Bab 15

5 1 0
                                    

Selepas makan malam bersama ibu dan anak-anak yatim,Aril mengambil keputusan untuk pulang ke rumah kami.Dia sudah memberitahu ibu akan perkara tersebut.Biarpun ibu agak bersedih kerana aku tidak dapat bermalam di situ,ibu tidak menghalang kami kerana ada baiknya kami ada rumah di kampung ini.Lagipun kami merupakan suami isteri yang sah.

“Sayang kalau dah ngantuk tidur je dulu tau.” Kata Aril.

“Abang tak nak tidur sekali ke?” Tanya Izz

“Sayang nak ajak abang tidur sekali ni… ada makna ke?” Aril senyum dengan penuh makna.Aril mendekatkan mukanya dengan Izz.

“Errr.. Izz masuk tidur dulu,bye!” Pipinya sudah mula naik kemerahan.Malu,nakal juga suaminya ni kadang-kadang.

Baru sahaja dia nak melangkah masuk ke dalam bilik.Tiba-tiba sahaja bunyi ketukan dari pintu menerjah telinga mereka.

“Assalamualaikum!”

“Siapa pula datang rumah malam-malam ni? Sayang,pergi pakai tudung sekejap.” Suruh Aril.

Aril memulas tombol pintu tersebut dan melihat ramai orang yang sedang menunggu di depan pintu rumahnya.

“Ada apa ni datang ramai-ramai depan rumah saya?” Tanya Aril kepada orang kampung tersebut.

“Mana kau sorok perempuan tu?” Tanya Encik Hamid kasar.

“Perempuan?”

“Ada apa ni bang?” Izz tiba di belakang Aril.

“Nampak! Kan aku dah cakap,diorang berdua-duaan kat dalam rumah ni buat maksiat!” Katanya lagi.

“Tolong bersabar ya semua,kita datang untuk selesaikan masalah,bukan untuk huru-harakan keadaan.” Kata Tok Ketua yang cuba menenangkan keadaan.

“Cik,bawa bertenang.Jangan tuduh saya tanpa sebarang bukti.Sayang,pergi ambil sijil nikah kita sekarang.” Izz menurut kata suaminya.

“Tak payah kau nak cuba tegakkan benang yang basah! Semuanya dah terang lagi bersuluh dengan bersaksikan orang kampung yang lain! Datang tempat orang buat masalah je!” Kata salah seorang orang kampung.

“Nah,tengok betul-betul,hadam betul-betul.” Aril menghulurkan sijil pernikahan yang diberi Izz kepada Tok Ketua  yang hadir bersama mereka.

Sijik pernikahan tersebut ditunjukkan juga kepada penduduk yang lain dan kemudiannya diberikan semula kepada Aril.

“Maafkan kami Encik Khairil,kami hanya menjalankan tugas kami sebagai penduduk di sini.Cumanya,boleh saya tahu tak bilanya kamu bernikah dengan Ani? Dan kenapa tak buat majlisnya?” Tanya Tok Ketua

“Kami bernikah dah dekat sebulan jugalah,kalau boleh pada mulanya kami tak nak besar-besarkan hal perkahwinan ni.Sebabnya,saya tak nak orang persoalkan kenapa kami
kahwin muda.Yang tau akan hal ni cuma penghuni rumah anak yatim,keluarga Aril dan imam sahaja.” Izz menjelaskan semuanya kepada Tok Ketua.

“Macam ni lah,Tok rasa ada baiknya kamu berdua buat majlis kenduri doa selamat dekat rumah ni supaya semua orang tau pasal hubungan kamu.Tok takut ada berlaku fitnah sekali lagi.”

“Baiklah tok,kalau macam tu malam esok malam kitorang akan adakan kenduri doa selamat dekat rumah ni.Tok boleh tolong jemputkan penduduk yang lain?” Aril bersetuju dengan cadangan yang diberikan Tok Ketua.

“InsyaAllah Tok cuba usahakan ya Aril.” Tok ketua terus beransur pulang bersama beberapa orang kampung yang lain.

“Esok? Sempat ke abang?” Tanya Izz selepas menutup pintu rumah.

“Jangan risau,kita order catering jelah.Senang,tak payah nak susah-susah masak.”

“Izz ikut abang jelah nak buat macam mana pun.”

Memori [COMPLETE]Where stories live. Discover now