Bab 5

22 3 2
                                    

Sejak dua tiga hari ini,hati aku langsung tidak tenteram.Sedih,risau, semuanya ada.Bagaimana aku tidak sedih,setiap kali aku menunjukkan diri aku di depan orang kampung,pasti diri aku akan dicaci dan dihina.

Angkara fitnah daripada orang yang tidak berpuas hati dengan diri aku,terus hidup aku musnah bagai kaca yang berderai.

Namun begitu,setiap kali maruah aku dipijak oleh orang kampung,pasti akan ada seorang lelaki yang sentiasa ada di belakangku untuk mempertahankan aku.Dan sebab itulah aku masih berdiri di sini,di bumi Allah yang nyata dan penuh keadilan.

Sedang semua orang bertungkus-lumus mempersiapkan segala persiapan untuk majlis kahwin aku yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.Aku mengambil keputusan untuk mengambil angin di tepi pantai.Angin yang membelai diri telah membuatkan senyuman terukir di wajah.

“Ani?”

Aku menoleh ke belakang untuk melihat suara yang memanggilku.

“Im!”

Naim Hazim.Kitorang panggil dia Im.Dia ni kawan aku sejak kecil.Aku kenal dia sejak sekolah rendah sebab dialah orang pertama yang tegur aku.Waktu itu,aku dipulaukan oleh pelajar lain,tetapi Naim sahaja yang tidak memulaukan aku dan menjadi kawan baik aku sehingga kini.

“Wah dah jadi gadis bandar ya sekarang!”

“Eh mana adalah.”

“Aku rasa takdelah lama pun kita tak jumpa,tapi kenapa aku rasa kau makin cantik eh?”

“Im ni mengada je kan.”

Kami meluangkan masa agak lama di tepi pantai itu dari tengah hari hingga tak perasan hari sudah senja.

“Ani kau ingat tak,kita pernah janji nak kahwin lepas SPM.”

“Ha,ade ke?”

“Seriouslah kau lupa,sampainya hati kau.”

Naim ni tak tau lagi ke yang aku dah nak kahwin lagi beberapa hari? Patut ke tak aku bagitau dia? Aku takut harapan dia hancur dan hubungan sebagai kawan rapat kami akan hancur.

“Maaf Im,Ani tak boleh.” Izz yang padanya duduk terus berdiri diikuti oleh Naim

“Hei relax lah,aku bukannya ajak kau kahwin sekarang.”

“Ani tak boleh Im.Im faham tak,Ani tak boleh kahwin dengan Im.”

“Tapi kenapa?”

“Ani dah nak kahwinlah! Lagi beberapa hari je tinggal.”

“Ouh,jadi betullah apa yang orang kampung cakap.Aku cuba Ani,aku cuba untuk tidak percaya cakap diorang.Sebab kau dah janji Ani! Kau dah janji nak kahwin dengan aku! Tapi kenapa Ani? Kenapa kau mungkir janji tu.”

“Im ingat Ani tak cuba ke nak pegang janji tu.Ani dah cuba,tapi takdir tak mengizinkan kita bersama.Tolonglah anggap kita ni tak ada jodoh.Mungkin ada hikmahnya hubungan kita sekadar teman biasa.”

“Siapa lelaki tu Ani? Apa lebihnya dia daripada Im?”

“Betul Im nak tau? Nama dia Khairil Azrin.Dialah orang yang sanggup bertanggungjawab dekat Ani.” Izz terus berjalan untuk pulang ke rumah.

“Maksudnya betullah korang dah terlanjur? Dasar perempuan tak ada maruh!” Kata-kata itu memberhentikan langkah Izz.

“Maaf Naim.” Izz berkata perlahan.

“IZZIANI AISYAH!!!!” Naim menjerit sambil air matanya tidak berhenti dari mengalir.

Aku sungguh tidak sangka Naim benar-benar berkata sedemikian.Walaupun aku sedar betapa sakitnya hati dia saat ini,namun itu bukanlah tiket untuk dia menghina maruah aku.Sungguh aku tidak sanggup melihat Naim dalam keadaan begitu.Tetapi tiada daya yang mampu aku lakukan untuk mengubati hatinya yang terluka.

“Izz! Izz pergi mana tadi? Puas semua orang cari Izz tau tak.” Kata Aril selepas melihat Izz baru sahaja pulang.

“Aril tak perlu susah-susah cari Izz.Izz boleh jaga diri sendiri.”

“Jap,kenapa mata Izz berair? Ada sesuatu jadi kat Izz ke?” Aril menyedari mata Izz sedang berair sisa tangisannya tadi.

“Tak,tadi pasir masuk mata.Tu yang mata pedih sikit ni.”

“Meh sini.” Aril mengeluarkan sapu tangannya dan mengelap sisa air mata yang bertakung di kelopak mata Izz.Pipi Izz sudah mula naik kemerahan.

*Klik!*

“Ibu! Janganlah amik gambar Ani.” Sekeping gambar keluar dari kamera ibu.Gambar Aril yang sedang mengelap air mata Izz.

“Alah kamu ni,gambar ni semua kan boleh jadi memori.Dah ada anak nanti boleh tunjuk kat diorang.” Ibu menghulurkan sekeping gambar yang diambil tadi kepada Aril.

“Betul tu.” Aril menyetujui kata-kata ibu.

“Nah,ambil ni.Jaga elok-elok tau.Ibu sayang kamera ni.” Ibu menghulurkan kamera yang dipegangnya kepada Izz.

“Kenapa ibu bagi dekat Izz?Izz bukannya pandai ambil gambar pun.” Izz cuba menolak

“Ambil gambar ni tak perlu nak pandai pun macam ibu.Kalau kamu berada dalam situasi yang berharga dan kamu nak ingat sampai bila-bila,pegang kamera ni dan tangkap gambar.Kamu kena ingat yang memori dalam kepala kita ni tak bertahan lama.Jadi gambar-gambar ni lah yang boleh bantu kamu ingat nanti.”

“Betul ni ibu nak bagi kat Ani?”

“Izz,ibu dah bagi tu ambil jelah.” Pintas Aril.Haih,Aril ni kacau betullah.

“Ish,Aril ni.Jangan kacau boleh tak.” Kata Izz sambil memuncungkan mukutnya.

“Aip,Ani.Tak baik cakap macam tu dekat Aril.Dia ni bakal suami kamu tau tak?”

“Takpelah ibu.Aril suka tengok muka Izz macam ni,comel.Macam kucing,meow.”

“Hmph.”

“Dahlah kamu berdua ni,masuk mandi cepat.”

“Jom mandi.” Mata Izz terus membulat mendengar pelawaan Aril

“Haih Aril,ingat sikit kamu berdua tu belum halal lagi.Nak mandi samaa-sama tunggu lepas kahwin ya.”

“Eeeee taknak lah Ani mandi dengan dia.Tak kisahlah dah halal nanti pun tetap taknak.Titik.” Izz terus masuk ke dalam rumah.

“Takpe,nanti dah kahwin tak boleh tolak!” Aril mengikutinya masuk.

“Taknak!”






Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now