HARI minggu biasanya adalah masa paling luang untuk aku. Kebetulan pula, Qaswar tidak ada kesibukkan untuk hari ini, maka kami berdua memilih untuk meluang masa bersama di rumah sahaja.
Simple but meaningful.
Lebih lebih lagi bila dengan kesayangan.
Ahaks!
Selepas makan tengah hari tadi, aku mendapat pangilan daripada Umi Qaleeda bahawa beliau akan datang untuk melawat anak menantunya yang tercantik ini. Mendengar saja itu aku terus bersorak gembira. Suka kerana umi baik sangat dan bila umi ada, tidak sah jika dia membuka kisah zaman majapahitnya seorang Al Qaswar. Double suka. Kerana aku dapat tahu serba serbi mengenai suamiku.
Aku ketawa sepuasnya. Tidak dikawal sama sekali meskipun sudah mendapat jelingan tajam dari Qaswar. Alkisahnya, aku boleh menjadi begini lepas umi menceritakan mengenai sisi 'meow meow' anak terunanya masa zaman budak dahulu. Aku lihat Qaswar hanya buat buat tak dengar bila semua rahsia dia terbongkar. Ahaks! sombong sombong macamni masa kecik minat main teddy bear. Mesti comelkan, kalau tengok Qasayang kehulu kehilir peluk teddy bear.
Look so cute, look so pretty like the little Al Qaswar.
Muahaha!
"Nanti birthday abang.. Rissa belikan teddy bear jela, boleh peluk malam malam hahahaha. Kembalikan inner child abang. " Aku ketawa lagi sebelum bantal kecil di sofa dilempar kepadaku.
Muka Qaswar sudah kemerahan menahan amarah dan malu? mungkin. Hahah! cintaku malu lah. Bantal yang dia lempar tadi sempat aku sambut. Muka aku tekup sendiri dengan bantal itu.
Ketawa lagi.
Aduh! senak perut aku gelakkan kesayangan.
Qaswar berdengus garang sebelum memprotes.
"Umi! along tak macam tu lah. Ingat anak lelaki umi ni berjiwa barbie ke? kalau tanya along memang tak lah. Entah pape je. nak berteddy bear bagai."
Umi cebik bibir lalu menepuk belakang telapak tanganku dengan lembut. Aku pula masih dengan sisa tawaku. Menundukkan wajah, agar dapat mengawal diri dari ketawa menggila seperti tadi lagi.
"Biasalah Marissa, ego anak umi ni tinggi. Dah suka teddy bear tu mengaku jela." Terangguk anguk setuju aku dibuatnya.
"Betul! betul! betul!"
"Umi.."
"Yela! Yela! pukul berapa dah ni? Umi nak pergi kenduri kejap lagi. Mesti Abah kamu pun, dah nak sampai untuk jemput-"
Pin! Pin!
"Haa panjang umur suami kesayangan umi."
Umi mengemas barang sebelum berangkat pulang. Aku tersenyum senyum memandang umi Qaleeda, lain macam connection dia bila tengok umi dan Qaswar secara bersamaan.
Cerita umi tadi terus tergiang giang dikepalaku.
Qaswar menjeling tajam.
"Gelak! gelak puas puas. Kejap lagi terberanak baru tahu." Marah Qaswar.
Puan Qaleeda geleng kepala, marah benor cik abang tu. Lagi buat geleng kepala dengan statement dia, first trimister pun tak lepas lagi dah cakap macam tu.
"Rissa jaga diri dan baby elok elok. Along pula ingat bini kat rumah jangan asyik keluar rumah aje. Katanya sayang bini, kalau sayang banyakkan masa kat rumah daripada urusan kerja."
"Siapa entah yang sayang dia."
Selamba Qaswar buat aku rasa ingin menghempuk diriknya. Geram pula tengok reaksi Qaswar yang berkata begitu. Nasib aku ni masih sayang suami.
YOU ARE READING
HELLO QASWAR
RomantizmSTROBERI SERIES 1 Kepada hati, kenapa dia? "Hello- ingat saya lagi, tidak? Memandangkan saya dah jatuh hati terguling-guling dengan awak, why not kita exchange umber? Boleh calling-caling." NURYNMARISSA "Pardon? I don't even know who you are," - AL...