Bab 7

20 3 2
                                    

Semua beg bagasi kami diletakkan di dalam bonet kereta Aril.Hari ini kami akan bertolak ke rumah Aril di kota.Terlalu banyak peristiwa yang terjadi pada aku di kampung ini.Walaubagaimanapun,hati ini masih lagi berat untuk meninggalkan kampung.Apatah lagi aku masih tidak dapat melupakan arwah Naim.

“Abang,boleh tak kita singgah kubur kejap.” Pinta Izz

“Oh,sayang nak lawat pusara arwah mak dan ayah awak ya.”

“Hm.” Niatnya yang pertama memang mahu melawat pusara arwah mak ayahnya.Namun,niatnya kedua pula mahu melihat pusara arwah Naim.
Kawasan tanah perkuburan itu di masuki kereta Aril.Izz turun dan terus menuju ke pusara arwah mak dan ayahnya.

“Assalamualaikum,mak dan ayah.Mak dan ayah sihat? Ani datang ni.Ani bawa sekali suami Ani.Nama dia Aril.Ani sebenarnya teringin sangat nak mak dengan ayah ada semasa Ani bernikah.Tapi,dah takdir kan,nak buat macam mana.Ani nak kena gerak dah,nanti Ani datang lagi ya.Assalamualaikum.” Kucupan diberikan kepada dua batu nisan milik mak dan ayahnya.

Selesai sahaja melawat pusara arwah mak dan ayah,aku terus berdiri dan mencari pusara arwah Naim.Satu-persatu batu nisan dilihat dan akhirnya aku menjumpainya.
Batu nisan milik arwah Naim itu ditenung lama.Tangan menutup mulutnya dan air mata sudah berlinang.Hati Izz masih tidak percaya akan kata-kata Puan Laiha.Namun,ianya sudah terbukti di depan mata.Nama yang terukir di batu nisan tersebut ialah Muhammad Naim bin Nasri.

“Apa kamu buat dekat sini?”

“Puan Maryam.Ani cuma-“ belum sempat menghabiskan ayatnya,satu tamparan hinggap di muka Izz.

“Siapa benarkan kamu lawat kubur arwah anak aku? Kau tau tak anak aku mati sebabkan kau!”

“Puan Maryam,sumpah demi Allah Ani tak minta pun semua ni jadi.Tolonglah maafkan Ani.”

“Maaf? Kau ingat dengan maaf kau ni,boleh hidupkan balik anak aku ke? Hei,sampai bila-bila pun kau sesekali bermimpi yang aku akan maafkan kau! Dasar perempuan kotor!”

“Makcik! Jangan sesekali hina isteri saya!” Nasib menyebelahi Izz kerana Aril muncul untuk mempertahankannya.

“Hei kau ni siapa ha? Jangan kau nak masuk campur urusan aku dengan dia,kau tak ada hak.Dia ni pembunuh,dia dah bunuh anak aku!”

“Dan makcik pun tak ada hak nak masuk campur urusan hidup dan mati seseorang.Sebab semua itu urusan tuhan.Kalau makcik tak boleh terima yang Allah ambil nyawa anak makcik,itu bermaksud makcik tak beriman dengan Qada’ dan Qadar yang di tetapkan Allah.”

“Hei,kau tak payah nak ceramah dekat aku lah! Kau ni siapa sebenarnya,bukan main lagi kau backup perempuan murahan ni?” Semua kata-kata yang keluar dari mulut Puan Maryam telah menaikkan kemarahan Aril.

“Murahan? Hebat sangat ke makcik sampai nak cakap orang macam tu? Orang yang makcik hina,makcik kutuk, dan makcik cop dia sebagai pembunuh anak makcik ni ialah isteri saya yang sah.”

“Ouh,isteri.Kenapa kahwin awal? Ke sebab dah terlanjur.Jijik!”

“Izz,jom balik.” Izz mengangguk dan menurut Aril dari belakang.

“Ha bagus kau dua orang berambus! Berambus dari kampung ni,aku tak nak tengok muka kau kat dalam kampung ni lagi.Dasar perempuan bawa bala!”

Aril menarik aku hingga masuk ke dalam kereta.Air mata aku seperti tidak mahu berhenti menangis.Mungkin betul apa yang dikatakan Puan Maryam,aku ni hanyalah perempuan yang bawa bala dalam hidup mereka.

“Sayang,dahlah tu.Jangan nangis lagi okay.”

“Mungkin betul kata Puan Maryam,Izz ni hanya bawa bala je dekat orang lain.Sepatutnya Izz tak boleh kahwin dengan Aril,hidup Aril akan hancur sebab kahwin dengan Izz.”

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now