Bab 11

14 4 1
                                    

Aril berasa hairan.Sejak balik ke rumah mama,Izz sering menarik mukanya di depan Airil.Nak dikatakan merajuk pun macam ya,tapi apa salah yang Aril sudah lakukan sehingga dia merajuk sebegini.

Izz sedang memotong sayur di dapur,dia tidak menyedari yang Aril sedang mendekatinya dari belakang.

“Sayang,awak okay tak ni? Dua tiga hari ni abang tengok,sayang layan abang macam nak tak nak je” Aril membelai bahu Izz.

“Jangan pegang lah,orang tengah potong sayur ni kan! Pergilah duduk depan sana!” Niat di hati tidak ingin memarahi Aril,tetapi egonya yang menggunung tidak dapat diruntuhkan dengan belaian manja sang suami.

“Okay,tapi boleh tak sayang bagitau dulu dekat abang apa salah yang abang dah buat sampai sayang merajuk macam ni.Kalau pasal abang tengking sayang dekat sekolah hari tu,yes abang mengaku memang salah abang.Lagipun abang dah minta maaf dah pun.Ke sayaang nak abang kerat jari abang baru sayang nak maafkan abang?” Aril merampas pisau di tangan Izz dan meletakkannya di atas jari.

“Abang! Jangan jadi gila boleh tak!” Izz cuba capai kembali pisau di tangan Aril

Akibat bergelut sesama mereka,pisau itu terhiris jari hantu Aril. Nasib lukanya tidak terlalu dalam,kalau tidak habis masuk berita,isteri kudungkan jari suami.

“Auch! Arghh!” Aril menekup lukanya dengan tangan.

“Astaghfirullahaladzim,kan Izz dah kata jangan kacau bila Izz tengah buat kerja.. Tengok dah luka…” Tangan Aril di bawa ke sinki untuk dibilas dengan air.

Aril hanya berdiam dan hanya akur apa sahaja yang Izz buatkan untuknya.

“Izz dah balut ni,abang pergi duduk depan sana.Jangan kacau Izz nak siapkan makan tengah hari.Nanti abang tak makan kebulur…” Tak henti-henti dengan bebelannya.Aril pergi di hadapannya dan dengan selamba mendiamkan Izz dengan jari telunjuknya.

“Membebel je tau.” Aril beredar dari dapur dan terus masuk ke biliknya.

Kalau perempuan boleh merajuk,takkan lelaki tak boleh.Kan?

Hampir setengah jam aku memasak akhirnya selesai. Aku berfikir nak panggil Aril makan atau tidak.Yelah,aku ni masih dalam fasa merajuk. Tapi bila tengokkan jarinya yang luka tadi,rasa bersalahlah pula buat suami macam tu.Haih…

“Abang,boleh Izz masuk?” Tombol pintu ditolak selepas sahutannya tidak berbalas.

Aril dilihat seperti sedang nyenyak dibuai mimpi.

“Abang,bangun! Nak makan tak? Izz dah siap masak dah.” Izz menepuk bahu Aril beberapa kali.

“Sayang pergilah makan dulu tak payah tunggu.Nanti abang pandai makan sendiri.” Kata Aril sedar tanpa memalingkan badannya ke arah Izz

“Okaylah kalau macam tu.Nanti abang turun tau.” Izz berlalu meninggalkan Aril di dalam bilik.

Sejam berlalu.

Dua jam berlalu.

Tiga jam berlalu.

Empat jam berlalu.

Lima jam berlalu.

Aril masih tidak turun dari katilnya. Izz yang berada di ruang makan masih lagi menunggu Aril untuk turun sehingga membuatkan dia terlena.

Lama kelamaan Aril tidak dapat lagi menahan lapar. Dia terpaksa tundukkan egonya dan terus turun ke ruang makan.Aril melihat Izz yang sedang dalam lena di meja makan tanpa mengusik sedikit pun nasi yang tersedia.

“Sayang,bangun.Nak tidur pergi masuk bilik.”

“Eh,abang.. Lama dah ke abang turun? Abang nak makan sekali tak? Izz cedokkan nasi ya.” Izz membuka tudung saji dan mula memegang senduk nasi tersebut.

“Tak apa,sayang makan je.Abang dah makan dah.Ni abang nak keluar sekejap jumpa kawan.Malam baru balik,nanti sayang tidur je dulu tak payah tunggu abang.” Aril terus keluar meninggalkan Izz.

“Kalau tau baik tak payah masak.Membazir je.” Tipulah kalau tidak terasa dengan kelakuan Aril. Silap dia juga,siapa suruh cari pasal dengan suami sendiri.

