Bab 14

10 1 0
                                    

“Sayang betul ke ni nak buat majlis hujung bulan? Tak lama lagi je tau.” Tanya Aril.

Sejak balik dari butik pengantin lagi Aril masih tertanya-tanya.Biarpun ianya bagus,tetapi Aril masih lagi bingung kenapa Izz nakkan majlis mereka berlangsung terlalu awal?

“Betullah,mama pun dah setuju kan.” Jawab Izz yang sedang mengikat rambutnya.

“Kalau hujung bulan,kad pun tak sempat siap sayang.. Ini pun dah nak tengah bulan.” Tambahnya lagi.

“Sempat… Abang janganlah risau sangat.Kalau kadnya tak sempat siap sekalipun,kita boleh je jemput depan-depan kan?” Ada sahaja jawapan yang diberikan.

“Okaylah kalau sayang cakap macam tu,abang tak kisah.Mama lagilah tak kisah langsung kalau nak cepat.Dia lagi suka.” Aril duduk birai katil bersebelahan Izz.

“Oh ya,bila kita nak suruh ibu datang sini?” Izz sering terbayang-bayangkan wajah Puan Laiha sejak balik dari sekolah tadi

“Abang tak kisah pun kalau Izz nak bawa ibu datang sini,cumanya abang takut ibu tak mahu je duduk sini.Dia kan sibuk nak uruskan rumah anak yatim,kalau bukan dia yang uruskan,siapa lagi?”

“Ada jelah orang lain.Abang je tak tau…” Izz nak sangat Puan Laiha duduk dengannya supaya dia tidak berasa sunyi jika Aril ada kerja di pejabat selepas sekolah. Tapi ada betulnya juga cakap Aril,Puan Laiha semestinya tidak mahu ikut Izz balik ke rumahnya kerana sibuk menguruskan rumah anak yatim tersebut.

“Sayang… esok cuti kan?” Kata Aril selepas kedua-duanya sudah baring dan menghadap satu sama lain.

“Ya,kenapa?” Kenapa pula suami aku ni manja tiba-tiba? Jangan dia minta bukan-bukan sudah.

“Esok ikut abang jom.”

“Pergi mana?”

“Ikut je,sayang mesti suka punya tempat ni.Dah tidur,esok jangan lupa kejutkan abang bangun.”

“Baik boss!”

Keesokan harinya,Aril menyuruh aku membawa beg baju dan sebagainya dan dibawa masuk ke dalam kereta.Dia masih tidak memberitahu akan destinasi yang bakal dituju.

“Abang,kita nak pergi mana?” Soal Izz

“Sayang tunggu jelah,tidur dulu pun tak apa.” Jawab Aril

“Tempat tu dekat ke jauh?” Tambah Izz lagi

“Takdelah jauh sangat,nanti sayang buka mata je dah sampai.Jangan tanya lagi ya!”

“Tempat tu dekat mana?” Aril mengetap bibirnya.Memang tak reti duduk diam mulut tu ya? Kunci mulut tu nanti,baru tau.

“Okay-okay,Izz tak tanya dah” Izz sedar akan riak wajah Aril yang geram dengan dia yang sering bertanya dari tadi.Memang Izz sengaja buat begitu.Aril nampak comel bila geram.

Mata dipejam,mengharapkan apabila dia membuka kelopak matanya,dia sudah tiba di destinasi yang dituju.

“Assalamualaikum ibu!” Sapa Aril

“Waalaikumsalam Aril,datang sorang je ke? Izz tak ikut ke?” Tanya Puan Laiha,selalunya Izz yang paling cepat kalau dapat jumpa dia.

“Haha,ada je kat dalam kereta tu tengah tidur.Siap berdengkur lagi,itu yang tak sampai hati nak kejut.” Memang niat sebenarnya untuk tidak mengejut Izz.Gurau suami isteri  katanya.

“Lahh,kamu ni sempat pula bergurau ya.Tak apalah biar ibu yang kejutkan Izz tu,kamu masuklah dulu.” Puan Laiha terus berjalan ke arah kereta Aril dan mengetuk tingkap keretanya.

Mendengar akan bunyi ketukan tersebut,Izz terus bangun dari lenanya.”Eh,aku kat mana ni?” Mata digosok dan melihat ke arah tingkap kereta.

“Ya Allah,Ibu!” Pintu kereta dibuka.Satu pelukan yang erat diberikan kepada Puan Laiha.

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now