Bab 1

23 4 1
                                    

Angin sayu membelai diri.Suara merdu burung berkicauan.Itulah suasana pagi yang akan kurindui.

Nama aku Izziani Aisyah.Tapi orang kampung panggil aku Ani. Baru-baru ni aku dapat tawaran untuk ke sekolah berasrama penuh di kota.Berat juga hati untuk menerima,namun berat lagi hati untuk menolak.

Aku di besarkan di rumah anak yatim. Diorang kata,mak ayah aku meninggal masa aku bayi lagi. Jadi, aku memang tidak pernah merasakan saat bersama mak dengan ayah. Tapi aku beruntung,sebab semua orang dekat rumah anak yatim ni terima aku macam keluarga diorang sendiri.

“Pergi dulu ya ibu.” Tangan Puan Laiha yang lembut itu di salam dengan rapi.

Puan Laiha merupakan pengasas rumah anak yatim ini. Kami semua dah menganggap dia sebagai ibu kami.

“Ha yelah.Nanti bila-bila masa kamu free,telefonlah ibu. Terubat sikit rindu ibu kat kamu nanti. Sebelum pergi nanti jangan lupa singgah kubur arwah mak dengan ayah kamu tau. Mereka mesti bangga dengan pencapaian kamu sekarang.”

“Baik ibu. Nanti kirim salam pada yang lain ya.Bye!” Lambain terakhir sebelum memasuki kereta.

Seperti yang dikatakan aku akan melawat pusara arwah mak dan ayah sebelum bergerak ke sekolah baru.

“Assalamualaikum,mak ayah.Ani datang ni. Hari ni Ani dapat masuk asrama. Kalau boleh,Ani nak sangat mak dengan ayah ada bersama Ani sekarang.Tapi apakan daya,takdir tidak mengizinkan kita bersama. Ani nak buat mak dengan ayah happy. Ani janji akan buat yang terbaik dan tak akan sia-siakan peluang yang ada. Ani nak kene gerak sekarang,takut terlewat. Kalau Ani cuti nanti Ani datang melawat. Assalamualaikum.”
Batu nisan itu diusap.Air mata yang membasahi pipi juga dilap.

Tanpa melengahkan masa. Aku terus bergerak ke destinasi. Semasa dalam perjalanan minda aku sudah mula memikirkan tentang situasi yang akan kuhadapi di sana. Adakah mereka akan menerima keberadaan aku?

Selepas pendaftaran,aku di bawa ke dorm. Dalam perjalanan,aku terpandang akan sekumpulan perempuan yang terdiri daripada 4 orang. Mereka menghalangi pintu masuk dorm itu. Apa yang mampu aku buat hanyalah mendiamkan diri.

“Woi budak baru! Nama kau apa?” Kata salah satu daripada mereka.

“Aku tanya ni jawablah! Bisu ke?” Dia menolaknya hingga jatuh.

“Kau ni tak faham bahasa melayu ke? Aku tanya siapa nama kau?”

“Izziani.” Izz hanya mampu berkata dalam keadaan perlahan. Aku terlalu takut untuk memandang ke arah mukanya.

“Ouh ada suara rupanya. Ingatkan bisu.” Perlian itu disambut dengan tawa mereka.

“Okaylah memandangkan kau ni budak baru and aku dapat tau yang kau ni dari kampung.So,biarlah aku cerita sikit peraturan asrama ni. Aku senior form 5 dekat sini.Maksudnya semua orang dalam dorm ni kene dengar cakap aku.Faham!”

“Woi Anis! Kau buat ape ha!” Hati Izz mulai rasa lega apabila ada seseorang datang menyelamatkannya.

“Eh Aril,apa kau buat kat sini?”

Khairil Azrin. Senior form 5. Ketua pengawas. Itu sahaja yang aku tau.Tapi aku bersyukur sangat sebab dia munculkan diri.

“Bukan urusan kau.Aku tanya lagi sekali,apa kau buat dengan budak ni?”

“Tch.Kau ni Aril,janganlah bagi muka sangat dekat junior ni.Nanti makin lama diorang pijak kepala kita tau.”

“Erin,bawak budak ni masuk dorm kau.” Sebentar tadi,Aril datang bersama seorang perempuan iaitu Erin.

“Terima kasih.” Itu sahaja yang dapat aku katakan.

“Lain kali kalau kau nampak je diorang tu kau jangan takut.Lawan je balik.Oh ya,nama aku Erin.”

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now