Aril menaiki kereta menuju ke sebuah café.Bila difikirkan semula,tak patut buat Izz sampai macam tu sekali.Kesian tengok dah penat-penat masak,tapi makan dekat luar.

Sampai sahaja di depan café,Aril baru sahaja mahu melangkah masuk.Langkahnya terhenti apabila mendengar satu alunan suara.

“Assalamualaikum,Aril!” Sapa seorang gadis

“Wa-waalaikumsalam.” Aril jawab dalam keadaan keliru.

“Weyh,lama gila tak jumpa kau! Tak sangka tinggi juga kau sekarang kan.” Siapa budak ni? Aril masih terkaku untuk membalas apa-apa.

“Kau ni ingat aku lagi tak?”

“Sorry,aku tak ingat.”

“Seriously? Ini aku lah,Nasya!”

Kini gambaran seorang perempuan terlintas di fikirannya.Ya,Nasya.Kawan baiknya semasa sekolah rendah dulu.Terpisah kerana sekolah yang berlainan.Kini ditemukan kembali tanpa diduga.

“Wah,sumpah aku tak cam langsung kau Nasya!” Kata Aril selepas mengambil tempat di kerusi.

“Eleh,bukan beza sangat pun aku dulu dengan sekarang.” Nasya mencebik mulutnya.

“Sumpah beza,aku langsung tak cam.Mungkin sebab sekarang kau nampak lebih matured.”

“Yah,maybe.Maklumlah baru lepas kahwin kan..” Aril terkejut.Biar betul,dah kahwin rupanya.

“Lah,bini orang rupanya kau ni. Bila kau kahwin? Dengan siapa? Dan lagi penting,asal tak jemput aku?” Satu-persatu soalan dilemparkan.

“Wowowo,slow-slow. Okay,firstly.Aku sah bergelar isteri minggu lepas.Second,aku kahwin dengan Arsyad kawan sekolah aku. Lastly,aku tak jemput kau masa hari akad nikah sebab aku tak ada contact kau.”

“Ha,ni dia dah sampai!” Arsyad hadir dan terus berjabat tangan dengan Aril.

“Siapa ni sayang?” Tanya Arsyad sangsi.

“Ni Aril,kawan lama saya masa sekolah rendah.Terserempak dengan dia masa kat depan kedai ni.Alang-alang tu nak bagi sekali kad jemputan hari bersanding nanti. Kalau tak jemput takut nangis pula.” Sepucuk surat berisi kad diberikan kepada Aril.

“Oh ya,jangan lupa bawak plus one kau.” Kata Nasya.

“Jap,mana kau tahu aku pun dah kahwin?” Aril berkerut dahi.

“Wohh,kau pun dah kahwin rupanya! Aku teka je tadi,manalah tau kau ada girlfriend.” Reaksi muka Nasya sangat mengujakan.Tak sangka Aril pun memilih untuk kahwin muda seperti dia.

“Tapi itu lah,aku sebenarnya ada masalah sikit dengan isteri aku.” Aril mula bercerita tentang masalahnya dengan Izz.Bukan mahu membuka aib isteri sendiri,tapi dia mahukan sedikit nasihat dari orang yang pernah berada dalam situasi yang sama.

“Dia macam ni Ril,kahwin muda ni bukan senang tau.Aku tengok kau pun aku tau kau tak ada pengalaman bercinta kan?” Kata Arsyad. Aril hanya mengangguk.

“Kita dalam rumah tangga ni kena bertolak ansur.Isteri merajuk,suami pujuk.Suami merajuk,isteri pujuk.Kalau dah dua-dua merajuk,bila nak habis ceritanya?” Sambung Nasya pula.

“So,sekarang ni kau nak aku mengalah lah,macam tu?” Aril faham dengan makna dalam ayat yang sepasang suami isteri ini sampaikan.

“Exactly.Kau kena ingat yang kita berdua ni sama-sama lelaki.Prinsip hidup kita mudah.Kita jadi kepala keluarga,isteri jadi tengkuk keluarga.Kalau tengkuk pusing,kepala kena ikut pusing.” Arsyad cuba memerli Nasya.

“Itu maksudnya kau takut bini!” Tawa Aril meletus.

“Bukan takut! Seram je… Adui!” Pantas tangan Nasya mencubit peha kiri Arsyad.

“Dahlah,tak ada mood nak makan!” Nasya terus memikul begnya dan menuju keluar.

“Ha kau tengok tu Ril,ni mahunya aku kena pergi mall beli hadiah nak pujuk dia.Apa-apa pun goodluck untuk curi balik hati dia.Tapi ingat,bila dah dapat simpan elok-elok,jangan sampai tercicir.Ciao!” Arsyad pantas bangun dan terus mengejar Nasya.


Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now