Dia berlari laju, pantas dan kencang umpama puting beliung melanda. Fikirannya kosong tetapi perasaannya penuh berbisa yang menikam. Dia perlu segera. Di sana dihujung kampung terletaknya kompleks Uchiha.
Malam itu udara dingin, seolah memberi tahu tentang peristiwa buruk yang sedang berlaku. Nafasnya turun dan naik. Dia penat, dia cedera, dia baru saja kembali dari misinya di Moyagakure atau Kampung Tersembunyi Asap.
Sebaik saja kaki memijak Konoha, seekor Gagak bertenggek di bahunya. Tanpa sebarang bunyi dan suara. Dia tahu Gagak itu sedang membawa berita. Ketika itu mata kanannya terasa nyeri. Dia bergegas, berlari sepantas yang boleh.
Dia tahu dia sepatutnya menuju ke hospital merawat kecederaannya dan kemudian bertemu dengan Hokage untuk melaporkan tentang misinya tetapi kini dia berlari seperti orang hilang akal terus ke kompleks Uchiha.
Semakin dia hampir semakin bau hanyir darah yang menyentuh deria penciuman. Masih segar. Dia menelan liur. 'Berhenti! Jangan lakukan sesuatu yang bodoh! Saya mohon' dia membatin sendiri. Berdoa kepada Kami-sama yang mendengar.
Dia semakin hampir, bau darah semakin pekat dan sangat hanyir. Dihadapan sekitar dua puluh langkah ke gerbang Uchiha. Dia berlari dan kini berhenti betul-betul dihadapan pintu masuk utama. Suasana gelap lagi suram. Memberitahu segala malapetaka yang menimpa.
Dengan perlahan melangkah masuk. Dia terlambat! Sudah terlambat! Mayat bergelimpangan ke mana-mana, darah merata-rata terdapat di dinding, lantai, pintu. Ini kejam sangat kejam. Perutnya bergelora antara marah dan mual. Begitu keji.
Langkah yang perlahan semakin laju menuju ke satu rumah yang sering dikunjungi. 'Itachi' dia berbisik nama itu berkali-kali. Sehinggalah dia terlihat dua manusia yang masih bernyawa. Uchiha Itachi, remaja berusia 13 tahun dan Uchiha Sasuke, anak berusia 9 tahun. Dia tergamam.
"I..Itachi-kun" suaranya tersekat-sekat. Itachi menoleh melihatnya. Wajahnya bengis tanpa senyuman. Sasuke berdiri di hadapannya dalam keadaan yang tidak baik-baik saja. "Apa yang awak lakukan?!" Dia menjerit sharingannya berputar laju membalas pandangan Itachi.
"Nii-san!" Sasuke menangis memanggil abangnya. Pandangan mereka sempat bertaut. Jelas Sasuke memohon pertolongannya untuk menghentikan Itachi.
Dia marah, sangat marah tetapi dia tahu dia bukan tandingan Itachi. Air mata mengalir laju. Berlari melintasi Itachi untuk mendapatkan Sasuke yang tiba-tiba saja kejang, anak itu jatuh terbaring meraung dan menjerit kesakitan. Itachi mengenakan genjutsu terhadap adiknya sendiri.
"Tuhan! Sasuke! Sasuke!" Dia mengangkat tubuh yang meraung-raung itu lalu dipeluknya. Jelas anak itu menyedari sentuhan itu. Dia berpaut sangat erat, menggenggam jubahnya seolah bergantung nyawa disana "Hentikan ini Itachi! Berhenti menyeksa Sasuke! Dia adik awak!" Dia menjerit kepada Itachi yang memandang kosong. Sepasang mata sharingan bertemu dengan sharingan tunggal.
Pandangannya menjadi kelam dan kabur, dia telah dibawa ke dunia genjutsu Itachi dan gagal melepaskan genjutsu itu. Untuk seorang yang bukan Uchiha dia tidak mampu untuk beradaptasi dengan sharingan yang baru diterima kurang dari tiga bulan.
