Bab 4

16 4 2
                                    

Hari ini,aku dan Aril akan pulang ke kampung halaman aku.Sepatutnya aku berasa gembira apabila dapat peluang untuk balik,namun selepas peristiwa semalam,aku berasa sangat takut dan gementar untuk pulang.

Aril membawa keretanya untuk mengambil aku.Dia sudah ada lesen kereta kerana umurnya telah mencapai 17 tahun pada awal tahun ini. Semasa perjalanan,minda aku masih tidak berada dalam keadaan tenang.Adakah mereka sudah tahu akan perkara yang terjadi.

“Izz,jangan takut please.Izz kena ingat yang Izz tak buat salah apa-apa pun.” Aril cuba menenangkan Izz

Kawasan rumah anak yatim itu sudah kelihatan.Badan aku sudah mulai menggigil kerana gementar.

“Assalamualaikum!” Aril memberi salam kepada Puan Laiha yang berada di depan pintu.

“Waalaikumsalam.” Baru sahaja Aril datang mendekat tiba-tiba satu tamparan hinggap di muka Aril.Pakk!

“Aril! Kenapa ibu tampar Aril?”

“Kamu tanya kenapa? Ani,kamu sedar tak yang lelaki ni dah rosakkan kamu?”

“Tapi Aril tak buat apa-apa salah pun ibu,dia tak pernah buat benda yang tak elok kat Ani.”

“Kamu jangan cuba nak pertahankan dia.Encik Hamid sendiri yang bagitau ibu yang lelaki ni dah buat benda yang tak elok dekat kamu.”

“Astaghfirullahaladzim.Puan,sumpah saya tak pernah terdetik pun nak buat macam tu dekat Izz.Sumpah Puan.”

“Betul ibu.Ibu sendiri pun kenalkan Encik Hamid tu macam mana,dia tak pernah bagi Ani hidup dalam keadaan senang.”

“Hmm masuklah dulu,ibu nak kamu jelaskan satu-persatu suapaya ibu faham.”

Kami pun masuk ke dalam.Biasanya pada waktu begini,tiada orang yang berada di ruang tamu kecuali ibu.Kami menjelaskan ceritanya dari awal hingga akhir supaya ibu faham dan tidak menyalahkan kami berdua.

“Baiklah ibu faham,tapi sekarang ni macam mana kamu nak hadap orang kampung yang lain? Semua dah tau pasal cerita yang datang dari mulut si Hamid tu.”

“Entahlah Puan,saya pun buntu sebenarnya.Tak tau nak buat apa.”

“Aril,ibu nak tanya sesuatu boleh.”

“Apa dia Puan?”

“Kamu ada perasaan tak dekat Ani,walaupun sedikit?”

“Kenapa ibu tanya soalan macam tu?” Izz yang terkejut terus menyampuk.

“Kalau susah sangat,apa kata kamu berdua kahwin je.Senang sikit.”

Aku dan Aril saling melihat satu sama lain,apakah jawapan dia? Tak mungkinlah dia akan kahwin dalam usia yang muda ni.SPM pun dia belum lepas,walaupun aku tau yang dia mampu.Tapi tak akan lah dia nak kahwin dengan budak kampung macam aku.

“Saya setuju.” Kata Aril

“Ha? Aril,janganlah main-main.Ni soal hati dan perasaan tau tak.” Izz terus keluar dan berlari ke buaian yang berdekatan dengan pantai.

“Izz,Aril tak pernah main-main bila cakap soal hati dan perasaan.Tapi terpulanglah kalau Izz nak terima atau tak.”

“Aril,kenapa Aril nak kahwin dengan Izz? Bukan apa,Izz tak nak Aril kahwin dengan Izz sebab rasa sebersalah dengan apa yang jadi dekat Izz.Kita tak akan bahagia kalau kahwin bukan atas dasar cinta.”

“Tapi Aril memang betul cintakan Izz.Sejak hari pertama Izz masuk sekolah tu,Aril dah jatuh cinta dengan Izz.Masa tu Aril dah berazam akan jaga dan cuba untuk dapatkan hati Izz.”

“Hah,Izz boleh terima.Tapi,dengan syarat.”

“Syarat apa?”

“Tiada siapa pun yang boleh tahu pasal perkahwinan kita kecuali ahli keluarga yang terdekat.Boleh?”

“Boleh.Jom bincang dengan ibu.”

Selesai sahaja perbincangan.Aril akan membawa keluarganya untuk bertemu dengan ibu bagi membincangkan tarikh perkahwinan.Aril sudah menelefon keluarganya dan mereka seperti gembira dengan khabar yang di bawa oleh Aril.

Malam ini,ibu mempelawa Aril untuk tidur sahaja di sini.Aril tidak menolak,malah dia berbesar hati kerana dia tidak perlu berpatah balik untuk ke rumah.

“Wah ramai juga ya kawan Izz dekat sini.” Aril melihat suasana rumah anak yatim yang riuh semasa menyiapkan bahan untuk memasak.

“Ni semua kawan Izz dekat sini,tapi saya dah anggap diorang macam adik beradik Izz sendiri.”

“Seronok juga ya duduk sini,ramai kawan dengan view pantainya.Kalau Aril dekat bandar tu hari-hari mengahadap muka jalan dengan Erin jelah hari-hari.”

“Aril ni tak baiklah,Erin tu kan adik Aril.Nak tak nak Aril kena jaga dia.”

“Betul,sebab Aril jaga dia lah dia boleh survive sampai sekarang dekat sekolah tu.Walaupun selalu cari pasal je budak tu,Aril tetap bersyukur sebab dia jadi adik Aril.”

“Apa agaknya Erin tengah buat sekarang eh?”

Keesokan harinya,ibu bapa Aril datang untuk membincangkan hal perkahwinan tersebut.Aku sangat gementar,walaupun sudah aku tahu bahawa mereka tiada masalah jika kami bernikah dalam masa yang terdekat ini.

“Aril,mama nak tanya sesuatu.Aril dah besar dah pandai jaga diri kan. Aril betul-betul dah sedia ke nak jaga anak dara orang?”

“Aril sedia mama.Aril janji akan jaga Izz sampai kehujung nyawa Aril.”
“Mama harap kamu kotakan janji kamu.”

“Kalau macam tu kita adakan pernikahan ni minggu depan. Setuju?”

“Setuju.”

Semuanya sudah bersetuju.Aril juga telah bersetuju dengan segala syarat yang aku sudah tetapkan.Sekarang ni aku hanya akan berserah dengan takdir yang telah di tetapkan tuhan.

Ya Allah,tuhan yang maha mengasihi hambamu,jika benar jodoh aku dengan Khairil Azrin,maka kau lancarkanlah segala urusan kami.Kau panjangkanlah jodoh kami sehingga nafas terakhir kami.Sesungguhnya engaku maha pemurah lagi maha mengasihani hambamu yang lemah ini.

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now