke?" Ujarku dengan tone sarkastik.

Menjeling.

Rimas pula aku duduk dengan spesis manusia yang banyak tanya macam ini. Diam je lah.

Refleks tawa halusnya terlepas. "Garang.." komenya.

Dia memusingkan kepala untuk melihat sekeliling. Kelakuan lelaki itu sempat aku perhati. Lambat lambat bibirku mengoyak senyum sinis. Lelaki itu masih lagi dengan kegiatannya. Dalam masa yang sama cuma mendekatkan jarak diantara kami. Setelah itu dia berhenti dengan menatap diriku. Aku langsung menoleh ke hadapan semula.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now