Bab 6

21 2 3
                                        

Inilah harinya.Hari di mana aku akan bergelar isteri kepada Khairil Azrin.Jantung aku masih berdegup laju,hati masih tidak tenteram.Adakah semuanya akan berjalan dengan lancar? Ya Allah,aku mohon padamu kau berikanlah kelancaran kepada Khairil semasa dia melafazkan akad.

“Izz,kenapa gelisah semacam je ni?”

“Entahlah bang,Izz macam tak tenteram dari tadi.” Kata Erin

“Tak,mana ada.Izz cuma gementar sedikit.Betul ke apa yang kita tengah buat sekarang?”

“Izz,tengok mata Aril sekarang.Izz tak percayakan Aril ke? Aril minta satu je,please percayakan Aril.Semuanya akan okay.Kita sama-sama doa ya.” Izz hanya mengangguk.

“Alah Izz,kau tak perlu risau lah.Aku akan ada sentiasa dengan kau,kalau si Aril ni buat bukan-bukan dekat kau,kau bagitau aku.Okay!” Kata-kata Erin berjaya mengukir semula senyuman di wajah Izz

“Aril! Izz! Sudah siap ke belum? Dah nak gerak dah ni.” Mama Aril memanggil mereka.

“Sedia? Jom.” Izz mengekori dari belakang Aril.

Demi menunaikan janjinya,akad nikah akan berlangsung di rumah anak yatim sahaja supaya tiada orang lain yang tau.Aku masih lagi tertanya betul ke apa yang Naim katakan,orang kampung yang lain sudah tau bahawa kami akan bernikah? Tapi jika perkara itu berlaku,aku rasa ia akan jadi lebih baik kerana tidak akan timbul fitnah lagi selepas ini.

“Muhammad Khairil Azrin bin Kamarul.”

“Saya.”

“Aku nikahkan dikau dan aku kahwinkan dikau dengan Nur Izziani Aisyah binti Izham yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya RM300 ringgit tunai.”

“Aku terima nikah Nur Izziani Aisyah dengan mas kahwin RM300 tunai.”

“Sah?”

“Sah.”

“Alhamdulillah.”

Alhamdulillah,walaupun aku rasa ini merupakan mimpi yang indah dan akan berakhir apabila aku bangun.Namun inilah realitinya,yang tak akan berakhir sehingga akhir hayat aku.

Aku kini merupakan isteri kepada Khairil Azrin.Aku harap kau dapat bimbing dan jaga aku dengan sepenuh jiwa dan raga kau.Aku harap kau tak akan siakan aku Aril.Aku sayang kau.

“Assalamualaikum,isteri.”

“Waalaikumsalam,suami.”

“Ha salam suami tu.” Kata Erin.

Tangan aku agak menggigil kerana selama aku hidup,tidak pernah lagi aku menyentuh mana-mana kulit lelaki.Tetapi kini,Aril merupakan suami aku.Jadi tidak berdosa jika kami bersentuhan.

Selepas sahaja dia menyium dahi ku.Mata hazelnya menatap mata ku dengan agak lama.Aku dapat merasakan yang dia sangat bahagia.

*Klik!*

“Wah,pandai Erin ambil gambar ya.” Kata Puan Laiha

“Erin dulu ada belajar dekat internet.Lagipun, bukannya susah sangat.”

“Bagus Ani pilih kamu jadi photographer diorang.”

“Takdelah Puan, Erin ni kalau ambil gambar biasa-biasa tu boleh lah.Takdelah wow sangat.”

Aku berikan kepercayaan dan amanah kepada Erin untuk mengambilkan gambar kami di pelamin menggunakan kamera yang ibu berikan kepada aku.

“Abang,kau nak bawa aku dengan akak ipar aku ni pergi mana?”

“Adalah,kalau bagitau sekarang tak surprise lah.”

Selesai sahaja majlis,Aril berkata dengan aku dan Erin yang dia mahu membawa kami ke suatu tempat.Tujuannya untuk mengambil gambar perkahwinan.

Memori [COMPLETE]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang