Aku di mana? Siapa insan yang berada di sekeliling aku?Wajah mereka sangat asing bagiku. Apa dah jadi pada aku?
Kelopak matanya di buka perlahan-lahan,dia baru sedar daripada pengsan yang agak lama akibat pendarahan pada kepalanya.
“Boleh saya jumpa ahli keluarga Puan Izziani?” Kata doktor yang baru sahaja keluar dari wad tersebut.
Aril,Puan Laiha,Puan Aufia dan Erin serentak bangun dari duduk mereka.
“Saya ada berita baik dan buruk.Berita baiknya,Puan Izz dalam keadaan stabil sekarang.”
“Alhamdulillah,syukur.” Serentak mereka berkata
“Apa berita buruknya?” Tanya Aril.
“Puan Izz… mungkin tak ingat siapa diri dia.”
“M-maksudnya?”
“Puan Izz hilang banyak sangat darah akibat hentakan di kepalanya mengakibatkan dia hilang ingatan.Tapi jangan risau,InsyaAllah semua memori dia boleh dikembalikan.” Air mata Aril mulai jatuh ke pipi.
Aril masuk di dalam bilik tersebut dan melihat Izz yang sedang duduk di katil.
“Assalamualaikum Izz.”
“Waalaikumsalam.” Siapa dia ni?
“Sayang ingat abang tak?” Aril memegang telapak tangan Izz yang lembut itu.
Izz menggeleng.Dia tidak melawan apabila Aril menyentuh tangannya.Dia merasakan sesuatu aura yang lain apabila bersamanya.
Aril melepaskan tangannya dan terus keluar dari wad itu.Tak sanggup,dia tak sanggup melihat isterinya yang lupa akan dirinya,suaminya sendiri.
“Aril,kau tak boleh macam ni.Izz tengah sakit kat dalam tu,dia perlukan kau.” Erin muncul di belakangnya.
“Dia dah tak ingat lagi Erin! Kau rasa ada makna ke kalau aku ada dekat dalam tu? Dia tak kisah pun,dia tak kenal pun siapa aku!” Jawab Aril berselang dengan esakannya.
“Doktor kata ada peluang untuk kembalikan semula memori dia.Kalau kau mengalah sekarang,kau rasa memori dia akan datang balik macam tu je ke? Kau nak biar Izz tanpa memori pasal kau,pasal aku sampai bila-bila?” Sedar akan kesilapannya,dia terus masuk kembali.
Semangatnya kian kembali selepas mendengar nasihat daripada Erin.Sepatutnya dia tak boleh menyerah sebelum berjuang.
“Hari ni sayang dah boleh keluar.Kita balik rumah kita ya?”
Izz diam.Aku ni isteri dia ke? Dalam banyak-banyak wajah yang ada di situ,aku hanya mengenali wajah ibu sahaja.
Sampai sahaja di rumah,aku masih lagi keliru.Kenapa aku ikut lelaki ni? Hati aku bagai tidak dipaksa dan rela diperlakukan apa saja.
“Ingat sesuatu tak?” Tanya Aril.
Izz menggeleng.
“Okay,siapa nama abang?” Tanya Aril lagi.
“Saya tak kenal awak siapa.Ibu kata awak suami saya,tapi bila masa saya ni kahwin? Macam mana saya boleh kahwin dengan awak kalau saya tak kenal pun siapa awak?” Jawab Izz.
“Okay,tak apa.” Tidak patah semangat Aril terus mencari sesuatu yang mungkin akan mengembalikan memorinya.
“Awak cari apa tu?” Tanya Izz yang melihat Aril mencari sesuatu.
“Ha,dah jumpa!” Sebiji kamera bersama beberapa keping gambar diberikan kepada Izz.
“Untuk apa ni?” Izz masih keliru.
“Abang dah tak ada jalan lain lagi.Kalau semua gambar ni masih tak boleh nak kembalikan memori sayang,abang terpaksa akur yang abang dah hilang orang yang paling abang sayang.”
“Sekarang sayang tengok gambar ni,abang akan bagi sayang masa untuk ingat balik semuanya.Abang nak sayang kembali.” Satu kucupan hinggap di dahi Izz. Aril terus keluar dari bilik dan membiarkan Izz sendirian.
“Gambar ni… “
Air mata aku mengalir tanpa dipinta.Apa semua ni? Ingatan apa yang sedang wujud secara tiba-tiba dalam minda aku ni? K-kenapa? A-Aril? Erin? A-anis.
Sekarang aku dah ingat kenapa aku jadi sebegini.Anis,mana dia sekarang? Apa yang dah jadi dekat dia?
“Abang!” Izz terus berlari ke arah Aril dan memeluknya dengan erat.
“Maafkan Izz,abang.Maafkan Izz.” Maaf bersama esakannya sungguh meruntun hati Aril membuat dia turut mengalirkan air mata.
“Tak apa sayang,syukur sangat sayang dah kembali.Abang rindukan sayang.” Aril membalas pelukan tersebut sambil mengusap kepala Izz yang berbalut.
“Apa dah jadi dengan Anis?” Izz meleraikan pelukannya.
“Anis dah kena tangkap dengan polis,dia dah mengaku semua kesalahan dia termasuk kes sayang dekat sekolah tu.”
“Kes Izz dekat sekolah?”
“Tak apalah,mungkin sayang tak ingat.Abang pun tak nak sayang ingat.Cukup sayang dah dapat semula memori bersama abang pun dah cukup.”
“Tak sia-sia juga kan ibu bagi Izz kamera tu.Dapat juga kembalikan memori Izz yang hilang.”
“Betul tu sayang,jadi apa kata sekarang…” Kamera itu dicapai Aril dan diberikan kepada Izz
“Nak buat apa ni?” Izz menyambut kamera itu.
“Kita cipta memori baru!”
“Okay jom!”
3..
2..
1..*Klik!*
YOU ARE READING
Memori [COMPLETE]
RomanceIzziani Aisyah ialah seorang gadis berumur 16 tahun yang berasal dari kampung. "Dasar perempuan kampung tak ada maruah!" Tidak disangka pertemuannya dengan seorang insan bernama Khairil Azrin mengubah segala jalan hidupnya. "Aril yang timbulkan mas...