USAI habis majlis pernikahan Dian, Dahlia meminta izin pada Dato' Khalid dan Hajah Aisyah untuk dia pulang kerumah kedua ibu bapanya. Sekadar menyinggah sahaja.
Tangan sibuk membancuh air buat bapa dan abangnya, Daniel Akasyah. Sedang ralit mengacau air sirap, ibu datang menegur.
"Lama benar kacau air tu, nak kacau sampai jernih ke?" gurau Puan Darwiyah.
"Eh,takdelah. Dah siap dah ni."
Lekas-lekas dia menutup jag air itu dan meletakkan jag di atas talam. Puan Darwiyah mengangkat begedil dari belanganya.
"Amanda, ni ibu nak tanya. Kamu dengan Faheem tak ada perancangan nak buat majlis sanding ke?"
"Err..." Dahlia termanggu sendiri. Lupa pula dia nak tanya. Lagipun dia tidak kisah jika tiada majlis sanding. Dia lebih selesa begini.
"...tak payahlah. Lagipun Faheem sibuk, balik pun mungkin setahun sekali. Boleh dalam setahun tak balik terus. Manda taknak lah bebankan dia." ulas Dahlia.
"Ibu bukan apa, kamu tak teringin ke nak ada majlis sanding. Biarpun bukan wajib, tapi cara ini ajelah nak hebahkan pernikahan kamu berdua. Rahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan."
"Kalau dia memang betul-betul sibuk sangat,tak apalah." sambung Puan Darwiyah.
Akur saja Dahlia. Dia juga tak mahu menyusahkan Faheem tetapi setelah disarankan begini oleh ibunya, dia cuba saja nanti.
"Bawak air pergi depan,"kata si ibu. Dahlia angguk dan berlalu.
Sampai diruang tamu, terlihat bapa dan abangnya berborak rancak. Air sirap dituang kedalam gelas buat kedua lelaki itu.
Puan Darwiyah datang membawa sepinggan begedil dan diletakkan diatas meja.
"Manda singgah kejap aje ke?" soal si bapa.
"Haah, kejap lagi Manda terus balik rumah Faheem. Dah lama tak jenguk rumah tu." balasnya.
"Nak aku teman tak?" soal si abang.
"Takyahlah, esok abang kerja kan. Takpe,"
"Tak. Aku cuti. Ni, nak bawak ibu pergi airport ambil maksu." nafi Daniel.
"Biar aje abang kamu teman. Kawasan rumah tu sunyi kan? Faheem kata takde jiran lagi. Pergi aje dengan abang, bahaya sorang-sorang." pujuk bapanya.
Nak tak nak dia harus angguk saja. Ada benar juga. Dia pun tak ada lah berani mana nak pergi seorang diri.
"Ehem," Dato' Khalid berdehem keras.
Semua memandang kearahnya.
"Yang si teruna ni tak merasa nak ada bini ke?" soal si bapa.
"Eh, apahal Kasyah pulak."
"Kamu tu dah 30 an dah. Papa dengan ibu ni dah tak muda. Anak bongsu dah ada orang jagakan, ni yang sulung ni bila pulak? Teringin nak tengok anak lelaki papa lafaz akad nikah." luah papanya.
"Kasyah belum sedia la pa. Lagipun, tanggungjawab suami tu besar. Tak berani lah nak main kahwin dengan anak orang sesuka hati aje."
Dahlia tertawa kecil.
"Alasan aje tu pa, dia sebenarnya takde calon. Dia gelabah. Nanti kalau dia mention dia takde calon, nanti ibu tolong carikan untuk dia."
"Adik!"
Kantoi habis kalau si Dahlia yang buka mulut. Tahu segalanya isi hatinya. Sudah itu tidak pandai menjaga rahsia abang sendiri.
"Lah takde calon ke? Kenapa tak cakap awal-awal, ibu ada banyak anak dara yang ibu kenal."
"...mula dah," gumam Akasyah.
Dato' Khalid dan Dahlia menghamburkan tawa saja.
PAGI ini, Dahlia keluar awal dari rumah orang tuanya. Sarapan pun tidak sempat. Bergegas menuju kerumahnya dan Faheem. Semalam sudah pergi menjenguk sebentar rumah itu dengan abangnya.
Pagi ini, dia membawa terus luggage nya untuk tidur di sana. Sudah lama pula tidak bermalam dirumah mereka. Takkan nak biar kosong aje?
Apabila sampai, kereta nya yang berjenama Honda City memarking dihadapan rumah itu. Enjin dimatikan lalu dia keluar dari kereta sambil mengangkat luggage nya itu.
Pintu rumah dibuka, salam diberi.
Helaan nafas kedengaran. Sunyi aje rumah ini dengan ketiadaan Faheem. Rindu pula. Nak call, tapi malu. Kerna dia tahu, jika dia call dia akan termanggu sendiri. Tiada topik hendak dibicarakan.
Langkah kaki dibawa kebiliknya.
Apabila mahu langkah masuk kebiliknya kedengaran sesuatu didalam bilik suaminya. Rasa gelisah dan takut menyerbu dirinya.
Perompak ke? Faheem ada tinggal emas ke apa?
Liur ditelan kesat. Perlahan-lahan langkah dibawa kebilik Faheem. Pintu dikuak perlahan. Tiada orang.
"...ya allah selamatkanlah aku ya allah." gumamnya. Takut-takut jika ada penceroboh.
Dilihat sekeliling untuk memastikan tiada orang.
Tiba-tiba pintu tandas dibuka, dan terlihat tubuh tegap Faheem yang hanya bertuala di pinggangnya sahaja.
"YA ALLAH!"

YOU ARE READING
𝐏𝐞𝐧𝐚𝐧𝐭𝐢𝐚𝐧
RomantikMelepaskan seseorang untuk orang yang disayanginya... Perit... Namun dia melebihkan persahabatan dari hubungan percintaan. Dialah Dahlia Amanda. Disaat usia nya masih remaja,tentu saja dia ada seseorang yang dia kagumi dan cintai. Dia ialah Faheem A...