Bab 8

13 4 2
                                        

Baju sekolah yang telah di gosok telah di sarung Aril.Cermin di hadapannya di hadap bagi membetulkan rambutnya yang segak itu.Aku juga baru sahaja memakai tudung sekolah ku selepas kami selesai solat subuh bersama tadi.

“Sayang boleh tolong abang sekejap tak!” Aril memanggil Izz

“Ya abang.”

“Tolong pakaikan tali leher abang.”

“Eleh,mengadanya.Selama ni siapa agaknya yang tolong abang pakaikan tali leher ni.” Izz mula mengikat tali leher yang melilit leher Aril.

“Alah sekali sekala nak juga bermanja dengan isteri abang yang comel ni.” Aril mencubit pipi Izz

“Ish,sempat aje eh.Jomlah,dah lambat dah ni.”

“Oh ya,sebelum tu,jom ambil gambar.” Aril mengambil kamera dan memberikannya kepada Izz.

“Okay jom! 1..2..Cheese!”

*Klik!*

“Dah jom pergi sekolah!”

Izz memikul beg sekolahnya dan terus menuju ke kereta Aril.

Sampai sahaja kami di sekolah,Aril memang kebiasaannya meletakkan keretanya di dalam sekolah.Memandangkan bapanya seorang yang banyak menyumbang dalam pembangunan sekolah ini,Aril mendapat banyak keistimewaan dan kelebihan di dalam sekolah ini.

“Abang,betul ke tak ada orang nampak kita berdua ni?”

“Janganlah risau,kalau orang nampak pun bukan diorang boleh buat apa.”

“Tapi kalau diorang fitnah kita bukan-bukan macam mana?”

“Nak fitnah apanya sayang,kita kan memang dah halal.Kalau diorang cuba fitnah sayang,Sayang tunjuk je kad nikah kita tu.”

“Abang lupa ke janji kita? Kan dah janji yang kita nak rahsiakan perkahwinan kita.”

“Hmm yelah-yelah.Nanti balik tunggu abang dekat sini ya.”

“Baik!” keluar daripada kereta dengan harapan tiada siapa yang nampak aku bersama Aril.

Aku masuk ke kelas dan terus mecari susuk badan Erin.Namun,aku menyedari bahawa banyak pasang mata yang sedang memerhatikan aku.Mereka berbisik antara satu sama lain seperti sedang berkata mengenai aku.

“Erin,kenapa semua orang macam pandang Izz semacam je ni?” Kata Izz selepas mengambil tempat di sebelah Erin.

“Aku tak tau macam mana nak cakap dengan kau.Tapi,aku rasa semua orang dah tahu pasal kau dengan Aril.”

“Ha? Tak mungkin,macam mana diorang boleh tahu pasal benda ni?”

“Aku tak tahu,waktu aku datang tadi pun diorang terus serbu aku tanya pasal korang.”

“Habis macam mana ni Erin.”

“I don’t know! Kau fikirlah apa yang patut.Aku pun tengah buntu ni.”

Waktu rehat kali ini,seperti biasa aku akan pergi ke perpustakaan.Untuk ke perpustakaan,aku perlu melalui kantin.Ketika aku melalui kantin,terlalu banyak mata yang memerhati gerak langkah aku sambil berbisik antara mereka.

Aku mempercepatkan langkah sehinggakan aku terpaksa berhenti kerana ada sesuatu yang mengahalangi jalan aku.

“Korang,tengok siapa yang dah balik!”

“Kak Anis.” Kalau boleh memang sepanjang umur hidupnya kemang tak mahu berjumpa dengan Anis.Tapi,takdir sering kali menemukannya dengan Anis.

“Aku dengar cerita kau ada scandal dengan boyfriend aku.Betul ke?” Soal Anis

“Tak ada kak.Izz tak kenal pun siapa boyfriend akak.” Izz berada dalam kebingungan.Dia ni isteri orang,tak ada masanya nak ada scandal kat tempat lain.

“Eh,dia buat-buat tak kenal pulak!”

“Sumpah,Izz langsung tak kenal boyfriend akak Anis siapa.” Izz masih lagi buntu memikirkan siapakah yang dimaksudkan Anis.

“Betul kau tak kenal? Okay,biar aku kenalkan.Nama dia Khairil Azrin…” Tak mungkin,dia ni syok sendiri ke? Aril tu suami Izz.Tak mungkin Aril akan couple dengan Anis.

“Anis!”

“Ha,dah sampai pun boyfriend kesayangan aku ni.” Kelihatan Aril yang baru sahaja tiba di situ.