Itachi telah menunjukkan kekecewaan terdalamnya, kematian orang tuanya, kematian sahabat terapatnya, kematian pemimpin jōninnya dan kematian ahli pasukannya dan pembunuh yang baru dilakukan Itachi sendiri sebagai hidangan. Pandangannya berbintik gelap lalu jatuh terbaring bersama Sasuke yang masih dalam pelukannya. Masing-masing hilang kesedaran diri.
Tanpa diketahui oleh dua insan yang terperangkap dalam genjutsu, air mata Itachi mengalir. Dia perlu pergi untuk mencari sekutu yang membantunya membantai seluruh ahli klan Uchiha, yang kini tersisa hanya Uchiha Sasuke.
Sejam setelah kepergian Itachi. Pasukan ANBU telah datang untuk menghentikan remaja itu, malangnya mereka sangat terlambat untuk menghalang pembunuhan beramai-ramai Uchiha.
Hiruzen Sarutobi, sebagai Hokage Konoha juga turun untuk melihat keadaan, tubuh tidak bernyawa yang mereka temui, keadaan mereka mengerikan. Lelaki tua itu sangat berduka-cita.
"Hokage-sama, lihat" anak buahnya memanggil. Lelaki tua itu menoleh melihat sesuatu yang ditunjukkan oleh anak buahnya. "Kedua mereka masih bernyawa" jelasnya. Hiruzen terkejut melihat siapakah mereka.
"Uchiha Sasuke.. Umino Iruka" nama itu meniti di bibir ketua mereka membuat beberapa ANBU menoleh melihatnya.
"Umino?" Salah seorang daripada mereka menyoal ingin kepastian. Itu adalah kompleks Uchiha dan bagaimana Umino boleh berada di sana.
"Umino berkawan rapat dengan salah seorang Uchiha"
"Hokage-sama, mereka telah jatuh ke dalam genjutsu" Seorang ANBU melaporkan. Hiruzen memberi pandangan simpati.
"Bawa mereka ke hospital segera" mereka mengangguk dan menerima arahan "bersihkan tempat ini dan ingat rahsiakan kewujudan Umino Iruka disini" Lelaki itu memberikan arahan kepada anggota ANBU yang lain.
Seminggu Umino diperlukan untuk sedar dari genjutsu Itachi. Manakala, hampir dua minggu diperuntukkan untuk Uchiha terakhir. Ketika Umino berdiri di sisi katil Uchiha muda itu, anak itu langsung tidak mahu memandangnya.
"Sasuke, awak perlu makan" Pujuknya. Anak bersurai hitam pekat itu langsung tidak menghiraukannya lebih berminat untuk menonton ke luar tingkap. "Sasuke, saya tahu awak tidak peduli tapi saya perlu beritahu awak, saya akan pergi untuk melaksanakan satu misi dan saya akan pergi hari ini" Iruka menggigit bibir
Terdapat kesunyian antara mereka sebelum Sasuke mencapai penyepit makanan dan mematahkannya. Menyantap makanan itu dengan perlahan. Apabila sudah separuh selesai. Dia menolak bekas makanan yang masih tersisa. Iruka mengangkat dan meletakkan jauh diatas meja kecil membantu anak itu untuk berbaring.
"Awak baru keluar hospital? Perlukan awak pergi secepat itu" Suara Sasuke hampir berbisik tetapi dia langsung tidak memandang Iruka. Iruka sedikit mengeluh dan mengusap lembut kepala Sasuke sebelum berpaling untuk pergi.
Tanpa sedar Sasuke menoleh melihatnya dengan pandangan terluka dan kecewa sehingga Iruka hilang dari pandangan. Sasuke kembali meringkuk dan menangis senyap.
BERSAMBUNG......
KAMU SEDANG MEMBACA
Sharingan tanpa Uchiha
Action📑 Bagaimana jika Konoha memiliki dua Sharingan tunggal bukan hanya satu 👫Character hanya pinjaman dan sesungguhnya hak milik Masashi Kishimoto ⚠️Warning mengandungi unsur-unsur bl boylove bxb ooc dan sewaktu dengannya. ❌Tak suka jangan baca ✍️Typ...