Bab 9

16 3 2
                                    

Malam di asrama kali ini terasa sunyi.Mungkin kerana aku sudah terbiasa tidur bertemankan Aril di sebelah.Walaupun hati ini terasa sangat pedih mengenangkan kata-kata yang dilemparkan oleh Aril pagi tadi,namu perasaan tersebut tidak mampu menandingi perasaan cinta aku terhadapnya.

Semua orang di dalam dorm ini sudah dalam lena,termasuklah Erin.Hanya aku yang masih terjaga di atas katil dan langsung tidak mempunyai keinginan untuk tidur.Sedar ataupun tidak,jarum jam menunjukkan tepat pada jam 1 pagi.Aku mendengar bunyi tapak kaki di koridor seperti sedang menuju ke arah dorm ini.

Hati aku tidak tenteram mendengar akan bunyi tapak kaki tersebut.Rasa ingin tahu menyelubungi diri.Aku mulakan langkah untuk keluar dan mencari sumber bunyi tersebut.

Langkah demi langkah aku aturkan hingga aku sampai ke tandas.Dari bunyi tapak kaki hinggalahh bertukar menjadi bunyi ketukan besi.Yang pasti,bunyi tersebut memang daripada dalam tandas.Aku teragak-agak untuk masuk kerana takut,namun aku beranikan diri untuk masuk.

“Ada sesiapa kat dalam ke?” Tiada yang menjawab,hanya bunyi ketukan besi yang berterusan.

Sampai sahaja aku di depan satu-satunya pintu tandas yang tertutup,aku cuba untuk membuka pintu tersebut kerana aku pasti sumber bunyi itu berasal di sebalik pintu ini.Tangan aku menggigil untuk membukanya.

“Bismillah..” Belum sempat Izz membuka pintu tersebut,mulut dan matanya terus ditekup oleh seseorang.Dan itulah perkara terakhir yang dia ingat.

Kepala aku berpusing.Penglihatan aku kabur,masih tidak mampu melihat dengan sempurna.Apa yang aku dapat rasakan ialah tangan dan kaki diikat pada sebuah kerusi.Mulutku ditampal dengan pita pelekat. Sudah berapa lama aku pengsan? Tekak aku terasa pahit,aku perlukan air.Tiada siapa yang berada di sini,hanya aku berseorangan.

“Erin,Izz mana?” Tanya Aril

“Eh,bini kau,kau pergi tanya aku buat apa?”

“Kau kan satu dorm dengan dia,takkan kau tak tau.”

“Tak tahu,aku bangun lewat tadi.Aku tengok Izz dah tak ada kat katil dia.Maybe dia dah pergi kelas dulu kot.”

“Hmm,okaylah kalau macam tu.Nanti kau jumpa dia,cakapkan yang aku nak jumpa dia dekat depan perpustakaan waktu rehat.”

“Hmm okay.”

“Eh,Izz tak sampai lagi ke?” Tanya Erin kepada kawannya Irah.

“Lah,bukan dia selalu datang sekali dengan kau ke?” Jawab Irah

Sumpah Erin kini berada dalam keadaan yang sangat risau.Mana pulak Izz ni pergi.Takkanlah dia ponteng sekolah.Setahu Erin,Izz bukanlah orang yang macam tu.Ini mesti ada benda yang tak kena ni.

Daripada mula kelas sampailah habis.Bayang Izz masih lagi tidak kelihatan.Kerisauan Erin semakin mendadak,bimbang jika sesuatu yang tidak dingini berlaku kepada Izz.

“Erin! Mana Izz? Kan aku suruh kau bagitau dia yang aku nak jumpa dia kat perpustakaan.Kau lupa ke?” Tanya Aril selepas keluar dari kelasnya.

“Ish,itulah masalahnya sekarang ni.Dari pagi tau tak,batang hidung dia pun aku tak nampak.”

“Dia tak datang hari ni? Dia sakit ke?”

“Hey Aril,kalau aku tau aku dah bagitau kau lah! Masalahnya sekarang ni,aku tak tahu apa yang jadi dekat Izz.”

“Apa kata kita pergi cari dia sekarang.Kau cari kat asrama puteri,aku pergi tanya warden.”

“Baik”

Erin melangkah dengan pantas dan mencari di setiap pelusuk asrama perempuan tersebut.Sambil mencari dia juga cuba memanggil nama Izz dengan harapan Izz akan membalas panggilannya.

“Izz! Ouh Izz! Mana kau ni! Izziani Aisyah!” Sehingga kering tekak dibuatnya.Namun usahanya hanya sia-sia,Izz langsung tidak keterlihatan.