“Kau buat apa kat Izz?” Soal Aril

“Eh,mana ada aku buat apa-apa.Kan?” Anis menepuk bahu Izz.

“Izz,betul ke dia tak ada buat apa-apa?” Aril masih tidak berpuas hati.Soalan yang sama ditujukan pula kepada Izz.

Izz membalasnya dengan anggukan.

“Alah sayang,tak payahlah risau pasal budak ni.Kitorang bukannya nak buat apa-apa pun kat dia.Daripada sayang sibuk jaga budak ni,baik sayang ikut I pergi lepak nak.” Anis datang merapati Aril dan membelai raut wajahnya.

“Eeeee,gerammya!Aku pun tak pernah pegang suami aku macam tu tau,kau pulak yang melebih!” Jerit Izz di dalam hati.

“Heh,kau ingat aku ni murahan ke macam kau? Aku tak akan pernah masuk dalam jerat yang kau dah pasang.Kau kena ingat yang aku ni tak bodoh.” Aril menepis tangan Anis dan menolak Anis jauh darinya.

“Dah,Izz jom!” Aril menarik tangan Izz dan pergi meninggalkan Anis dan kawannya.

“Tak apa,kau tunggu je Aril… Aku akan pastikan kau jadi milik aku..”

“Lepaslah abang!” Izz melepaskan tangannya dari genggaman Aril.

“Sayang ni kenapa eh,suka sangat kena buli dengan si Anis tu.Suka ke dia buat semua benda tu dekat sayang? Abang tak fahamlah,apa yang susah sangat sayang nak lawan balik?”

“Sayang tak nak! Sayang tak nak diorang syak apa-apa.Abang tau tak satu sekolah ni dah fikir yang sayang ni ada scandal dengan abang?”

“Pergi mampuslah dengan mulut orang! Biar je ape yang diorang nak fikir,sayang juga yang suruh rahsiakan pasal status kita yang sebenar.Sekarang sayang hadaplah!” Kali pertama Aril meninggikan suaranya pada Izz.Air mata Izz mula mengalir membasahi pipi. Izz melarikan diri daripada Aril.Terlalu takut untuk melihat muka Aril yang sedang marah. Tak sangka Aril akan marah sampai macam tu sekali.

“Khairil.”

“Ya cikgu.”

“Sila ikut saya ke bilik guru sekejap.”

“Baik cikgu..”

Tak lain tak bukan,ini mesti cikgu Ida mendengar akan pertelingkahan mereka tadi.Tidak hairanlah,kerana suara Aril agak kuat semasa memarahi Izz sebentar tadi.

“Kenapa cikgu?” Aril mengambil tempat di hadapan meja cikgu Ida.

“Okay.Firstly,cikgu nak minta maaf dulu sebab masuk campur urusan rumah tangga kamu.Tapi cikgu rasa cikgu perlu ambik tahu mengenai anak murid cikgu.Kamu faham kan.”

“Faham cikgu.”

“Kamu ada masalah ke dengan Izz? Cuba kamu cerita,mana tau cikgu boleh tolong kamu.”

“Hah,cerita dia macam ni cikgu.Waktu kami berdua bernikah,Izz ada letak syarat di mana perkahwinan tersebut perlu dirahsiakan.Hanya keluarga saya dan keluarga Izz je yang tahu pasal benda ni.Tapi bila kat sekolah,orang semua mula mengata yang Izz tu ada hubungan sulit dengan saya.Saya cuba suruh Izz tu terus terang dekat diorang.Tapi Izz tu degil,dia masih tak nak bagitau hal sebenar.”

“Faham.Okay macam ni,ada baiknya kamu biarkan Izz tu tenang dulu.Daripada apa yang cikgu nampak tadi,dia sangat terasa dengan percakapan kamu tadi.Lepas dia dah tenang baru kamu pujuk dia,bincang elok-elok.Hidup berumah tangga ni tak mudah seperti yang disangka.Terlalu banyak ujian dan rintangan yang kamu perlu hadapi bersama.Ingat,persefahaman antara kamu berdua itu penting.”

“Baik cikgu.Terima kasih sebab bagi nasihat dekat saya.”

“Sama-sama.Oh ya sebelum cikgu lupa.Kamu jangan fikirkan sangat masalah tu.Tahun ni kamu SPM,cikgu takut pembelajaran kamu merosot.”

“Jangan risau cikgu,saya janji saya akan stay fokus on my study.”

Memori [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang