𝐍𝐔𝐑𝐘𝐍𝐌𝐀𝐑𝐈𝐒𝐒𝐀 | 𝟎𝟐

43K 2K 100
                                    

He saw her first, he will..

"To all the girls who grew up without a dad's love, know that I admire you so much for being so strong. But please don't hold in your sadness."

— NURYNMARISSA ACHMAD.

•••

"NURYN,"

"Nurynmaisarah boleh lah.."

"Please.."

Meleret leret suara Afiera untuk menarik perhatianku. Mahu saja aku bagi pelangkung kat seorang manusia ni guna brush. Afiera kirana orangnya, dia saja satu satunya manusia yang panggil aku Nurynmaisarah bila mahukan sesuatu.

"Nuryn Ma.Rissa not Mai.sarah!" Kataku satu persatu.

Aku meneruskan kerjaku yang agak terganggu oleh suara langau tersebut. Maskara aku pakai, Maybeline. Yes! my favourite brand. Sebenarnya aku tak pandai makeup pun sebelum ni, selalu pikir akan merumitkan masa aku aje nak touch up sedangkan dah cantik ye dok? tapi Afiera yang kenalkan aku dengan benda benda sebegini katanya rimas tengok muka aku pucat macam tak berdarah. Sekarang aku sudah tidak perlu bantuan dia. Makeup simple simple aje lah, lebih lebih sapa nak tengok.

"Tapi aku suka sebab nama tu buat kita jadi macam sekarang kan? please Rissa, aku dah lama craving nak makan kat situ. Nak makan sensorang takut lah pula"

Rayu, rayu jugak habis barang makeup aku dia belek belek. Tak belek pun dia pakai ada lah, padahal dah pakai makeup dah pun.

Tak tahu lah apa yang di cravingkan sangat. Afiera nak makan kat kedai indian, aku bukan tak suka cuma aku tak selesa dengan pekerja kat situ. Gatal semacam! pernah sebelum ini aku makan dengan Fira, salah sorang pekerja kat situ kenyit mata you! dengan senyuman dia ya allah seram gila. Habis berterabur makanan kat mulut aku tersembur keluar. Nasib aje tak mati katak kat situ. Kalau tak jadi hantu nasi kari lah aku.

"Jangan cakap kau ada affair dengan anne indian tu? aku tak suka tau Fira, dah lah gedik nak mampus. Cari lah indian lain kalau kau suka sangat orang macam tu"

Buk!

Bahuku di tepuk perlahan eh tak kuat sangat. Sangat kuat.

"Mana ada! i just craving makan nasi kari tu je. Gila ke apa nak mamat miang tu, aku janji kali ni aje. Lepasni kau nak ajak makan western hari hari pun no lah la janji kau belanja hehe"

"Banyak cantik!" Marahku dengan mata separa besar.

"Memang cantik pun... Alah Rissa! kang aku kempunan haa.. kau takde kawan dah lepas ni. Pahala aku pun belum banyak lagi, nak ke tengok aku pergi melaka?"

Dasar drama queen! siap buat acah acah nak nangis lagi.

"Ugh! Fine. Tapi ingat, habis je aku makan kau pun mesti habis juga. Tak habis tinggal lah kat situ sensorang."

"Ah! Okay. Okay. Anyways, thank you my sayang! Kau lah manusia yang aku paling sayang di muka bumi ini."

Melompat lompat Afiera dek gembira dia punya craving tu akan ditunaikan. Macam budak budak padahal dah 24 tahun.

"AL, jadual kau busy tak untuk minggu ni? ingat aku nak pass kerja aku kat kau. Aku busy sikit mingu ni, sekali kena ambik cuti."

Qaswar mengangkat wajah, berdiam diri sebentar. Seperti mempertimbangkan permintaan dari sahabat, Danish idham. Lelaki yang santai duduk sambil bersandar tenang pada kerusi itu dipandang. Sekali menjatuhkan kepala.

HELLO QASWARWhere stories live. Discover now