“Aril,kau ada jumpa dia tak?” Tanya Erin selepas melihat Aril datang kepadanya.

“Tak,warden kata pun dia tak ada nampak Izz.”

“Aduhh Izz,mana pula kau pergi ni.”

“Aku rasa kalau cari dekat asrama perempuan je tak cukup.Apa kata kita pergi cari satu sekolah.”

“Ha? Penatlah..” Bukan tidak mahu tetapi kudratnya sedang lemah sekarang ini kerana dia tidak sempat rehat selepas habis kelas.

“Tak apalah kau rehat je dulu,biar aku je yang pergi cari Izz.”

Cahaya terang daripada matahari kian menghilang.Diri ini masih lagi dirantai dan tiada sumber makanan dan minuman yang boleh dicapai.Apabila mengenangkan nasib diri sekarang ini,minda tertanya-tanya.Adakah aku akan mati dengan cara sebegini?

Sungguh,tiada lagi kudrat yang dapat ku kerahkan untuk mencuba meleraikan ikatan yang menjadi batas untuk aku bergerak.

“Ya Allah,kau tolonglah hamba mu yang lemah ini,kau berikanlah petunjuk kepada mereka supaya menjumpai aku Ya Allah.” Hanya mampu dia ungkapkan di dalam hati.

“Ya Allah,kau bantulah aku dan kau berikanlah petunjuk kepada aku supaya aku dapat menjumpai isteriku semula Ya Allah.Sesungguhnya kau maha pemurah lagi maha bijaksana.” Doa Aril seteleah lelah dan terduduk akibat tidak dapat menjumpai Izz.

Aril begitu penat dan lelah.Dia kini hanya mengharapkan keajaiban akan berlaku.Erin.berkata dia juga akan menolong untuk mencari Izz namun sehingga kini tiada khabar berita darinya.

“Izz! Mana kau ni.Aduhh janganlah bagi aku risau sampai macam ni..” Erin menjerit mengharapkan balasan daripada Izz

Izz mendengar suara Erin daripada luar bilik tersebut.Dia mengerahkan segala kudratnya yang terakhir untuk menggerakkan badannya supaya dapat memberikan bunyi kerusi tersebut.

“Bunyi ape pulak tu.. Janganlah macam-macam,dah malam ni.” Erin cuba memberanikan diri untuk mendekati bunyi tersebut.

“Izz! Kau ke dekat dalam! Bismillah.” Erin memulas tombol pintu bilik tersebut dan masuk ke dalam.

“Astaghfirullah Izz! Apa jadi kat kau ni?” Erin terus cuba untuk meleraikan ikatan di tangan dan kaki Izz.

“T-tolong.” Badan Izz terus rebah di atas lantai.

Cahaya yang terlalu banyak menusuk mata.Aku masih mencuba untuk membuka kelopak mata.Badan aku sedikit berbisa dan masih tiada banyak tenaga untuk bangun.Sedar sahaja,aku sudah berada di atas katil hospital sambil memakai alat bantuan pernafasan.

“Aril,Izz dah sedar!” Jerit Erin memanggil Aril.

“Sayang,Alhamdulillah sayang dah sedar.Abang bersyukur sangat sayang.” Aril menggengam erat tangan Izz.

“A-air.”

“Erin,tolong ambilkan air tu.” Erin menghulurkan sebotol air mineral kepada Aril.

“Bismillah.” Aril membukakan alat bantuan pernafasan tersebut dan menyuakan muncung botol air mineral tersebut pada mulut Izz.

“Encik Aril,tolong tunggu di luar sebentar.Saya perlu buat pemeriksaan.” Kata doktor yang baru sahaja tiba.

“Ermm,boleh saya bercakap dengan ahli keluarga Puan Izziani?” Kata doktor selepas keluar daripada bilik Izz

“Saya suami dia.” Aril bangun dari tempat duduknya.

“Okay encik, Puan Izziani masih lagi dalam keadaan lemah.Dia juga mungkin tidak dapat ingat apa-apa semasa kejadian.Saya harap Encik tidak tanya dia apa-apa soalan buat masa ni.Okay,itu sahaja.”

“Terima kasih doktor.”

Aril masuk ke dalam dan melihat isterinya terlantar di atas katil sedang lemah.Rasa bersalah,dia mengambil ringan dengan amanah dan tanggungjawab yang dipikul.

“Maafkan abang sayang.Abang gagal untuk menjaga sayang dengan baik.Maafkan abang sebab meninggikan suara dekat sayang.Abang gagal untuk jadi suami yang baik.” Air mata mula mengalir di wajah Aril

“Please forgive me.”

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now