Aku berasa sangat beruntung,masih ada yang ingin menjaga dan menolong aku saat aku susah.Kalau di kampung,aku ada ibu.Di sini pula,aku ada Erin dan Aril.Walaupun aku dan Erin sebaya,tetapi aku sudah menganggap Erin ni sebagai kakak aku sendiri.Tetapi Aril,aku tidak menganggap dia lebih daripada seorang senior yang perlu dihormati.Walaupun Erin selalu mengatakan yang Aril sukakan aku,tapi rasa hormat aku kepada dia perlu diberikan keutamaan.
Pagi hari Sabtu sepatutnya tiada sebarang aktiviti dilakukan. Jadi,aku berhasrat ingin ke dewan prep dan membuat ulang kaji. Dalam masa yang sama,Erin juga turut menemani aku.
“Erin tak ulang kaji ke?”
“Tak,aku teman kau je.”
“Tak perlulah teman,Izz boleh jaga diri sendiri.Jangan risau okay.”
“No,tak boleh.Weekend macam ni biasanya ialah hari di mana Anis dan geng dia buat kerja gila diorang.”
“Kerja gila?”
“Buli budak.Tapi ni lagi teruk,Anis akan suruh junior keluar untuk belikan rokok untuk diorang.”
“Ha? Habis tu kalau kantoi macam mana?”
“Kalau kantoi,junior tu lah yang kena.Sebab diorang ni tak berani sebut nama senior yang arahkan diorang untuk belikan rokok tu.Takut kena dera.Jadi sebelum kau yang kena,baik aku jaga kau.Lagipun abang aku dah amanahkan aku untuk jaga insan special dia.”
“Erin ni tak habis-habis pasal benda tu tau.Tak suka lah.”
“Oh ya,cuti nanti kau balik mana?”
“Izz balik kampung jelah.Situ jelah tempat Izz.Lagipun Izz dah rindu sangat nak melawat pusara arwah mak dan ayah.”
“Jap,kau anak yatim piatu ke?”
“Haah,mak ayah Izz meninggal sebab kemalangan.Masa tu Izz kecil lagi.Jadi,dari kecil memang Izz tak pernah dapat kasih sayang daripada mak ayah kandung.”
“So, sekarang kau tinggal kat mana?”
“Izz tinggal dekat rumah anak yatim.Dekat sana Izz ada ramai kawan.Lagi best bila ada orang yang boleh layan Izz macam anak dia sendiri.”
“Sedih pula aku dengar cerita kau.Takpelah,dekat sini kau ada aku dan Aril.Ha,apa kata kau kahwin je dengan Aril.Nanti boleh kau tinggal dengan aku.”
“Eh,tak nak lah.Izz ni baru tingkatan 4 tau,kerja pun belum lagi.”
“Haih kau ni,kalau kau dah kahwin dengan Aril nanti senang.Dia boleh jaga kau.Bukannya kalau dah kahwin tak boleh kerja kan.”
“Dahlah,makin mengarutlah Erin ni.”
“Eh kita nak tolong dia,kata kita mengarut pula.”
“Erin,Aril panggil kat luar.” Salah seorang kawan Erin datang dan memberitahu Aril sedang menunggunya.
“Ha,okay.Jom Izz teman aku kejap.” Izz hanya menurut kata Erin.
“Kau nak apa ni?” Tanya Erin apabila bertemu dengan Aril.
“Malam ni kau nak pergi outing tak dengan aku?”
“Nak,tapi kena ajak Izz sekali.Boleh kan?”
“Boleh je.” Aril mengenyitkan matanya
Ha? Kenapa kena ajak aku pula.Korang pergi jelah berdua.Aku baru sahaja merancang untuk mengulang kaji. Tapi takpelah,orang dah ajak kenalah ikut.
“Jumpa malam ni.”
“Izz! Kau dah siap ke belum?”
“Kejap Erin.Okay dah siap.” Izz keluar daripada bilik air dengan baju kurungnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Memori [COMPLETE]
Storie d'amoreIzziani Aisyah ialah seorang gadis berumur 16 tahun yang berasal dari kampung. "Dasar perempuan kampung tak ada maruah!" Tidak disangka pertemuannya dengan seorang insan bernama Khairil Azrin mengubah segala jalan hidupnya. "Aril yang timbulkan mas...